Barang Yang Tak Boleh Jual Di EBay

0 600

Yang menjual di ebay, korang kena tau barang apa yang tak boleh jual di ebay.. baca sampai habis ye!

Nak menjual di mana-mana platform, sudah pastilah kita kena tau rules untuk platform tersebut.

Tak kisahlah di facebook, Instagram, Tiktok… dan di mana-mana sahaja termasuklah di platform antarabangsa yang kita sedang buat bisnes ni iaitu ebay – semuanya ada rules khas yang kita sebagai seller dan buyer kena tau dan ikut.

Sebagai seller pula, paling penting sekali, kita kena tau apa yang boleh di jual dan apa juga yang tak boleh jual di ebay.

Jangan hanya terus listing (masukkan produk dalam kedai ebay) tanpa tau rules yang betul ye.

Step by step cara buat bisnes di ebay boleh tengok kat sini ye…

Kenapal listing kena remove dari ebay?

Pasti ada yang tak kena atau salah jika listing atau item yang kita jual kena remove dari ebay.

Untuk lebih details lagi korang semua boleh tengok kat link yang Sis Dila share kat sini ye.

Apa itu VERO?

The Verified Rights Owner (VeRO)

Iye… kalau nak jual barang-barang branded yang prelove yang dalam kategori VERO ni, korang kena ada resit yang sah.

Once ada yang report korang jual barang VERO, korang ada bukti untuk ditunjukkan pada ebay.

Dan satu lagi, nak mudah korang boleh terangkan terus dalam description produk tu.

Masukkan sekali gambar resit pembelian produk tersebut kat description tu.

Lagi mudah dan cepat kan.

Tak boleh jual makanan atau supplement terlarang

Ini termasuk dalam larangan dan juga peraturan dari USA sendiri FDA iaitu Food And Drug Administration (FDA)

Website ini sentiasa dikemaskini dengan pelbagai info latest.

Kalau korang perasan, banyak supplement yang pada mulanya sangat hot dan high demand di ebay dan ramai seller yang jual.

Tapi selepas satu ketika, item tu dah tak ada dan susah dah nak cari di ebay.

Mungkin supplement tu ada tersenarai dalam list tidak boleh jual dalam website FDA.

Ada juga kes, barang tu boleh jual di ebay US, tapi tak boleh jual di ebay negara lain.

Kena sentiasa alert dengan barang-barang terlarang.

Korang boleh refer kat website FDA sendiri.

Apa lagi yang tak boleh jual?

Biasanya barang-barang macam ni akan disekat oleh pihak kurier terlebih dahulu. Tak sempat keluar pun.

Hati-hati lah, sebb kemungkinan korang juga akan dapat warning letter atau denda jika didapati cuba hantar barangan tersenarai di atas.

Sebab tu kena tau semua rules ni. Agar tak ada masalah di kemudian hari.

Jangan listing sembarangan

Iye… buat research dulu sebelum mula listing.

Tak rugi luangkan masa untuk listing sebab dari sini korang akan dapat jumpa pelbagai dan macam-macam produk yang hot untuk di jual di ebay.

Untung-untung dari research ni korang dapat jumpa produk emas

Apa maksud produk emas tu?

Produk emas ni refer ke produk hot demand low supply.

Maksudnya produk yang memang banyak perimtaan, tapi sikit sahaja seller yang jual produk ni. Mungkin sebab seller lain tak tau atau tak perasan.

Biasa produk macam ni, kita akan senyap-senyap sahaja jual. huhu.

Iye lah… kalau bagitau ke kawan pun, kalau kena dengan yang jenis nak untung cepat dan rosakkan market… habislah!

Biasanya orang jenis macam ni mereka akan jual dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga market.

Memang dia cepat dapat untung, tapi rugilah kan… elok-elok dapat untung tinggi dari produk tu, jadi makin rendah pula.

Korang jangan buat perangai macam ni ye… tak pasal-pasal kena marah dan kecam dekat seller lain.

Apa kesan jual barang terlarang?

Awal-awal mungkin seronok sebab banyak dapat sale.

Tapi once ebay dah dapat detect, sudah pasti item tu kena remove.

Kalau kena remove sahaja, tak pe lah. Tapi kalau ebay bagi cuti terus dari berniaga di ebay… tak ke menangis tak berlagu.

Elok-elok dapat buat sale dan rezeki mencurah dari ebay, terus tak dapat apa-apa. Rugilah kan!

Dapatkan Flexipack Dengan

Cepat & Mudah

Di Sini

Nak Buat Duit Dengan

Share Post Yang Korang

Sedang Baca Ni?

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan