Korang perasan tak, bisnes makanan adalah industri yang mudah diceburi.
Sebabnya, permintaan untuk makanan sentiasa tinggi. Malaysia kan terkenal dengan kepelbagaian makanan. Pulak tu, orang kita memang terkenal dengan suka makan.
Jadinya, perniagaan makanan ni memang takkan terpadam sebab pembeli sentiasa ada. Kalau rasa dan harganya ‘cun’, lagilah pelanggan akan repeat order!
Bisnes ni korang boleh jual secara tempahan, buka gerai, COD dan juga online.
So kalau korang tengah fikir bisnes makanan yang sedap dan mudah untuk diniagakan, jom saya kongsikan beberapa jenis perniagaan makanan yang laris untuk jana pendapatan.
Idea Bisnes Makanan Paling Menguntungkan 2023
1. Frozen food (Makanan sejuk-beku)
Makanan frozen juga termasuk dalam bisnes yang menguntungkan.
Ia sesuai dijual kepada individu yang sentiasa sibuk dikejar masa dan ingin sentiasa cepat.
Antara kuih frozen yang boleh korang jual ialah karipap, ketupat palas, sardin roll, donut, roti canai, corndog cheese dan pau aneka inti.
Atau, makanan frozen yang tengah trending sekarang macam kambing perap, ikan pekasam, satay serta daging salai dan harimau menangis.
Oh ye, diingatkan korang perlu ada modal untuk beli freezer bagi menyimpan makanan frozen.
2. Air Balang
Dengan cuaca Malaysia yang sentiasa panas, bisnes air balang memang laku keras.
Saya suggest korang cuba follow strategi bisnes Youtuber Syahmi Sazli yang viral jual air balang. Presentation dan operation boleh kata tip-top. Syahmi live di media sosialnya hari-hari sambil buat air. Resepi air balang Syahmi pun menarik, ada letak ais krim!
So, korang cubalah buat kelainan untuk mendapat tarikan dan permintaan pelanggan.
Cuma korang perlu study air apa yang laku keras dijual dan cara buat air yang sedap. Selain resepi, faktor saiz cup atau plastik untuk isi air pun boleh jadi punca attraction.
3. Roti dan Bun
Nak dapatkan untung banyak menjual roti dan kuih, korang boleh deal dengan pemilik kedai, peniaga kantin sekolah/universiti dan caterer untuk diletakkan di premis mereka.
Atau korang buka gerai mini di kawasan pejabat, institusi pendidikan, hospital atau mana-mana je kawasan awam yang ramai pengunjung.
Nak dapat 4-5 angka dengan bisnes jual barang Shopee/Tiktok ke luar negara, boleh tengok di sini
4. Burger & Roti John – Bisnes makanan high demand!
Perniagaan ini merupakan antara perniagaan makanan yang paling menguntungkan kerana kos yang rendah dan untung yang agak tinggi.
Burger dan roti john lazimnya mendapat sambutan ketika waktu malam. Sesuai untuk yang ada kerja full-time waktu pagi dan berniaga burger serta roti john bermula lewat petang hingga malam.
Bukan saja boleh dijual di pasar malam, malah ditepi jalan depan rumah pun korang boleh bermula.
Bisnes burger juga sesuai untuk dilakukan secara COD dan peluang untuk mendapat repeat customer sangat tinggi.
Antara perkara penting yang perlu diambil kira untuk bisnes ini adalah pemilihan lokasi yang strategik.
Bisnes ini juga boleh memberikan korang potensi pendapatan 4 hingga 5 angka sebulan. Masyuk!
5. Pisang Goreng, Cucur Badak, Keropok Lekor, & Ubi Keledek Goreng
Satu lagi bisnes makanan yang lumayan hasilnya. Nampak macam bisnes kecil, tapi dek kerana permintaan tinggi memang pendapatan menguntungkan.
Biasanya, ramai yang baru pulang dari pejabat akan serbu makanan bergoreng panas-panas untuk dibuat minum petang bersama keluarga.
Kawasan tepi jalan merupakan antara lokasi yang strategik untuk bisnes ini. Tak menang tangan nak menggoreng, insyaAllah.
6. Kek – Bisnes makanan manis yang laris!
Kalau korang penjual kek dan pandai dekorasi, bagus juga kalau fokus menjual kek.
Kek sentiasa menjadi tumpuan bagi peminat kek, serta untuk celebrate harijadi, kenduri kahwin, anniversary dan sebagai hantaran.
Yang penting, kalau kek lembut dan sedap memang boleh jual untung punya!
7. Kuih-muih
Kuih-muih memang cepat sold-out terutamanya ketika sarapan pagi. Orang bujang atau ibu-ibu akan belikan untuk anak-anak mereka yang nak makan breakfast dengan cepat.
Malah, kuih-muih juga sesuai dijadikan juadah makan petang dan pemanis mulut.
Antara kuih-muih yang selalu orang cari ialah tepung talam, bengkang, lepat pisang dan tepung bungkus.
8. Biskut raya
Biskut raya mempunyai peminatnya sendiri. Lagi-lagi biskut raya yang evergreen macam tart nenas, tart cadbury, cornflakes madu, semperit dan mazola.
Lagipun sekarang ni kalau bukan musim perayaan pun, memakan biskut raya sudah jadi kebiasaan. Ada yang tetap ingin makan dan membelinya.
Nak beli biskut raya sedap dan murah boleh tengok di sini
9. Buah Potong
Buah adalah makanan berkhasiat dan segar dimakan tak kira masa. Lagi-lagi bila cuaca panas terik dan buahnya sejuk, fuhh memang nikmat!
Modal bisnes buah potong juga tidak besar, tetapi keuntungannya amat berbaloi. Ada yang menjual buah potong dalam harga RM 1 sehingga RM5 bergantung kepada saiz buah, dan berjaya buat keuntungan bersih melebihi RM100 sehari.
Antara buah potong yang biasa dijual ialah buah jambu, betik, nanas, tembikai, mangga dan juga tembikai susu.
Pemotong buah yang berkualiti dan murah boleh tengok kat sini
10. Makanan viral – Bisnes makanan laku keras!
Ini makanan yang kerap menjadi buruan ramai dan menjadi buah mulut.
Makanan berasaskan cheese, durian dan ayam biasanya memang favourite orang Malaysia!
Namun diingatkan, makanan viral ada ‘tempoh popular' ya, jadi korang mesti sentiasa peka dan up-to-date dengan trend makanan tersebut.
Nak cheese sedap boleh tengok kat sini. Harga baru RM4.29 dan dah ada 32.9K terjual.
Kesimpulan
Demikianlah 10 jenis bisnes makanan yang menarik diceburi. Korang ada idea-idea bisnes makan yang best selain dari di atas? Kongsilah dengan saya.
Oh jangan lupa ya.. Selain kesedapan, kebersihan dan harga adalah aspek penting yang perlu dititikberatkan. Binalah trust dengan pelanggan melalui makanan korang, insyaAllah berpeluang besar untuk menjana keuntungan tinggi.
Buat yang baru bermula atau sudah berkecimpung dalam bisnes makanan, saya doakan korang berjaya dalam bisnes makanan dan customer tak putus-putus serta sentiasa repeat order. Aamiin.
0 Comments