Bisnes Bakeri – Peluang Buat Duit Dari Rumah

0 194

Buat duit dengan bakeri ini memang agak lumayan jika kena pada tempatnya.

Disebabkan makanan berasaskan tepung ni sudah menjadi makanan ruji bagi masyarakat Malaysia, nak menjualnya pun agak mudah.

Dari kanak-kanak hinggalah dewasa semuanya suka makan kuih dan roti. Bisnes ini juga tak bermusim dan mudah nak mula.

Buat Duit Dengan Bisnes Bakeri Boleh Hasilkan Pendapatan Lumayan

Sumber : cntraveler

Bila last korang makan donut? Dan seingat korang la kan, bila kali terakhir korang buat tempahan kek? 

Tak kira lah korang tempah tu untuk majlis hari jadi anak korang ke, atau pun tempah kek sempena hari ulang tahun perkhawinan untuk pasangan korang.

Tujuan saya tanya macam tu, tak lain dan tak bukan sekadar nak korang sedar akan potensi buat duit dengan bakeri ni.

Jika perasan di sekeliling korang tu, mereka ni berpotensi untuk menjadi bakal pelanggan jika korang menjalankan bisnes bakeri ini.

Lebih-lebih lagi jika tinggal di kawasan taman perumahan. Mesti ada banyak orang sekitar kawasan tu.

Potensi Perniagaan Bakeri

Sumber: Mediapermata

Kita ambik contoh mudah macam ni je.

Katakan korang ni buat bisnes jual kek di kawasan perumahan.

Kita andaikan dalam sebuah rumah tu ada 5 orang ahli keluarga.

Untuk hari jadi saja, 5 orang ni akan buat 5 kali tempahan kek selama setahun untuk sambut hari jadi setiap ahli keluarga. Itu baru sambut hari jadi. Tak kira lagi hari-hari sambutan lain tau.

Dalam perumahan korang ada berapa biji rumah dan keluarga?

Silap-silap, tak cukup tangan nanti di buatnya.

Selain itu, korang juga boleh pelbagaikan lagi produk korang berasaskan bakeri ni.Bakeri ni bukan setakat kek dan roti sahaja.

Ada banyak lagi. Boleh jual donut, muffin, dan kuih-muih.

Ramadhan pun nak dekat dah ni. Bulan Ramadhan ni la bulan rahmat dan rezeki melimpah ruah bagi mereka yang menjual produk makanan seperti kuih-muih untuk santapan ketika berbuka puasa.

Penangan rezeki bulan puasa ni lain macam tau. Puasa sebulan. Tambahan pulak lepas tu hari raya. 

Orang kita ni raya mana cukup sehari dua, kadang tu ada juga yang lepas sebulan masih lagi menerima kunjungan dari sahabat hadai, kaum keluarga beraya.

Dah namanya hari raya. Mestilah nak makan kuih raya kan. Sebab tu permintaan untuk tempahan kuih raya tu sangatlah tinggi. 

Zaman sekarang ni tak macam dulu. Dulu kuih raya ni, orang suka buat sendiri. Sekarang ni orang dah tak cukup masa nak buat kuih. 

Mana sibuk dengan kerja nak urus keluarga lagi. Lagilah yang tinggal di bandar raya. 

Kalau korang dah nampak potensi dalam bidang bakeri ni, dan ada niat nak tambah pendapatan sempena bulan Ramadhan dan raya yang akan datang ni, ha.. korang cepat-cepat bertindak.

Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Sumber: Malaysiaaktif

Untuk yang bekerjaya, korang tak perlu sampai berhenti kerja. Boleh buat secara part time pun ok sangat dah. Boleh buat dari rumah.

Baru nak belajar buat bisnes dari rumah? Boleh mula di sini

Untuk yang tak bekerja atau suri rumah sepenuh masa pula, lagi lah boleh sangat jalankan bisnes ni.

Lagi pulak dengan keadaan ekonomi yang makin lama makin mencabar. Harga barang yang sentiasa meningkat. Semua kena pakai duit.

Lain lah kalau korang jenis orang yang memang dilahirkan dari keluarga yang kaya raya. 

Atau golongan yang tak terkesan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat ni.

Korang boleh teruskan hidup korang macam biasa…

Bagi korang yang nak buat bisnes tu pulak… sila baca post ni sampai habis ye.

Panduan Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Minat tu memang dah ada…tapi..

Macam mana nak start?

Berapa modal?

Macam mana nak cari supplier?

Macam mana nak buat perancangan bisnes ni?

Its ok… releks.

Panduan Bisnes Bakeri

Tak perlu pening-pening dah.

Semua tu, dari A hingga Z korang boleh baca ja dalam Panduan Bisnes Bakeri ni

Panduan ini di sediakan oleh orang yang berpengalaman buat perniagaan bakeri ni iaitu Puan Nik Roslin Nik Men.

Follow dan ikut satu persatu, In shaa Allah boleh ikut jejak langkah beliau.

Nak Buat Duit Dengan

Share Post Yang Korang

Sedang Baca Ni?

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan