Ada orang rasa susah sangat untuk buat sale setiap hari. Tapi sebenarnya ia akan jadi sangat mudah bila kita dah tahu caranya.
Buat bisnes di ebay ni sama sahaja konsepnya dengan buat bisnes di online platform dalam Malaysia.
Cuma, bila kita serius nak berbisnes di platform ebay, kita letak kan komitmen untuk buat yang terbaik.
Perkara pertama yang kita perlu faham ialah tentang listing product.
Kadang-kadang ada je kawan-kawan yang buat bisnes di ebay contact Sis Dila dan bagitahu mereka tak ada sale. Senang je, Sis Dila akan terus tanya soalan ni.
Berapa banyak product yang dah listing ?
Kalau setakat listing tak lebih daripada 10 produk, jangan bising bila sale tak masuk.
Lagi parah kalau listing tu dibuat berbulan-bulan yang lepas.
Makna kata, memang dah lama lah tak buat listing. Adoi.
Korang kena ingat ya, ebay ni adalah kedai kita. So, memang nak kena update sentiasa untuk dapat sale.
Bayangkan kedai yang lama dah tak update, orang akan ingat kita dah tak aktif. Jadi, memang susah nak dapat buyer.
Okey, bila dah jelas tentang listing product, mesti ada yang tertanya-tanya – produk apa yang perlu kita masukkan dalam listing.
Buat research tentang produk yang mudah dijual di ebay.
Bukan setakat mudah nak jual, kalau dapat produk yang hot selling lagi bagus.
Bertambah-tambah menderu lah sale korang nanti.
Gunakan fungsi Advanced Search dalam ebay untuk dapatkan item-item yang hot selling.
Kalau korang tak faham nak buat semua benda ni, boleh belajar guna ebook Panduan Export Mudah.
Dalam ebook Panduan Export Mudah ada diajar semua topik ni. Korang hanya perlu baca, fahamkan dan follow step by step apa yang diajar.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments