Mesti ramai yang tak percaya kan… tak sangka…barang-barang dari Speedmart masih laku di ebay dan banyak di platform tersebut.
Dan paling penting, barang yang laku di ebay tu, mudah dapat. Bila ada sale di ebay, boleh terus ke Speedmart untuk beli produk tersebut.
Sebenarnya, barang itu dibeli dari mana, ia tak jadi isue, yang penting ia dapat sambutan dan ada demand di ebay.
Kalau dapat beli di Speedmart tu, lagi untung lah. Sebab kebanyakan barang dari sini murah. Nak beli di Shopee pun, boleh jugak.
Nah… korang boleh tengok sendiri, barang-barang yang laku ni.
Lepas tu boleh buat research di ebay dan tengok yang mana sesuai untuk korang list kan dalam kedai korang ye.
Belajar cara step by step buat bisnes ebay di sini
Antara produk Speedmart yang laku di ebay
Produk makanan yang more kepada bantu legakan tekak dan pernafasan macam ni memang dapat sambutan di ebay.
Kalau korang tengok, dah ada 34 sold untuk item ini. Kalau didarabkan bilangan sold dengan harga jual USD 35.88 ( ~RM150 ) tu, memang masyuk sangat lah kan.
Produk ni memang senang nak dapat. Nak beli di kedai tepi rumah kita pun boleh.
Kalau korang search, memang ramai seller Malaysia yang jual ikan bilis ni kat ebay.
Tengok harga jual kat ebay pun boleh tahan juga kan… dan ada macam-macam jenis ikan bilis yang dijual.
Kalau korang nak lagi banyak profit, boleh jual dalam kuantiti banyak. Sebab mat saleh ni, once dia dah suka, dia akan repeat dengan kuantiti banyak. Kadang tu, mereka jual balik ke saudara mara dan sahabat handai.
Yoko-yoko ni pun boleh tahan juga permintaan dia kat ebay.
Jika korang jual dalam kuantiti sedikit sahaja, korang boleh hantar guna Flexipack. Lagi murah.
Tapi jika jual dalam kuantiti banyak atau bulk, korang boleh guna BerkatPos je. Dala 3-5 hari barang dah sampai ke buyer.
Lagi cepat barang sampai, buyer lagi seronok. Dan mereka alan lagi percaya pada kita. Dan akan repeat beli dengan kita.
Makanan macam ni pun ada sambutan kat ebay. Kalau tengok kat Shopee ni, berapa sangatlah harganya ni.
Makanan-makanan macam ni memang ada penggemar yang tersendiri.
Selain dari ni, korang boleh tengok kat ebay, jajan pun ada sambutan juga.
Ada seller yang jual barang makanan dari Malaysia secara box dan sambutan pun sangat menggalakkan.
Cuba korang skodeng hehhe… ada rezeki, boleh terus jumpa.
Selain Nescafe Hazelnut ni, flvour lain pun boleh tahan juga permintaan dia dekat ebay.
Tengok postage dia pun, USD29.9, boleh tahan juga tu profit dia.
Korang boleh guna Advance Search untuk cari hot demand item kat ebay ni.
Selain dari Scott Emulsion, yang jenis pastilles ni pun ada sambutan juga kat ebay ni. Cer korang tengok harga barang ni kat Shopee… berapa ringgit je ni.
Item ni, kat mana-mana kedai runcit pun senang nak beli ni.
Bila dah ada sale, baru beli dan hantar ke buyer.
Tak perlu simpan stok.
Selain Nescafee dan Milo, Teh Boh ni pun selalu ada sale kat ebay ni.
Walau produk ni dah lama, ia tetap ada sambutan juga kat ebay.
Kalau nak buat survey nanti, korang cek sama yang original atau yang ginger ni yang dapat banyak sambutan.
Ni sama juga dengan Doublemints yang kat atas tadi. Kalau korang buat survey, item macam ni memang selalu ada sale kat ebay.
Untuk barang-barang kecil macam ni, sangat digalakkan jual secara bulk ye.
Selain dari profit lebih, ia juga sangat membantu jimat dari segi shipping.
Korang boleh guna kalkulator ebay untuk kira berapa profit dari jualan item ni.
Perencah macam ni pun banyak dijual di ebay.
Korang boleh tengok, kiub ikan bilis, paste kari, dan bermacam-macam rempah lagi ada dijual kat ebay ni.
Kadang tu, nampak macam eh… ada orang beli ke produk macam ni?
Apa target korang?
Sebenarnya ada banyak lagi barang Speedmart yang boleh jual di ebay.
Apa yang penting sekarang korang kena tau cara untuk gandakan profit dalam setiap listing korang.
Cara paling mudah untuk buat lebih banyak profit di dalam satu listing, korang boleh jual secara bulk.
Bila jual secara bulk, korang boleh cas postage dan boleh juga guna BerkatPos supaya barang lagi cepat sampai. Dalam 3-5 hari pun dah boleh sampai.
Bila barang cepat sampai, buyer pun suka dan akan repeat balik dengan kita. Seronok kan!
Jika korang nak guna shipping ekonomi, boleh guna Flexipack yang di bawah Pos Malaysia.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments