Ninja Van – Step By Step Cara Hantar Barang

0 107

Kalau korang nak pos barang dan masih tercari-cari servis courier yang mudah dan trusted, saya nak suggest Ninja Van sebagai pilihan korang.

Especially kalau korang adalah online seller, Ninja Van adalah salah satu syarikat logistik yang bagus tau. Dah lama pun bertapak di Asia Tenggara.

Kalau korang nak tahu, brand2 besar macam Shopee, Lazada, Zalora dan banyak lagi e-commerce seller pun guna perkhidmatan kurier ini. Pendek kata, memang reliable!

Jadi, jom saya kongsikan 5 langkah mudah untuk korang hantar parcel.

Ini Cara Hantar Barang dengan Ninja Van…

1. Beli Ninja Pack.

Ninja Pack
Sumber : NinjaVan

Ninja Pack adalah pek sampul pos prabayar untuk menghantar barangan korang.

Ninja Pack ada banyak pilihan saiz yang boleh dipilih, bergantung pada berat parcel korang. Ada 2 jenis sampul Ninja Pack iaitu Regular Ninja Packs dan Padded Ninja Packs.

Dan… saiz atau harga Ninja Pack mengikut jenis dan bilangan ye. Saiz bermula dari XS, S, M lite dan M.

Saiz & Harga Ninja Pack
Sumber : NinjaVan

Korang boleh beli Ninja Pack secara online atau di lokasi Ninja Points terdekat di seluruh Malaysia.

2. Bungkus barang dalam Ninja Pack

Parcel Ninja Pack
Sumber : NinjaVan

Next, bungkus barang korang dalam sampul Ninja Pack dengan rapi.

Gunakan Regular Ninja Packs (sampul warna merah) untuk bungkus barang korang ye.

Tapi untuk barangan mudah pecah, korang boleh guna Padded Ninja Packs (sampul warna putih) untuk extra secure dan care. Sampul yang ini dah ada bubble wrap dalam dia ye. Nak lebih secure lagi, korang boleh juga lekatkan sticker Fragile. Sticker boleh dibeli bersama sampul Ninja Pack.

Pos sampul prabayar Ninja Pack
Sumber : NinjaVan

3. Create order di Ninja Dashboard

Web Order
Sumber : NinjaVan

Lepas dah bungkus barangan korang dalam Ninja Pack, boleh login website Ninja Dashboard. Korang perlu buat order online guna Ninja Dashboard. Jangan risau, simple je!

Ini cara mudah nak hantar barang Ninja Van guna Ninja Pack

Lepas dah klik dekat New Order, akan ada pop-up window. Masukkan segala details yang diminta.

Web Order
Sumber : NinjaVan

4. Drop-Off parcel korang di Ninja Point berdekatan

Ninja Point Malaysia
Sumber : NinjaVan

Last step, drop parcel korang dekat mana-mana cawangan (drop point) yang berhampiran. Ada lebih 4000 cawangan Ninja Point di seluruh Malaysia tau.

Drop-off tu pun kejap je. Tak perlu beratur or pergi kaunter pun. Korang masuk premis Ninja Van tu boleh pass terus dkt akak/abang counter or letak je dekat dalam box/bakul yang dah dilabel DROP. Senang kan?

Biasanya Ninja Van akan proses parcel korang dalam 1-3 hari bekerja tau. Dan Ninja Van juga ada 3 kali attempt(percubaan) penghantaran untuk barangan korang. Lepas 3x kalau masih tak berjaya dihantar, parcel akan dikembalikan semula ke return address korang.

6. Track parcel

NinjaVan Tracking Code Tracker
Sumber : NinjaVan

Finally, kalau nak check dan track lokasi parcel korang cuma perlu masukkan Tracking Number dekat website Ninja Van. Biasanya korang boleh track parcel dalam masa 24 jam selepas drop-off.

Kalau korang ada kemusykilan atau perlukan info lanjut, boleh hubungi pihak Ninja Van di my-sales@ninjavan.co atau di talian +60 111 722 5600.

Tak tahu nak guna kurier apa untuk hantar barang ke luar negara? Baca di sini

Kesimpulan

Pendapat peribadi saya, servis Ninja Van memang memudahkan pengguna dan sangat sesuai untuk sesiapa saja yang nak pos barang.

Memang pantas dan berbaloi-baloi lah guna servis ni lagi-lagi kalau korang peniaga bisnes online atau individu yang sibuk.

Apa pengalaman korang guna Ninja Van? Share lah dekat komen.

Nak Buat Duit Dengan

Share Post Yang Korang

Sedang Baca Ni?

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan