Bekerja Sendiri Pun Boleh Mencarum KWSP, Daftar i-Saraan Sekarang

0 412

Ramai yang masih tak tahu, bekerja sendiri pun boleh mencarum KWSP.

Biasanya kita dengar hanya yang bekerja dan ada majikan sahaja yang boleh mencarum, tapi sebenarnya kerja sendiri pun boleh.

Mencarum sendiri = Caruman Sukarela.

i-Saraan KWSP

Bermula 2018, kerajaan telah menyediakan satu Insentif Persaraan melalui i-saraan. Sebelum ini dikenali sebagai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia (SP1M)

i-Saraan membolehkan mana-mana individu yang bekerja sendiri membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan diri sediri.

i-Saraan memberikan insentif tahunan kepada ahli yang mencarum dalam jumpah yang ditetapkan.

Baca ini untuk yang nak mula buat bisnes sendiri tanpa keluar banyak modal

Siapa yang layak untuk mencarum dalam i-Saraan?

i-Saraan terbuka untuk anda yang berkerja sendiri dari mana-mana bidang antaranya pertanian, perniagaan, perikanan, pengangkutan dan apa sahaja bidang.

Insentif/Kelebihan Persaraan (i-Saraan)

Seperti yang saya nyatakan di atas, untuk yang mendaftar caruman bersama i-Saraan, anda akan menerima insentif khas dari kerajaan sebanyak 15% setahun atau jumlah maksimum RM250 untuk tempoh setahun.

Seperti ahli KWSP yang lain, caruman i-Saraan juga mendapat manfaat dari segi:

  • Dividen tahunan
  • Bantuan Kematian
  • Pengeluaran Simpanan
  • Pelepasan Cukai

Bagaimana Untuk Pembayaran Caruman

Pembayaran i-Saraan boleh dilakukan melalui 3 cara

  • Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP
  • Secara tunai atau cek di kaunter panel bank seperti MBB, BSN atau RHB
  • Pemindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik seperti Maybank atau Public Bank

Syarat Mohon i-Saraan

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja sendiri
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Ahli KWSP
  • Telah mendaftar dan menghantar borang KWSP 16G9M)

Peringatan-Jika anda adalah seorang suri rumah dan pernah mendaftar dengan i-Suri, anda perlu membatalkan i-Suri sebelum berdaftar dengan i-Saraan. Hanya satu caruman sahaja dibenarkan untuk satu individu.

Cara Daftar i-Saraan

Anda boleh buat pendaftaran di mana-mana kaunter KWSP yang berdekatan.

Pastikan bawa :

  • MyKad
  • Isi borang i-Saraan – KWSP 16G (M) – Semasa mendaftar
  • Isi Borang i-Saraan KWSP 6A (2) – Semasa bayaran
  • Buat bayaran ikut cara yang anda selesa
  • Tiada had bayaran untuk mencarum
  • Maksimum caruman RM60,000 setahun untuk Caruman Sukarela
  • Nak tau cara dapat income macam ni??

Korang terus dapat info lepas masukkan details dan tekan button submit

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Step by step cara buat

Selalu ada masalah

tak cukup duit

setiap bulan?

Jom belajar cara jana 4-5 angka sebulan dengan jual barang Shopee/Tiktok ke luar negara

16108

Link panduan dihantar terus ke emel korang ye...

Panduan PERCUMA

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan