Jana 4 Angka Sebulan Dengan Bisnes Air Balang

0 401

Kini, kita lihat makin ramai orang yang ber bisnes air balang viral ini. Bisnes ini semakin sinonim dan mendapat tempat di hati masyarakat. Air balang ada dijual dimana-mana sahaja.

Ada peniaga mampu menyediakan puluhan jenis air semasa menjual. Kadang boleh naik pening nak pilih, air apa nak minum. Tapi disebabkan harga jualan segelas air balang yang mampu milik, ia memang menang di hati pelanggan.

Kisah Orang Yang Dah Berjaya

Ini antara bukti kejayaan bisnes yang nampak biasa-biasa ini.

Air Balang Viral

Petikan berita di Sinar Harian ini berkisar tentang kisah seorang peniaga air balang yang dah berjaya dalam perniagaan ini. Memang cukup terinspirasi apabila baca kisah beliau. Mula berbisnes dengan hanya 3 balang air sahaja, beliau kini dah miliki 50 jenis air balang yang pelbagai perisa.

Anda mungkin rasa tidak logik, tapi bisnes makanan dan minuman ini memang sentiasa ada permintaan. Dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul, InshaAllah bisnes anda mudah untuk dipasarkan.

Cara Mudah Untuk Jual Air Balang

Ada pelbagai kaedah untuk jual air balang, antaranya ialah;

  • Buka gerai di pasar malam / taman permainan / tepi jalan
  • Tawarkan perkhidmatan air balang di majlis keraian seperti majlis perkahwinan, acara sukan dan lain-lain
  • Buat perkhidmatan penghantaran air balang ke rumah pelanggan
  • Botolkan air balang dan pasarkan melalui kedai-kedai yang berhampiran anda

Cuba anda bayangkan, bisnes air balang ini mampu jana 4 angka sebulan (sama seperti anda buat bisnes ebay atau bisnes di shopee). Anda pasti mahu fokus dengan bisnes ini dan kembangkan lagi.

Siapa tahu suatu hari nanti, anda bakal bina empayar air balang yang terbesar di Malaysia. Anda bina peluang kerjaya kepada mereka yang mahu cari pendapatan secara tetap atau duit sampingan.

Dengan bisnes ini, anda akan jumpa pelbagai jenis orang dan ini akan menambah baik skil komunikasi. Berhubung dengan pelanggan secara terus serta berikan servis yang terbaik, InshaAllah bisnes anda akan bertambah maju.

Cara Nak Mula Bisnes Air Balang

Ada orang sejenis yang redah sahaja. Terus buat dan adjust sepanjang proses berbisnes. Tapi ada juga orang yang jenis kena ada ilmu yang cukup dahulu, baru boleh mula. Anda jenis yang mana?

Tak kisah macam mana pun anda, bisnes ini memang boleh buat duit kalau anda betul-betul buat.

Ini antara cara untuk mulakan bisnes Air Balang.

#1 – Ilmu

Ilmu adalah perkara paling penting untuk mulakan sesuatu dengan betul. Tanpa ilmu, anda akan lebih banyak langgar dinding sebelum dapat apa yang anda mahukan. 

Contohnya, anda target untuk dapat pendapatan 4 angka sehari dengan bisnes ini. Tapi sebab tiada ilmu, anda alami kerugian tak kurang 3 angka sehari. Jadi, dengan adanya ilmu, ia bantu anda lalu jalan pantas untuk berjaya.

Ada ebook tentang Bisnes Air Balang. Dalam ebook ada cerita macam-macam ilmu yang boleh anda praktik kan untuk jana 4 angka dengan bisnes ini. Modalnya kecil tapi untungnya mencecah 1000%. Menarik sangat!

#2 – Mentor Bisnes

Mentor ini adalah guru yang boleh bantu anda untuk mula berbisnes. Mereka adalah orang yang dah berjaya dengan bisnes ini. Kalau anda jumpa mentor yang sesuai dengan jiwa, jangan lepaskan peluang untuk berguru dengan mereka.

Orang yang dah biasa jatuh bangun dalam bisnes ini, mereka lebih tahu apa yang perlu dibuat dan apa yang perlu dielakkan untuk capai kejayaan dengan lebih cepat dan mudah.

#3 – Yakin Dengan Kebolehan Diri Sendiri

Anda mungkin dah ada ilmu dan guru dalam bisnes ini. Tapi sejauh mana anda yakin dengan diri sendiri?

Jangan fikir terlalu lama untuk bertindak. Ilmu tanpa usaha tidak akan membuahkan hasil.

Jadi, bila anda dah ada semuanya, terus buat pelan tindakan. Adakan tempoh masa untuk pantau bisnes ini. Kemudian rancang, bila bisnes akan di kembangkan ke tahap yang seterusnya.

Yakin lah dengan kebolehan diri sendiri. Anda mampu untuk ubah hidup dengan adanya mindset yang betul. Bila rasa nak putus asa, cepat-cepat cari ilmu dan mentor untuk betulkan semuanya.

Kesimpulan

Bisnes air balang ini memang ada potensi besar untuk dipasarkan. Cumanya ia bergantung kepada kreativiti anda untuk kedepankan bisnes ini.

Andai kata hari ini anda masih mencari bisnes yang sesuai, bisnes air balang antara yang boleh di pertimbangkan. Dengan modal yang kecil, anda boleh mula jana pendapatan yang lumayan.

Apa tunggu lagi? Mulakan bisnes air balang anda sekarang juga.

Nak Buat Duit Dengan

Share Post Yang Korang

Sedang Baca Ni?

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan