Selain dari amalan dan doa murah rezeki yang kita amalkan setiap hari, solat dhuha juga sering dikaitkan dengan amalan untuk menarik rezeki yang luas.
Solat dhuha juga sering di sebut sebagai amalan pembuka rezeki yang memang terkenal dengan banyak kelebihannya.
Ia dipanggil solat dhuha kerana waktu yag dikhususkan untuk mengerjakan solat ini adalah pada waktu dhuha sahaja.
Di bawah ni dikongsikan lebih details tentang cara solat dhuha bersama doa dhuha.
Waktu Solat Dhuha
Waktu solat dhuha merujuk kepada kepada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang galah, dengan kata mudah 20 minit selepas matahari terbit.
Waktu dhuha berakhir apabila matahari berada tepat di tengah-tengah langit, kira-kira 9 minit sebelum masuk waktu zohor.
Bilangan Rakaat
Solat Dhuha boleh dilakukan dengan:
- dua rakaat
- empat rakaat
- enam rakaat
- lapan rakaat
- 12 rakaat – paling banyak
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bilangan rakaat solat sunat dhuha yang paling afdhal adalah 8 rakaat.
Cara Solat Berserta Doa
1- Lafaz niat
2- Baca Surah Al-Fatihah
Selepas angkat takbir, baca doa iftitah seperti biasa dan terus baca Al-Fatihah.
3- Membaca Surah
Rakaat pertama : Digalakkan membaca surah surah Asy-Syams atau mana-mana surah yang dihafal
Rakaat ke dua: Digalakkan baca surah Ad-Dhuha atau mana-mana surah yang dihafal
4- Solat diteruskan macam biasa sehingga cukup 2 rakaat.
5- Bacaan semasa sujud akhir
6-Zikir dan Doa
Selepas bagi salam, bacalah istighfar sebanyak mungkin yang dapat dibaca.
Digalakkan baca istighfar ini
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ
“Allahummagh fir lii wa tub ‘alayya, innaka antat tawwabur rahiim”
Ertinya: Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
Doa Dhuha
Kita juga boleh baca doa dhuha yang mendapat sambutan dari ramai orang ini.
Kelebihan Solat Dhuha
Solat dhuha adalah solat sunat yang dituntut untuk dilakukan oleh setiap muslim.
Allah memberi kelebihan dari segi rezeki (bukan hanya bertumpu pada wang ringgit sahaja, malah lebih besar dari itu) kepada orang yang menunaikan solat dhuha ini
Untuk yang menunaikan solat yang juga dipanggil sebagai pembuka rezeki ini, ini adalah antara 3 kebaikan yang kita dapat:
1- Sebagai wasiat dan sunnah dari Rasulullah
Rasulullah SAW telah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA agar tidak meninggalkan soalt dhuha.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa dia berkata,
Kekasihku (Rasulullah) memberikan pesan (wasiat) kepadaku dengan tiga hal yang tidak pernah aku tinggalkan hingga aku meninggal nanti; iaitu puasa tiga hari setiap bulan, solat Dhuha, dan tidur dalam keadaan sudah mengerjakan solat witir.”
— Hadis Riwayat Bukhari
2- Diberi rezeki dan kecukupan
Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda;
Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepadaKu dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”
— Hadis Riwayat Abu Dawud
3- Mendapat keampunan dosa terdahulu.
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”
— Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi
Kesimpulan
Marilah kita sama-sama cuba amalkan solat dhuha beserta dengan doa dhuha ini.
Pada awalnya mungkin agar sukar, kerana tidak biasa, tapi percayalah bila sudah biasa, rasa sayang nak tinggal.
Tambah lagi bila Allah dah beri rasa nikmat solat dhuha dan nampak perubahan dari segi rezeki bila amalkan solat sunat ini secara ikhlas dan konsisten.
Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa didekatkan dengan perkara yang baik-baik sahaja. Amin.
0 Comments