Ramai mengeluh cakap nak lepas temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sangat susah. Apa taknya, walau jabatan hanya nak pakai 10 pekerja sahaja, tapi yang memohon tu sampai kadang melebihi 4 angka.
Iya, bukan mudah nak lulus dan dapakan kerja yang ditawarkan itu.
So, bila anda dah dapat tawaran temuduga tu, anda sepatutnya bersyukur dan terus buat persediaan untuk temuduga tersebut. Bersedia dari segi mental dan fizikal.
Di facebook, seorang calon yang telah berjaya melepasi ujian temuduga ini dan LULUS telah berkongsi tips lulus temuduga kerajaan.
Calon ini lulus temuduga spa untuk temuduga Penjawat S41 Pegawai Penerangan kementerian Komunikasi Multimedia.
Anda boleh baca tips perkongsian beliau di bawah dan boleh apply apa yang beliau share kan ini.
TIPS LULUS TEMUDUGA SPA
Baca tips di bawah dengan teliti dan boleh apply untuk diri anda juga.
Tips 1: Permohonan SPA9 –
Anda perlu melengkapkan segala maklumat dengan betul terutama bahagian e-mail dan nombor kad pengenalan. Kemukakakan data-data yang sahih dan benar.
Sekiranya sistem memerlukan anda memuat naik sebarang dokumen atau sijil, ia perlu salinan asal dan perlu disahkan terlebih dahulu. Sila gunakan aplikasi pintar scan document untuk pastikan kualiti bahan yang anda muat naik adalah baik dan jelas.
Sila gunakan sijil asli dan jangan sekali-kali guna slip keputusan peperiksaan, terutama untuk SPM.
Tips 2: Pemilihan Jawatan
Sila mohon berdasarkan sijil anda. Jika anda pemegang Ijazah Sarjana Muda anda disarankan untuk mohon Gred 41.
Sebab jika pemohon di bawah gred sijil akademik yang anda ada biasanya susah untuk lepas tapisan awal SPA. Pilih jawatan berdasarkan kelulusan anda untuk mendapatkan tangga gaji yang baik.
Tips 3: Peperiksaan SPA
Seperti peperiksaan yang biasa, kita perlu membuat persiapan mental dengan sedikit latihan terutama mengasah bakat matametik yang tidak pernah tajam itu. Namun jika punya kelemahan dalam sub ujian tertentu disarankan untuk minta bantuan kawan-kawan untuk jawab bersama.
Peringatan: Jangan terlalu bergantung pada orang lain untuk lulus temuduga SPA. Masa adalah sangat penting semasa peperiksaan dijalankan.
Tips 4: Senarai Semak Temuduga SPA
Pihak SPA akan memuat naik satu link ‘senarai semak temuduga'. Mereka akan minta untuk muat naik dokumen dalam pautan tersebut.
Biasanya calon juga akan buat satu salinan ‘hard copy' sebagai senarai semak dan buat sedikit nota sekiranya bahan yang di muat naik belum mencukupi.
Senarai semak temuduga ini adalah PENTING, calon pernah di hubungi oleh pihak SPA kerana salah meletakkan dokumen yang dimuat naik dan pihak mereka boleh batalkan tapisan kita sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan.
Tips 5: RESUME
Sediakan satu resume yang lengkap dalam format yang cantik dan kemas. Ini adalah senjata kita yang terakhir yang boleh di bawa bersama sewaktu tempoh hari temuduga.
Sijil yang tinggi membukit buat tapisan dan ‘hightlight' sijil yang berkaitan dengan penjawatan.
*nota (calon aktif dengan Pidato Kenegaraan Jab Penerangan jadi ini calon letakkan dalam resume dan simpanan bukti sijil sekiranya panel ingin melihat)
Tips 6: Adab & Adat Bercakap
Ambil sedikit keberanian untuk bertanya pada pegawai yang bertugas untuk memberitahu pangkat atau panggilan nama panel pemilihan.
Biasanya penemuduga ada 2 orang satu daripada SPA dan seorang lagi Pengarah/Bekas Pengarah Kementerian yang anda pohon.
Tips 7: Seni Pengucapan
Apabila anda temuduga Gred 41 anda harus mempunyai sedikit pengetahuan akan Kementerian yang anda mohon. Ambil sedikit masa untuk kaji program dan sumbangan Kementerian dalam mendepani isu semasa. Bersedia untuk di berikan tugasan pengucapan awam mengenai isu semasa.
Anda mesti yakin dan ada kebolehan untuk menyelesaikan masalah.
Contoh soalan yang calon dapat sewaktu temuduga
1-Berikan saya perancangan kamu sebelum semasa dan selepas program. Sebagai seorang ketua untuk program ‘Fahami dan Ketahui Pakej Rangsangan Ekonomi yang di umumkan oleh PM Malaysia.
2-Sebagai seorang ketua apa yang anda perlu lakukan sekiranya anak buah anda tidak mahu menuruti arahan daripada anda?
3-Bagaimana anda hendak memberi arahan kepada seseorang yang lebih tua daripada umur anda?
*nota (tenang dan jangan gelabah, senyum je, sebenarnya meraka sengaja nak tahu kita bersedia atau tidak. Jangan terlalu nervous ye.)
Tips 8:Jangan Buat-buat Pandai
Contohnya panel ada tanya saya ” Tuan ada follow FB Jabatan Penerangan, calon jawab (Ya) “Tuan ada follow youtube Jabatan, calon jawab (Ya) kemudian dia terus tanya. Baiklah apa praduan terakhir yang Jabatan buat dalam bulan ini?
Jangan sampai terkantoi. Jadi bersikap jujurlah.
Amalkan ini untuk murah rezeki dan hajat dimakbulkan
Tips 9: Keberkatan
Bunyi macam biasa, tapi kesannya luar biasa, percayalah.
Ambil semangat dan restu daripada ibu ayah dan sahabat kita yang boleh dipercayai. Ia membantu anda berlapang dada dan tenangkan hati. Motivasi dan kata-kata positif perlu senantiasa anda fikirkan sebab itu yang buat anda yakin dengan apa yang anda lalu sewaktu temuduga.
Buat yang terbaik, do prepare.
Semoga memberi manfaat dan dapat membantu anda semua untuk lulus temuduga SPA.
0 Comments