Cara Masukkan Video Dalam Listing Ebay

2 494

Dalam post ni saya akan share cara masukkan video dalam listing ebay. Stay tune gais…

Video salah satu bahan marketing yang sangat power dan berkesan sekarang. Efek video sangat luar biasa. No wonder lah Tik Tok memang naik giler sekarang kan.

Kebanyakan kita, lagi mudah terpengaruh untuk dapatkan sesuatu bila tengok video berbanding gambar.

Its good for us!

Dan yang bestnya Ebay pun dah boleh masuk video dah!

Walau agak ketinggalan… ( sebab Shopee dah lama dah ada option ni…p/s – sila jangan kecam. Huhu)
tapi, kira ok sangat lah kan. Better late than never.

Dengan adanya option best ni, In shaa Allah boleh bantu untuk tingkatkan sale kita semua.

Baca cara step by step buat bisnes ebay di sini

Tool baru Ebay

Ramai yang tak perasan, ebay ada satu tool baru tau.

Tool ini korang boleh tengok di bahagian atas- sebelah kanan.

Ada button try new listing tool.

Kalau di akaun korang tak ada tool ni, maybe belum update lagi lah tu. So kena sabar dulu lah ye.

p/s – update terbaru – sekarang ni semua listing dah boleh masukkan video. Tak perlu klik pada new listing dah. Bila create new listing, terus ada pilihan untuk masukkan video atau gambar.

Cara masukkan video dalam listing ebay

Untuk option ini, korang boleh pilih untuk masukkan video dari smartphoe atau pc. Dan jika nak pakai link dari website pun boleh.

Oh ye…benda ni kalau korang baca sure kecewa giler. Link you tube tak boleh ye gais. heheh

Nah… ini kriteria video yang korang kena follow ye:

Saiz maksimum video – 150 MB
Resolusi maksimum – 1080p
Resolusi output yang disokong adalah 240p, 360p, 480p dan 720p
Jenis fail – MP4, MPEG-4 part 10 ataupun MPEG-4 AVC

Video lagi mudah

Dengan adanya video ni, lagi senanglah kerja kita semua sebagai seller. Nak tunjuk cara pasang, nak tunjuk details produk, buat demo…semua boleh.

So gunakan tool baru ni sebaik mungkin untuk generate lebih banyak sale. In shaa Allah.

Sale Ebay tengah naik

Iye, ramai geng Ebay sedang tersenyum riang sekarang kerana sale Ebay sedang mencanak naik. So yang mana dah mula terasa malas tu, boleh rajinkan diri balik ye. Rugi kalau tak ambil peluang ni.

Semoga bermanfaat untuk korang semua

Dapatkan Flexipack Dengan

Cepat & Mudah

Di Sini

Nak Buat Duit Dengan

Share Post Yang Korang

Sedang Baca Ni?

2 Comments
  1. Suraini says

    I would like to buy the ebook

    1. Sis Dila
      Sis Dila says

      Sis boleh terus dapatkan dari sini ye https://bisnessurirumah.com/r/EMblogk

      Then cek emel untuk akses panduan dan link ke grup kelas online

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan