Musim perayaan macam ni, banyak barang kadang lambat sampai dari masa yang dijanjikan.
Untuk mereka yang risau barang tak sampai atau barang tak sampai-sampai tu, sebagai buyer kita boleh apply untuk refund.
Bila kita boleh apply untuk refund?
Macam mana cara nak refund?
- Barang yang di order tak sampai-sampai
- Barang sampai tak cukup
- Seller silap hantar barang
- Dapat barang rosak
Baca juga baca cara buat bisnes di Shopee
Cara nak request Refund
Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh apply for Refund selepas barang tak sampai-sampai selepas estiate delivery atau sebaik sahaja barang sampai.
Step 1: Dari Shopee App, klik pada “Me” and cari produk yang berkenaan dalam folder “To Receive”.
Step 2: Klik pada order tersebut, then klik pada “Request for Return / Refund” kat bawah page tu
Selepas klik “Return / Refund”, kita perlu:
- Pilih item yang nak apply untuk refund.
- Masukkan reason kenapa nak refund.
- Masukkan gambar. (Boleh masuk lebih 3 images)
- Terangkan kenapa nak refund.
- Boleh pilih sama ada dapat kan refund atau nak return barang tersebut sebelum dapat refund.
- Masukkan jumlah refund yang kita nak rekuest dan terus klik submit.
- Selepas siap semua, klik submit dan Shopee akan inform seller berkenaan dengan kes ini.
0 Comments