3 Tips tingkatkan profit margin berbisnes di ebay

0 254

Ramai yang nak tahu, apa tips untuk tingkatkan profit margin berbisnes di ebay. Setiap orang yang buat bisnes mesti nak untung.

Macam mana kita nak dapat profit margin yang tinggi bila berbisnes di ebay?

Kalau korang pun berbisnes di ebay sama seperti Sis Dila, ini antara 3 perkara penting yang korang perlu ambil tahu.

1- Guna platform ebay.com untuk buat bisnes

Kalau korang tengok, memang banyak website ebay. Kadang memang kita boleh jadi confuse.

Lagi-lagi dengan website ebay.com atau ebay.com.my. Memang nampak macam sama, tapi besar bezanya untuk kita yang faham.

Kalau tak belajar, memang kita tak tahu kat mana nak buat bisnes sebenarnya. Jadi..

Kenapa Sis Dila pilih ebay.com sebagai tempat untuk cari makan?

Ada yang bertanya, “Sis Dila, kenapa saya listing ada harga RM? Macam mana nak tukar ke USD?”

Kesilapan ramai orang yang baru nak berjinak-jinak buat bisnes di ebay ialah mereka buat listing product di website ebay.com.my

Ini biasa berlaku bila main terjah buat sendiri sahaja. Belajar melalui carian google atau tonton video di youtube.

Kemudian, tak buat checklist betul-betul tentang apa steps yang perlu dibuat untuk mula menjual.

Jadi, langkah pertama yang perlu dibuat ialah semak semula dimana kita buat listing product. Adakah di website ebay.com atau ebay.com.my?

Nampak macam sama, tapi .my kat belakang tu bawa beza tau. So…

Apa sebenarnya yang membezakan beza ebay.com dan ebay.com.my? 

ebay.com.my adalah website ebay di Malaysia.

Kalau korang buka di website ini dan buat listing product, harga dan barang akan dijual dalam Malaysia sahaja. Letak harga mahal, jual di Malaysia, ada ke orang nak beli? 

Fakta yang korang kena tahu, orang Malaysia tak aktif beli barang di ebay tapi rancak jual barang di ebay oversea. 

ebay.com adalah tempat yang sepatutnya korang buat listing product. Sebab ini adalah link ebay dalam currency US dan digunakan oleh seluruh dunia.

Sebab itu juga, kalau listing di ebay.com boleh dapat customer dari pelbagai negara.

Apa yang bestnya ialah kita menjual guna currency USD. Kalau korang jual satu barang 30 USD, korang dah dapat RM 120 (4 kali ganda harganya). 

Sebelum buat listing pastikan kira dengan betul untuk letak harga supaya kita tak rugi shipping cost.

2- Kira profit margin dengan teliti

Penting untuk kita kira ebay store profit margin, baru lah bisnes boleh untung berganda-ganda. Gunakan profit margin calculator untuk kira untung rugi bisnes dengan tepat.

Dalam pengiraan profit margin jualan produk di ebay, kita kena ambil kira beberapa perkara iaitu;

A- Kos produk

Dalam pengiraan kos produk, ia termasuk harga produk dibeli dan juga kos penghantaran daripada supplier (jika ada).

B- Ebay dan Paypal fee 

Ebay fee dan paypal fee pun wajib di kira juga sebab ia ditolak daripada hasil jualan kita. 

C- Kos penghantaran

Kos penghantaran pula bergantung kepada jenis kurier yang korang gunakan. 

Untuk buat pengiraan kos penghantaran, korang wajib tahu syarikat kurier yang mana nak digunakan dan rate harga di setiap negara.

Buat research tentang perbezaan rate harga yang dikenakan oleh syarikat kurier ini.

Berat barang yang dihantar memainkan peranan penting dan kos penghantaran barang ke luar negara.

Tips:- kenakan kos penghantaran kepada pelanggan untuk mengurangkan kos keseluruhan yang korang perlu tanggung.

3- Buat research tentang produk yang profit margin tinggi dan laku keras di ebay

Product research memang sentiasa perlu dititik beratkan. 

Sis Dila ada kongsikan macam mana kita nak buat research menggunakan fungsi Advanced Search di platform ebay.

Daripada hasil carian inilah kita decide produk apa yang nak dijual di ebay.

Jika produk itu ada profit margin yang besar, kita masukkan dalam listing. InshaAllah lebih berganda hasilnya.

Cukup 3 tips ini. Semoga dapat bantu korang untuk lebih laju berbisnes di ebay.

  • Nak tau cara dapat income macam ni??

Korang terus dapat info lepas masukkan details dan tekan button submit

Dapatkan Flexipack Dengan

Cepat & Mudah

Di Sini

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Step by step cara buat

Selalu ada masalah

tak cukup duit

setiap bulan?

Jom belajar cara jana 4-5 angka sebulan dengan jual barang Shopee/Tiktok ke luar negara

16108

Link panduan dihantar terus ke emel korang ye...

Panduan PERCUMA

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan