Step by step cara masuk produk ke kedai Shopee.
Part ini hanya boleh di buat sekiranya korang dah mendaftar sebagai seller di Shopee
Bagi seller biasa, Shopee beri kouta sebanyak 300 item untuk kita masukan dalam kedai Shopee.
So, stay tune dan baca sampai habis untuk tau cara masuk produk ke Shopee ye.
Make sure produk yang korang nak masukkan tu, yang dibenarkan sahaja. Jangan sesekali masukkan produk terlarang ye.
Senarai Produk Terlarang
Antaranya :
1. Produk berasaskan haiwan dan hidupan liar
2. Artifak dan barang antik
3. Wang dan cop palsu
4. Kad kredit dan debit
5. Sebarang jenis wang termasuklah wang digital
6. Dadah dan ubat-ubatan
7. Peralatan komunikasi dan elektronik
- Semua peralatan komunikasi dan barangan elektrik dan elektronik yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
- Contohnya peralatan elektronik yang sama seperti TV descrambler, pengesan radar, pengawal signal trafik, alat pengesan panggilan dan alat perakam panggilan
8. Barangan kategori merbahaya yang disekat
- Contohnya seperti senjata api dan senjata seperti semburan serbuk lada, replika, “stun gun” dan lain-lain
9. Jenis makanan yang terlarang
- Ianya untuk menjamin dan menjaga keselamatan para pengguna. Seller sama sekali tidak dibenarkan untuk menjual apa-apa makanan atau berkaitan dengan makanan seperti berikut:
- Makanan yang mendakwa mampu untuk menyembuhkan dengan cara yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan kajian kesihatan dan sains
- Beracun atau berisiko untuk memberikan keracunan
- Produk tenusu yang tidak dibasmi kuman
- Cendawan liar
- Makanan yang berisiko untuk membahayakan kesihatan
10. Segala barangan dan peralatan yang melibatkan badan kerajaan dan unit beruniform seperti PDRM, ATM seperti pakaian seragam dan juga lencana
11. Anggota badan dan organ manusia
11. Alatan untuk “lock-pick”
12. Tiket loteri
13. Racun serangga
14. Mesin slot
15. Saham
16. Tembakau atau yang berkaitan dengan tembakau
17. Bahan-bahan cetak, buku, filem, video dan permainan video yang tidak mematuhi undang-undang percetakan dan penerbitan
18. Barang curi
19. Barang yang tidak dilabel dengan betul
Ada banyak lagi senarai barang-barang yang tidak dibenarkan jual di Shopee. Korang boleh semak sendiri di sini
Nak belajar buat bisnes di shopee? Baca di sini
Cara Masuk Produk Ke Shopee Shop
1- Langkah pertama korang masuk ke website Shopee dulu kemudian ke kedai Shopee. Di syorkan korang gunakan pc/laptop untuk mudahkan kerja.
2- Untuk masukkan produk baru-
Product > Add New Product >Category
Shopee juga akan beri cadangan kategori produk untuk korang. Sekiranya tidak pasti, pilih sahaja others. Seterusnya klik Next.
3- Masukkan segala maklumat produk
- Nama produk
- Description produk
- Nama brand produk anda
- Fungsi atau kegunaan
- Harga barang
- Bilangan stok barang
- Variasi barang seperti warna, berat, bau dan sebagainya
- Masukkan gambar produk
- Berat produk
- Saiz produk
- Pilih dan on kan kurier yang korang nak guna untuk pos
- Pilih sama ada korang jual produk tu pre-order atau ready stock.
- Kondisi produk
Pastikan isi semua bahagian. Ini juga akan membantu produk korang untuk mudah di jumpai bila pelanggan membuat carian.
4- Akhir sekali klik butang publish.
Sekiranya tiada kesalahan atau produk yang korang jual tersebut tidak melanggar terma dan syarat shopee. Produk korang akan terus di paparkan.
Dan korang boleh anggap, produk sudah berjaya di masukan ke kedai Shopee korang.
Apa jadi jika produk bermasalah?
Jika ada masalah, kebiasanya senarai tersebut tidak akan publish.
Korang kena betulkan maklumat produk.
Sekiranya korang perasan ianya dalam senarai produk terlarang, deleted sahaja. Sekiranya korang tak edit semula, senarai tersebut akan masuk pada bahagian delist item. Bermaksud produk korang tidak akan di paparkan.
Boost Now – Step penting selepas cara masuk produk
Sebaik sahaja produk korang dah berjaya publish. Korang boleh klik butang Boost Now untuk naikkan produk korang ke bahagian atas senarai carian di Shopee untuk produk tersebut.
Tujuanya, agar produk korang lebih mudah dilihat dan dijumpai oleh bakal pelanggan korang.
Syarat untuk boost, Shopee hanya benarkan kita untuk boost 5 produk serentak selang 4 jam sehari.
Semoga panduan cara masuk produk di kedai shopee ini membantu korang.
0 Comments