Anda yang baru nak mula bisnes di ebay, belajar untuk buat listing produk adalah salah satu perkara yang penting. Ini adalah langkah permulaan untuk berbisnes dengan serius.
Di sini saya kongsikan dengan anda, 5 langkah penting yang wajib anda fahami sebelum melangkah lebih jauh dalam dunia bisnes ini.
5 Langkah Penting Untuk Mula Listing Produk Di Ebay
#1 – Baca dan fahamkan peraturan untuk senaraikan barang di ebay
Setiap platform ada peraturan yang tersendiri. Begitu juga dengan ebay. Anda yang baru nak mula buat senarai produk, wajib baca dan faham peraturan menyenarai kan barang di ebay terlebih dahulu.
Ada barang boleh dijual dan sebaliknya. Jadi, elakkan untuk masukkan barang larangan. Ia boleh menyebabkan akaun ebay anda akan digantung secara kekal (permanently suspended).
Jangan ulang kesilapan rakan-rakan ebayer yang lain. Tenang sahaja mulakan bisnes di ebay ini.
#2 – Ambil gambar produk
Gambar memainkan peranan penting dalam pemasaran produk. Tambahan pula kita berniaga secara online. Pelanggan akan lihat gambar terlebih dahulu sebelum buat pembelian.
Ada banyak cara untuk ambil gambar yang cantik. Perkara utama, pastikan pencahayaan yang cukup semasa ambil gambar.
Kalau anda adakan indoor photoshoot, pencahayaan daripada lampu memang kena cukup. Berbeza dengan ambil gambar di luar rumah. Ia memang dapat cahaya semulajadi daripada matahari.
Ambil gambar dari sudut yang berbeza untuk beri bayangan rupa produk kepada pelanggan. Ini adalah untuk menarik minat pelanggan untuk terus buat pembelian selepas melihat gambar yang pertama.
#3 – Pilih kategori yang bersesuaian dengan produk anda
Anda tahu ada pelbagai kategori produk yang dipasarkan di platform ebay. Jadi, pastikan anda pilih kategori yang sesuai dengan produk anda.
Pemilihan kategori adalah penting untuk bantu mudahkan pembeli buat carian.
Bayangkan anda masuk gedung yang luas. Di dalamnya ada ribuan rak yang ada pelbagai barang tanpa label, memang ambil masa yang lama untuk cari barang yang kita mahu.
Jadi, fikir dulu sebelum anda kategori kan setiap barang yang disenaraikan. Anda boleh buat bayaran tambahan kepada ebay jika ingin senaraikan item di dalam 2 kategori yang berbeza.
#4 – Tajuk atau nama produk yang jelas
Nama produk juga penting untuk pelanggan buat carian barang. Lagi-lagi jika pelanggan itu memang biasa gunakan fungsi Advanced Search.
Setiap maklumat dan deskripsi produk memainkan peranan penting. Butiran yang lengkap akan mempercepat kan proses carian. Selain itu juga, barang kita akan mudah tersenarai di ruangan maklumat carian.
Sebagai contoh, anda jual suplemen kesihatan.
Anda perlu masukkan maklumat yang jelas tentang produk. Contohnya, manfaat produk, ramuan / bahan yang terkandung dan jumlah berat produk.
Jika ada maklumat penting yang lain, contohnya seperti saranan penggunaan produk, boleh juga di masukkan ke dalam ruangan deskripsi.
Dengan maklumat yang lengkap, anda bantu pelanggan untuk buat carian dan jimatkan masa mereka. Semoga dengan usaha lebih ini, rezeki yang lebih akan mengalir kepada anda.
#5- Strategi letak harga produk
Ini antara perkara yang paling penting sebelum anda senaraikan produk di platform ebay. Bagaimana nak tentukan harga yang sesuai untuk setiap produk?
Pertamanya, anda memang kena buat sedikit kajian. Cari produk yang sama di ebay dan dapatkan harga jualan semasa.
Kemudian, anda boleh kira kos penghantaran. Ia akan berbeza bergantung kepada kurier penghantaran luar negara yang anda gunakan.
Terakhir, barulah kira berapa harga jualan yang sepatutnya. Pastikan anda tidak rugi!
Kesimpulan
Ada banyak langkah yang perlu anda ikuti dan fahami sebelum senaraikan item di ebay. Untuk lebih mudah, boleh ikut langkah yang diajar dalam ebook Export Mudah.
Ia akan membantu anda untuk listing produk di ebay dengan gembiranya.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments