Post kali ini saya kongsikan cara dapatkan refund dan withdraw di shopee. Secanggih mana pun sistem di cipta pasti ada masalah.
Macam tu la juga kisahnya jika kita buat pembelian di shopee. Walau secanggih mana sistem, ada kekurangannya juga.
Belajar buat bisnes di Shopee kat sini
Apa nak buat jika ada masalah dengan order di Shopee?
Sekiranya kita ada masalah dengan tempahan yang kita buat di shopee, kita boleh memohon balik duit kita bayar barangan tersebut.
Sebagai pembeli, atau pun penjual di Shopee memberi perlindungan yang agak baik untuk kedua-dua pihak.
Sebab itu juga la kenapa Shopee menjadi laman jual beli paling di gemari oleh rakyat Malasyia. Selain barangnya murah.
Refund dan Withdraw Di Shopee
Berbalik kepada cara nak refund di shopee. Di sini saya senaraikan antara beberapa sebab kita boleh mohon refund.
Antara sebab kita boleh mohon refund :
#01 Barang kita order lewat di hantar
Dalam status penghantaran barang belum di hantar. Kita akan dapat 100% wang kita semula
#02 Barang order yang kita terima tak cukup
Ikut budi bicara, kedua-dua pihak, pembeli dan seller. Biasanya seller setuju untuk bagi potongan harga dari harga asal yang kita bayar.
#03 Barang yang kita order berbeza
Yang ni pun ikut budi bicara, kedua-dua pihak, pembeli dan seller. Korang kena deal dengan seller baik-baik.
Untuk kes barang hilang pulak, korang rujuk sini
Cara Refund Dan Withdraw Di Shopee
Untuk memudahkan proses refund dan bayaran di buat ke akaun korang.
Terlebih dahulu korang kena pastikan dah daftar akaun bank.
Satu lagi korang kena aktifkan Shopee Wallet. Jika sudah aktifkan, Korang boleh abaikan step ni, boleh terus ke topik di bawah cara withdraw duit di shopee
Cara Daftar Akaun bank Shopee
1.Buka aps shopee korang
2.Pilih account setting
3. Seterusnya korang pilih Bank Accounts / Cards untuk masukkan maklumat bank akaun korang
4. Kemudian, shopee akan minta verfikasi melalui no telefon korang.
Setel daftar akaun, seterusnya korang perlu aktikan Shopee wallet pula
Ke mana Shopee akan refund duit?
Untuk makluman korang, Shopee tidak akan terus refund duit kita ke akaun bank yang kita daftarkan.
Wang refund tersebut akan di kumpul atau di masukkan ke akaun Shopee wallet kita terlebih dahulu.
Dari Shopee wallet, barulah kita request withdrawal pula ke akaun bank kita tadi.
Kalau kita tak nak withdrawal pun tak mengapa.
Duit dalam shopee wallet kita tu boleh guna untuk pembelian barang-barang lain pula di shopee.
Biasanaya jika kita guna shopee wallet untuk buat pembelian di shopee, kita akan dapat kelebihan seperti coin shopee contohnya.
Cara aktifkan Shopee wallet
1.Buka aps shopee korang. Masuk bahagian ‘me'
2. Kemudian pilih Shopee Wallet
3.Masukkan 6 nombor pin yang akan korang gunakan setiap kali menggunakan khidmat e-wallet
Selesai sampai sini, baru lah kita pergi ke proses untuk mohon refund.
Cara Refund Shopee
Ini pula step –by step untuk kita mohon refund
Terlebih dahulu jika korang mahu melakukan refund atau return, korang perlulah tekan bahagian Refund/Return di produk yang korang telah berurusan sebelum ini.
Masukkan keterangan sebab kenapa korang mahu refund daripada penjual dan kemudian tekan hantar
Cara withdraw duit Shopee
1.Masuk di wallet Shopee dan pilih Withdraw
2. Pilih akaun bank yang korang sudah daftarkan sebelum ini
3. Masukkan nilai jumalh pengeluaran yang korang nak. Pengeluaran minimum adalah RM1 bagi setiap transaksi
4. Dah selesai tekan Confirm
5. Pada laman confirmation, jika semua sudah betul korang boleh teruskan dengan tekan Confirm
6. Masukkan nombor pin yang korang telah daftar sebelum ini dan tekan confirm
7. Selesai. Kemudian akan dipaparkan semua maklumat berkaitan untuk pengetahuan korang sahaja.
Syarat lain Withdraw
1. Kita boleh memohon untuk refund sebanyak mungkin secara percuma. Ianya percuma untuk 3 kali sahaja setiap minggu.
Selepas itu akan dicaj RM0.11 bagi setiap transaksi
2. Jika 3 kali sudah digunakan, setiap Isnin korang akan diberi kembali 3 kali free withdrawal
3. Sehari, kita hanya dibenarkan untuk melakukan satu kali transaksi withdrawal sahaja
4. Proses untuk transaksi pembayaran ke akaun bank kita, akan mengambil masa 2-5 hari waktu bekerja. (Biasanya waktu bekerja 24 jam dah masuk)
5. Pihak Shopee akan memberi tarikh jangkaan bila duit akan berjaya dipindahkan ke akaun bank korang
Kalau korang ada tak jelas cara refund dan withdraw di Shopee ni, korang boleh komen di bawah. Semoga membantu
0 Comments