Banyak kelebihan jika cara packing di buat dengan betul.
Sering kali kita melihat aduan pengguna, barang yang di terima daripada pihak kurier, bungkusan atau kotak terbuka, koyak mahupun rosak.
Tidak terlepas kita juga mungkin pernah alami nasib yang sama, apabila menerima bungkusan yang rosak daripada pihak kurier.
Punca kerosakan
Ada banyak kemungkinan yang boleh menyebabkan kerosakan barang yang kita terima.
Salah satu puncanya di sebabkan cara packing barang yang tak betul.
Mungkin kerosakan tersebut disebabkan cara pekerja kurier handling barang-barang yang kita kirim. Kita pun tak tau yang mana satu betul.
Untuk itu, di sini saya ingin berkongsikan 5 cara packing barang yang betul untuk elak kerosakan pada barang.
1.Pilih bahan pembungkusan yang betul
Bungkusan, ialah protection terakhir yang kita boleh lakukan dan kawal untuk mengurangkan kerosakan barang yang kita poskan.
Dengan menggunakan bahan bungkusan yang bersesuaian dengan item yang kita kirimkan , ianya sangat bagus dan membantu untuk mengurangkan kerosakan barang yang di terima pelanggan
Flyer
Ianya sejenis bungkusan yang di perbuat daripada bahan polietilena. Bungkusan jenis flyer ni biasa kita guna dan lihat. Ianya di perbuat daripada bahan kalis air. sesuai untuk barang ringan, plastik dan pakaian.
Sampul gelembung
Bahan pembungkusan yang digunakan kalis air sama seperti flyer. Kelebihanya mempunyai gelembung buih jernih pada bahagian dalam untuk menambah perlindungan pada barang yang kita bungkus.
Ianya sesuai digunakan untuk membungkus barangan yang mempunyai permukaan rata dan kecil
Kotak beralun
Ianya terdiri daripada beberapa lapisan yang tebal. Tidak seperti kotak biasa. Ianya datang dalam pelbagai size
Kotak beralun sangat sesuai untuk membungkus hampir semua jenis barang, terutamanya barang yang mudah pecah
2.Gunakan bahan pembungkusan yang baru
Sebagai peniaga, jangan terlalu kedekut dengan menggunakan bahan pembungkusan recycle. Pembungkus yang digunakan semula ni, mempunyai risiko cepat rosak.
Ini kerana kebiasaannya barang yang dihantar akan ambil masa untuk samai ke pelanggan.
Selain sebagai menjaga imej kepada perniagaan kita sendiri untuk jangka panjang
Letakan diri kita sebagai pelanggan, apa perasan kita jika kita menerima barang kita menggunakan pembungkus recycle?
3.Gunakan bahan berkualiti untuk kusyen
Untuk barangan yang mudah rosak seperti dakwat mesin cetak, Kita boleh gunakan bahan seperti pembungkus gelembung ataupun beg udara.
Bungkusan ini membantu item di dalam kotak daripada bergerak dan rosak akibat daripada hentakan kecil serta bertindih dengan parcel-parcel yang lain.
Tak ada masa nak packing? Boleh buat bisnes dropship je!
4.Gunakan kaedah pengedap pita H
Cara ini lebih kepada untuk mengelakan bungkusan atau kotak kita terbuka secara tidak sengaja. Terutama pada bahagian bucu dan juga pada bahagian bukaan.
5.Gunakan filem regangan sebagai lapisan perlindungan tambahan
Sekiranya kita menghantar item dengan menggunakan kotak, boleh gunakan filem reganggan sebagai lapisan perlindungan tambahan.
Ianya bagus untuk memastikan kotak terlindung daripada basah disebabkan air, hujan, kotoran mahupun calar.
Sebagai peniaga, jangan ambil mudah aspek pembungkusan.
Mengunakan bahan bungkusan yang bersesuaian juga dapat mengurangkan kos operasi kita pada bahagian pembungkusan.
Selain itu pembungkusan yang kemas dan baik, bukan sahaja membantu mengurangkan risiko item rosak, tapi menaikkan imej kita di mata pelanggan. Pelanggan pun seronok untuk repeat order.
Semoga tips cara packing barang ni berguna untuk semua.
0 Comments