Ramai yang ada ketakutan untuk berbisnes di ebay sebab tak tahu cara nak cari supplier untuk jual barang di ebay. Lagi pula ia adalah satu platform antara bangsa.
Sebenarnya… tak susah pun jika kita tau caranya
Korang tak perlu pun nak berurusan dengan supplier antara bangsa untuk dapatkan produk-produk yang ingin dijual di ebay.
Sis Dila nak tanya, korang boleh cari tak kat mana ada jual maggi?
Kalau korang boleh tahu kat mana nak dapatkan Maggi, maksudnya korang dah jumpa supplier. Mudah kan?
begitulah juga dengan barang-barang lain.
Jika korang jual produk supplement, cuba cek di mana tempat senang nak cari produk tu.
Apa konsep paling mudah nak cari supplier barang ebay?
Konsep paling mudah yang korang perlu pasak dalam minda, supplier ada di sekeliling kawasan korang.
Tahu tak bahawa kedai-kedai runcit atau kedai serbaneka di kawasan perumahan korang adalah supplier terbesar yang boleh bantu bisnes korang di ebay.
Ingat, kita tak perlu simpan stok untuk nak mula bisnes di ebay. Ada orang beli, baru kita cari stok barang dan terus pos.
Lagi-lagi barang yang memang hot selling item kan. Rasanya korang pun tahu kat mana nak cari. Cuba tengok barang kat bawah ni.
Agak-agak korang tahu tak kat mana nak dapatkan produk-produk ni?
Okey, mesti ada yang nak tahu macam mana kalau barang-barang yang dipesan tu tak ada di kedai sekeliling kita.
Nak tau step by step cara menjual di ebay boleh refer di sini
Mana lagi port kita nak cari supplier barang ebay?
Sekarang ni semuanya senang. Nak cari supplier pun di hujung jari je.
Senarai sumber supplier ebay
1- Shopee
Shopee ni tak perlu diperkenalkan lagi.
Boleh dikatakan setiap rumah pasti ada yang install app ni dan aktif shopping kat sini.
Ramai seller ebay dari Malaysia jual produk ini kat kedai ebay mereka. Sale pun nampak sangat ok.
2- Lazada
Biasanya seller Lazada ni, adalah dari seller Shopee juga.
Rugilah kalau ada kedai Shopee tapi tak buka kedai di Lazada.
Kadang, ada barang-barang yang tak ada di Shopee, tapi ada di Lazada.
jadi, jangan pandang sebelah mata pada Lazada ye.
Kat Lazada ni, seller ebay banyak amik stok ini untuk dijual ke kedai ebay mereka.
3- PGMall
Actually Sis Dila pun tak aktif sangat PGMall ni.
Once dah tau Sis Dila terus buka akaun dan cek barang-barang dalam ni.
Menarik.
Ada banyak juga barang yang tak ada stok di Shopee tapi ada kat sini.
Nak buka akaun PGMall ni korang boleh klik sini. Nak daftar pun, mudah je.
Kalau nak lagi senang, korang google dan bandingkan harga. Mana yang lebih murah, itu yang korang beli stok. Kita nak profit tinggi kan. Tapi pastikan produk tu sale nya memang laju dan sentiasa ada ye.
Kena rajin skodeng
Proses ini berulang-ulang untuk untuk kita dapatkan stok daripada supplier. Tak dapat cari offline, kita cari online. Manfaatkan teknologi yang ada kan.
Untungnya sekarang ni kita ada panduan untuk belajar buat bisnes di ebay. Jadi memang lebih pantas kita nak faham steps untuk berbisnes.
Tak ada lah kita nak kena langgar dinding kan.
Follow apa yang orang berjaya buat, InshaAllah kita pun boleh berjaya macam diorang.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments