Tips Menjual Di eBay – Follow 14 Tips Mudah Ini

0 313

Dengan 1.6 billion listing yang ada kat website eBay, sudah tentu sangat sengit saingannya.

Macam mana kita nak capture perhatian 182 milion buyer yang aktif kat ebay tu?

Sudah pasti listing yang the best dan ada value akan dapat tarik perhatian buyer.

Kat sini Sis Dila share 14 cara yang boleh korang apply untuk kedai ebay, supaya buyer bertumpu dan beli dari kedai korang.

tengok step by step menjual di ebay di sini ye

Tips menjual di eBay

1- Compare harga dengan complete listing di eBay

Bila nak listing produk baru, sebaiknya cek dulu harga yang seller lain jual – yang dah pernah sold dan complete listing.

Bila korang buat comparison macam ni, korang akan tau harga yang buyer willing to pay untuk item tu.

2- Macam mana nak cek compelete listing

Senang je… tengok gambar yang Sis Dila share ni ye

3- Decide harga

Jika harga yang dah complete tu nampak macam tinggi sangat dan korang boleh consider untuk rendahkan sikit.

Cuma kena ingat, jangan rendah sampai rosakkan market produk tu pula ye.

4- Gunakan gambar yang berkualiti

Gambar yang cantik dan sharp memang sangat penting, mata manusia ni memang suka vidual. tambah lagi dah terbiasa tengok gamabr-gambar cantik kat IG tu kan…

-Sebaiknya guna gambar sendiri. Itu lagi baik. Ini boleh membezakan listing kita dengan seller lain.

  • Gunakan background yang clean

Elakkan guna background yang penuh dengan barang lain di belakangnya, Ini akan mengganggu mata dan fokus pada produk.

  • Gunakan style macam gambar kat Ig
  • Snap gambar produk dari pelbagai angle. Ni boleh bantu untuk buyer lagi faham dan nampak tentang produk tu
  • Jika jual barang prelove- Snap dan tunjukkan dengan jelas jika ada sesuatu yang tak ok pada produk tersebut. So buyer tahu dan jelas barang yang dia akan terima ada sedikit cacat ( jika ada)
  • Tunjukkan saiz gambar dengan letak pembaris di tepi gambar. So buyer dapat tahu dengan jelas saiz barang tersebut.
  • Upload gambar dengan saiz yang betul.

5- Gunakan saiz gambar yang sesuai

Saiz dalam 500 x 500 pixel ke atas pun dah ok.

Jika saiz gambar terlalu besar, tak lepas untuk upload.

6- Gunakan template yang sama untuk setiap gambar.

Ini boleh build up brand image untuk kedai korang.

7- Schedule listing

Bila korang buat listing, jangan terus submit semua sekali dalam satu masa.

Buat schedule. Set kan supaya untuk setiap hari ada listing.

Ini boleh bantu korang jimat masa untuk buat listing dan research.

Kekerapan listing boleh naikkan kedai korang. Buyer pun suka sebab selalu nampak item baru je kat kedai korang.

Antara produk yang laris di ebay boleh tengok di sini

8- Guna Sell Now

Guna ini untuk percepatkan proses listing

Dalam 5 minit dah boleh siap 1 listing.

Make sure korang sediakan gambar siap-siap lah… baru cepat.

9- Bina trust di kedai sendiri

  • Lengkapkan profile kedai ebay
    Nak lagi best, letakkan gambar diri senddiri dan juga inforation pasal kedai.
  • Dapatkan sebanyak mungkin feedback dari previous buyer

10- Offer return

Biasa kebanyakan seller akan amik 30 days return.

11- Offer free shipping

Semua orang suka benda free ni.

Tapi make sure, korang dah kira betul-betul ye. Jangan sampai rugi.

Masukkan siap-siap kos shipping ke dalam harga jual produk.

12- Always minta feedback dari buyer

Jika korang seller baru, selepas hantar barang, sila cek status barnag tersebut.

Jika dah deliverd, message buyer tersebut dan minta feedback dari dia.

Boleh juga lampirkan satu nota masa hantar barnag untuk minta jasa baik dia untuk bagi feedback.

13- Share listing ke platform lain

Lagi bagus jika korang aktif di mana-mana media social yang ramai mat saleh.

Share kan link listing korang dengan ayat yang sesuai. Ini akan bantu spreadkan item korang tu dan bawa lebih banyak trafik ke kedai korang.

14- Add on value

Kebanyakan seller yang nak tarik buyer, mereka akan offer free gift.

Make sure yang korang ajdikan free gift tu relate dengan produk yang dijual.

Boleh juga bagi free item yang dijual tu. Contoh, buy 6 get 7.

Korang try buat satu persatu ye. In shaa Allah boleh bantu naikkan sale.

Ini antara contoh produk biasa yang sentiasa ada demand di ebay.
Tengok harga barang ni kat Shopee di sini

Semoga dapat membantu korang untuk naikkan sale di eBay. Aamin.

Dapatkan Flexipack Dengan

Cepat & Mudah

Di Sini

Nak Buat Duit Dengan

Share Post Yang Korang

Sedang Baca Ni?

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan