Renew Lesen Memandu Secara Online – Follow Cara Ini

0 177

Korang tengah cari cara renew lesen memandu secara online ke tu? Kalau ya, korang di tempat yang betul dah ni.

Kalau lesen memandu korang dah nak sampai tempoh. Cepat-cepat korang renew.

Tempoh lanjutan moratorium untuk pembaharuan driving licence kita termasuk lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM) lesen vokasional (GDL/PSV) sehingga 31 Disember sahaja.

Hari ni dah berapa hari bulan.

Bermula 1 Januari 2022, penguatkuasa di seluruh negara oleh JPj akan dikuatkuasakan dan saman akan dikeluarkan.

Denda untuk kesalahan lesen memandu tamat tempoh

Untuk makluman korang juga bagi kesalahan lesen memandu yang telah tamat tempoh akan kena denda dan saman seperti berikut:

  • Melebihi tempoh antara 1 – 15 HARI : Saman RM70
  • Melebihi tempoh antara 16 hingga 30 HARI : Saman RM120
  • Melebihi tempoh antara 31 – 60 HARI : Saman RM150

Tak sempat keluar bayar lesen?

Sibuk memanjang, nak keluar rumah pun susah. Ye la walaupun buat bisnes online. Kerja menghadap screen je orang cakap. Tapi kesibukan tu, tak boleh bawa bincang.

Yang buat bisnes online ni, struggle dia lain macam. Lagi-lagi yang buat bisnes online secara solo. Walaupun bunyi macam cool je. Sebenarnya banyak sangat kerja.

Kerja kat rumah pun tak sempat keluar bayar lesen?

Ye la kalau dah buat kerja online dekat rumah ni. Suasana dan tanggungjawab tak sama macam dengan yang kerja dekat office. Lagi lah kalau yang dah berumah tangga dan ada anak kecik ni

Kejap kena siapkan anak sekolah, kejap nak layan anak menangis. Kejap lagi nak kena masak. Kejap lagi nak hantar anak ke sekolah

Fuh….ketahuilah, yang buat kerja online ni tak seindah yang sesetengah orang bayangkan..haha yang faham je faham..

Renew lesen online

Memang seboleh-boleh nya, orang macam saya yang buat bisnes online ni. Apa-apa urusan semua nak buat online je mudah. Termasuklah nak renew lesen.

Kerje memang nak berperap je dekat rumah. Kalau betul-betul urgent atau hal keluarga baru keluar rumah.

Eh, panjang betul saya membebel kali ni…maaf meluah sikit 😛 Baik berbalik dengan topik kita tadi tentang perbaharui lesen memandu.

Untuk urusan pembaharuan lessen memandu, kita boleh buat secara online melalui MYEG je.

renew lesen
Sumber : bikesrepublic

Servis MYEG

Untuk pengatahuan korang, MYEG atau MYEG Services Berhad ialah pemegang konsesi yang telah di lantik kerajaan untuk Aplikasi Utama MSC Kerajaan Elektronik Malaysia (“E-Government).

Buat masa kini, sudah terdapat banyak servis yang ditawarkan melalui portal dan aplikasinya seperti yang berikut:

  1. Pembaharuan lesen memandu
  2. Semak saman trafik PDRM
  3. Semakan resit cukai jalan
  4. Semakan status bankrap
  5. Semakan status pembantu rumah
  6. Pembaharuan roadtax
  7. Pembaharuan insuran kereta
renew lesen
Sumber : thestar

Renew Lesen memandu Secara Online ( MYEG)

renew lesen
Sumber : hellokerjaya

Cara renew lesen di MYEG

Follow ini untuk perbaharui lesen melalui portal MYEG.

  • Pertama sekali korang perlu la mendaftar akaun di portal
  • Daftar sebagai pengguna di MyEG
  • Login menggunakan ID dan password yang korang telah setkan
  • Klik pada logo Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Klik driving license renewal (CDL)
  • Korang boleh BACA TERMA & SYARAT. Sebelum KLIK PROCEED

Isi maklumat dengan betul

Isi maklumat pembaharuan dan penghantaran

  • Isi tempoh pembaharuan yang korang nak
  • Jika korang nak lesen korang terus di hantar ke rumah, korang select butang delivery
  • Semak maklumat
  • Klik procced
  • Buat pembayaran
  • Selesai

Korang akan akan menerima slip sementara lesen korang belum sampai kepada korang.

Bila lesen akan sampai?

Lesen korang juga akan sampai ke alamat korang dalam tempoh 4-5 hari waktu bekerja. Runner MyEG akan buat penghantaran terus ke depan pintu rumah korang!

Untuk membuat semakan status penghantaran MyEG, korang boleh rujuk di laman web MyEG juga, iaitu di sini

Sekiranya korang belum terima lesen dalam tempoh 21 hari bekerja. Sila hubungi MYEG semula.

Cara kontek MYEG

Maklumat lanjut talian hotline MyEG: 03-7801 8888

Syukur, senang lah lepas ni nak perbaharui lesen memandu.

Tak perlu lagi nak hadap jem, atau nak tunggu angka giliran. Jimat masa dan kos. Lagi-lagi musim sekarang ni pun masalah kesihatan berkait Covid-19, macam belum lagi nak redah-redah.

Elok sangat la, pihak kerajaan dah buat insiatif macam ni. Lagi bagus kalau urusan-urusan macam nak renew lesen ni semua boleh akses buat secara online. Memudahkan semua pihak

  • Nak tau cara dapat income macam ni??

Korang terus dapat info lepas masukkan details dan tekan button submit

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Step by step cara buat

Selalu ada masalah

tak cukup duit

setiap bulan?

Jom belajar cara jana 4-5 angka sebulan dengan jual barang Shopee/Tiktok ke luar negara

16108

Link panduan dihantar terus ke emel korang ye...

Panduan PERCUMA

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan