Ramai yang nak menjual di ebay, tapi takut tak ada orang beli. Sebenarnya mudah je kalau kita tahu cara untuk jual barang di ebay pada tahun 2021. Setiap tahun mesti ada perubahan sedikit, lagi-lagi platform yang memang ramai pelawat seperti ebay.
Barang laku di ebay 2020, tidak semestinya boleh jual pada tahun ini.
Tapi, hakikatnya ialah asas untuk berniaga di ebay sama sahaja seperti tahun 2020. Jadi, terus sahaja fokus untuk jana pendapatan di sini.
3 Asas cara jual barang di ebay 2021 yang mesti anda tahu
#1 – Buat research tentang produk
Ebayer yang dah ada pengalaman berniaga di ebay, memang selalu gunakan fungsi Advanced Search. Ia boleh digunakan secara percuma sahaja untuk semua pengguna ebay.
Jadi, dengan fungsi carian ini, ia dapat bantu kita untuk tahu produk-produk yang boleh dijual di ebay dengan lebih mudah.
#2 – Jual barang yang ada permintaan tinggi daripada pelanggan
Kita tak perlu susah nak buat produk baru.Hanya perlu tahu apa produk yang sedang trending atau ada permintaan tinggi di ebay.
Biasa lihat peniaga yang ada lambakan stok bawah katil?
Ini adalah perkara yang kita paling cuba elakkan apabila buat bisnes ebay. Kita hanya dapatkan stok barang apabila ada jualan di ebay sahaja. Apa yang pembeli mahu, itulah yang kita jual.
#3 – Jual barang 4 musim
Kita di Malaysia memang tak merasa suasana 4 musim ini. Tapi, bagi negara-negara di Eropah yang mengalami perubahan cuaca 4 musim, keperluan mereka juga berbeza mengikut musim.
Contoh mudah, pakaian. Ada pakaian yang dipakai pada musim panas tidak sesuai untuk diguna pada musim sejuk. Selain itu juga, makanan tambahan atau suplemen untuk penjagaan kesihatan juga merupakan keperluan bermusim.
Ada suplemen yang dapat permintaan tinggi pada musim-musim yang tertentu. Jadi, sebagai peniaga, kita memang kena tahu hal sebegini untuk mudah naikkan jualan pada tahun 2021 ini.
Apabila kita sudah tahu cara jual barang di ebay, pastinya ada persoalan tentang bagaimana nak hantar barang ke luar negara.
Cara untuk hantar barang ke luar negara tahun 2022
Sejak covid19 melanda dunia, ada kurier yang telah hentikan operasi penghantaran barang ke luar negara. Contoh paling mudah adalah Pos Malaysia.
Jadi, kita perlu cari alternatif lain supaya bisnes ini tidak terjejas.
#1 – Senarai kurier antarabangsa
Antara kurier yang boleh digunakan ialah;
Kurier Biasa
- DHL Ecommerce
- Singapore Post
- Web2Ship
- Flickpost
Kurier Express
- DHL Express
- Fedex
- USPS
- Aramex
Untuk anda yang baru mulakan bisnes antarabangsa ini, boleh cuba untuk gunakan Web2Ship dan juga Flickpost kerana ia adalah yang paling mudah. Anda tak perlu buka akaun SSM untuk bermula.
#2 – Kos Penghantaran
Kos hantar barang guna kurier biasa dan kurier express ada perbezaan. Anda boleh banding kan harga setiap kurier ini kerana service charge mereka memang berbeza-beza.
Walaupun kos penghantaran agak sedikit mahal, sekurang-kurangnya anda masih ada pilihan untuk mulakan bisnes. Bila dah dapat buat jualan dan pendapatan yang stabil, anda boleh terus daftarkan akaun SSM dan buka akaun kurier pilihan anda.
#3 – Tempoh Masa Penghantaran
Nak guna kurier apa supaya barang cepat sampai kepada pelanggan?
Kurier biasa ambil masa sekitar 2-4 minggu untuk barang sampai kepada pelanggan. Ia berbeza dengan kurier express yang hanya ambil masa sekitar 3-7 hari sahaja.
Jika gunakan kurier express, Ia akan jadi satu kelebihan kepada kita kerana pelanggan lebih suka dengan servis yang disediakan. Potensi untuk kita terima positive feedback adalah lebih tinggi.
Jika hendak jual guna kurier biasa boleh hadkan jual ke Amerika Syarikat sahaja. Ini kerana kos penghantaran ke sana adalah berpatutan. Ia juga untuk mudahkan urusan anda dan juga pelanggan.
Kesimpulannya
Mudah sebenarnya untuk buat bisnes di ebay bila anda tahu caranya. Dengan gunakan ebook Panduan Export Mudah, ada dikongsikan satu persatu dan langkah demi langkah untuk kita mula berniaga.
Anda yang nak belajar cara jual barang di ebay tahun 2021, boleh gunakan ebook ini sebagai panduan.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments