Lebih kurang 40 hari sahaja lagi kita bakal menyambut ketibaan bulan Ramadan. Kebiasaaannya, bulan mulia ini memang meriah dengan pelbagai juadah dan hidangan untuk berbuka puasa.
Musim sekarang, memang ramai yang buat 2-3 kerja untuk tampung taraf hidup yang makin tinggi. Terutama mereka yang berada di bandar utama dan kawasan elite.
Kini, kita lihat makin ramai orang yang ber bisnes air balang viral ini. Bisnes ini semakin sinonim dan mendapat tempat di hati masyarakat. Air balang ada dijual dimana-mana sahaja.