Cara Nak Cari Hot Selling Item Di Ebay

0 2,875

Ramai yang nak tahu produk yang laku keras di ebay. Orang kata hot selling item ni macam jual pisang goreng panas. Sekejap je dah sold out.

Jadi macam mana kita nak pilih produk untuk dijual di ebay?

Sis Dila nak cadangkan korang jual barang yang ringan terlebih dahulu sebab harga untuk penghantaran akan murah.

Kalau berlaku kesilapan, at least kurang lah nilai kerugian yang ditanggung sebab kos masih kecil.

Biasakan dulu diri korang dengan website ebay dan juga proses-proses untuk hantar barang ke luar negara.

Senang cerita, daripada korang buat listing produk, terima order daripada pelanggan dan buat penghantaran produk serta terima feedback daripada pelanggan.

Bila korang dah rasa semua proses ni, baru ada excitement untuk lebih serius berbisnes di ebay kan.Duit dah masuk dalam akaun, mestilah nak tambah lagi biar berkepuk-kepuk kan.

Korang dah bertambah expert, boleh lah peruntukkan extra time untuk study tentang hot selling item di ebay.

Macam mana nak cari produk yang hot selling?

Untuk buat research pasal produk yang laku di ebay, korang boleh guna fungsi Advanced Search di dalam ebay.

Fungsi advanced search ni, korang tak perlu bayar apa-apa fee. Ia memang tersedia ada di dalam ebay untuk mudahkan kita buat carian barang-barang.

Nak beli barang senang, nak menjual pun bertambah-tambah mudahnya sebab kita boleh terus buat research dan kaji tentang market serta product cycle di ebay.

Nak tahu macam mana Advanced Search berfungsi?

Advanced Search korang boleh klik di bahagian search sebelah kanan. Klik pada situ dan terus masukkan produk apa yang korang nak jual.

Sebagai contoh, korang nak tahu tentang pasaran serbuk kari dari Malaysia yang dijual di ebay. Jadi, korang gunakan fungsi Advanced Search untuk dapatkan senarai kari yang boleh dijual di ebay.

Gambar di bawah adalah contoh result yang terpapar di skrin apabila kita buat research gunakan fungsi Advanced Search.

cara nak cari hot selling item di ebay

Kesimpulannya, fungsi Advanced Search memang sangat membantu kita untuk dapatkan update tentang produk-produk yang memang terjual dengan larisnya di ebay.

Kalau kita gunakan fungsi Advanced Search dengan betul-betul, InshaAllah segala proses untuk buat listing produk di dalam ebay akan jadi lebih mudah.

Kita tahu apa yang senang nak dijual dan macam mana nak but listing yang tersusun dan berkesan untuk tarik perhatian pelanggan.

Korang boleh rujuk ebook Panduan Export Mudah untuk lebih mudah faham tentang proses ni. Semoga usaha korang untuk kembangkan bisnes di ebay dengan tersusun akan dipermudahkanNya. Amin.

Dapatkan Flexipack Dengan

Cepat & Mudah

Di Sini

Nak Buat Duit Dengan

Share Post Yang Korang

Sedang Baca Ni?

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan