Ramai yang masih tertanya, betulkah Kuala Lumpur pilihan utama untuk berbisnes.
Jawapan saya: Pastinya YA!
Kuala Lumpur ialah tuan rumah utama bagi sektor bisnes dan perkhidmatan negara.
KL juga menjadi antara penyumbang besar kepada kemajuan ekonomi di negara ini. Jom saya kongsikan kelebihan berbisnes di bandar metropolitan ini.
Kuala Lumpur Pilihan Utama Untuk Berbisnes. Ini Sebabnya…
1. Pusat tumpuan pelaburan
Menuju negara industri berteknologi canggih, KL menjadi faktor penarik kepada pelbagai pelaburan swasta dan tempatan.
Antara sektor pelaburan yang pesat termasuklah hartanah, telekomunikasi dan utiliti. Dan ini pastinya merancakkan pertumbuhan SME juga.
2. Pusat perniagaan di Malaysia jadi sebab Kuala Lumpur pilihan utama untuk berbisnes
Kuala Lumpur ialah pusat perniagaan dan perkhidmatan utama di Malaysia. Banyak syarikat gergasi dan multinasional antarabangsa yang menjadikan Kuala Lumpur lokasi ideal sebagai Headquarters (HQ).
Bukan tu je, institusi-institusi kewangan utama pun memilih KL sebagai pusat pentadbiran dan membuka cawangan bagi memudahkan pelanggan sekitar. Sebab itu, KL berjaya memainkan peranan penting dalam menarik projek berkualiti tinggi ke negara ini.
3. Rangkaian telekomunikasi
Boleh dikatakan keseluruhan KL dilengkapi kemudahan WIFI dan jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi serta rangkaian telefon pantas.
4. Lokasi strategik – sebab tu Kuala Lumpur pilihan utama untuk berbisnes!
Tahukah korang, Kuala Lumpur terletak di tengah-tengah Asia Tenggara dan menghubungkan Asia Barat dan Timur?
KL juga berhampiran dengan pusat perniagaan utama Asia seperti Tokyo, Hong Kong, Seoul, Beijing dan Shanghai tau. Ini mengukuhkan lagi kepentingan KL sebagai hab penerbangan dan kargo serantau.
Tambahan lagi, skim kerajaan antaranya seperti Usahawan Anak Muda Kota @Wilayah pastinya memudahkan lebih ramai usahawan mikro berbisnes di lokasi tumpuan dan strategik sekitar ibu kota.
Tak syak lagi, KL memang mantop lah guys.
Nak belajar jual barang shopee ke overseas dengan untung berganda boleh refer sini. Buat secara online, dari rumah sahaja.
5. Keselamatan
Korang perasan tak yang di sekitar KL ni, pihak polis sering menggiatkan pemantauan, rondaan dan kawalan untuk mengekang jenayah dari berleluasa?
Bukan tu je, kalau korang nak tahu Economist Intelligence Unit (EIU) telah meletakkan Kuala Lumpur pada kedudukan ke-32 dalam indeks Bandar Selamat 2021. Kedudukan itu mengatasi Beijing, Dubai dan Jakarta tau. Hebatkan?
5. Pengangkutan awam yang komprehensif
Kemudahan pengangkutan awam seperti bas RapidKL, KTM, ETS, LRT, telah banyak membantu rakyat dalam urusan harian.
Malah, projek mega berimpak tinggi seperti MRT2, MRT3, LRT3 dan ECRL menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi Malaysia dan memberi manfaat jangka masa panjang.
Bertuah orang KL!
6. Logistik
Logistik ialah faktor penting dalam merancakkan aktiviti perniagaan dan ekonomi negara, terutamanya dalam aspek memenuhi keperluan import dan eksport.
Umumnya, bandaraya KL menjadi jaringan lebuh raya utama untuk berhubung dengan bandar-bandar besar lain seperti Pulau Pinang dan Singapura.
Jadi sebab itu, KL mampu menawarkan kemudahan infrastruktur logistik dagangan bertaraf dunia dalam memenuhi permintaan global membabitkan darat, udara, air dan platform digital.
Oh ye… turut membanggakan, syarikat Mercedes-Benz pilih KL tau jadi pusat logistik serantau.
Kesimpulan – Kuala Lumpur Pilihan Utama Untuk Berbisnes
Pendek kata, KL memang environment yang business-friendly lah! Highly recommended bagi sesiapa yang minat berbisnes.
Good luck!
0 Comments