Bila tengok orang upload gambar cantik-cantik dengan design yang sangat menarik di media sosial, rasa macam teruja sangat kan. Mesti pakai apps edit gambar terbaik tu!
Sure terfikir, pasti upah fotografer. Upah designer. Bayaran pun pasti mahal.
Tapi sebenarnya kebanyakan mereka pakai apps sahaja. Install di fon atau boleh terus guna di website.
Banyak apps yang ada boleh digunakan untuk tujuan edit gambar dan video. Paling mudah boleh terus edit dari fon sahaja. Jom tengok apps edit gambar terbaik yang boleh kita gunakan.
Senarai 5 apps terbaik yang boleh diguanakn untuk edit gambar dan video
1- Canva
Apps ini memang mendapat perhatian ramai kerana ia sangat mudah digunakan.
Boleh terus install di fon sama ada IOS atau android. Nak guna di desktop pun boleh.
Apps ini menyediakan banyak template yang menarik dan ikut tema.
Pilih template yang kita suka dan just gantikan certain-certain gambar dengan gambar kita.
Hanya perlu 2-3 minit sahaja untuk proses edit. Sangat mudah dan cepat.
Saiz gambar pula boleh dipilih ikut jenis media sosial yang kita nak gunakan.
Ada versi berbayar dan percuma. Guna yang percuma pun dah berbaloi sangat.
Geng eBay yang buat 4-5 angka sebulan, ramai yang gunakan apps ini
2- Snapseeed
Snapseed ini ada peminat yang tersendiri. Siapa yang pernah guna Snapseed pasti tak beralih ke lain dah. Setia!
Dengan tool brush, HDR scape, potrait, healing, zooming, crop, rotate, grunge dan drama dan bermacam lagi, memang menepati citarasa seorang picture editor.
Dengan snapseeed, gambar yang biasa-biasa boleh bertukar jadi satu gambar yang sangat cantik dan dramatik.
Amalkan ini untuk amalam murah rezeki setiap hari
3- InShot
InShort satu aplikasi yang membolehkan kita edit gambar dan video serentak.
Fungsi yang satu ni membuatkan aplikasi ini mendapat perhatian ramai.
Diperkuatkan dengan funtion zoom picture dan ratio yang bertepatan untuk setiap social media, ia memang menepati kehendak picture editor.
Di Inshot, kita boleh rekod suara dan masukkan efek muzik. Sangat menarik bukan.
Boleh di gunakan untuk IOS dan android, seperti aplikasi lain.
4- Capcut
Aplikasi ini adalah wajib bagi kebanyakan TikTok player. Ditambah pula dengan setiap gambar yang siap edit boleh direct upload di tiktok, memang mudah!
Boleh digunakan untuk edit gambar dan video.
Aplikasi ini juga boleh digunakan di IOS dan android.
Ada versi percuma dan berbayar. macam biasa, pakai yang free pun dah ok sangat dah.
5- Photo Collage
Untuk yang menggunakan banyak gambar untuk sesuatu projek, penggunaan photo collage ini sangat membantu.
Didatangkan dengan bentuk yang sangat menarik dan tersusun, kita hanya perlu pilih template yang sesuai dan pilih gambar.
Dengan beberapa klik sahaja, gambar kolaj siap dan sedia untuk digunakan.
Aplikasi ini juga ada beberapa tool asas bagi edit gambar, so kita tak perlu tukar apps untuk siapkan editing. Di photo collage dah ada semua yang diperlukan untuk kolaj gambar.
Aplikasi percuma ini boleh digunakan di IOS dan android.
NAK EDIT GAMBAR DENGAN CEPAT DAN MUDAH?
0 Comments