Sudah lah musim Covid-19 ni, nak dapat untung bisnes dalam RM1000 pun susah, dah kena denda sebab tak scan MySejahtera pula kan.
Memang tak ada rezeki lah, dah bukan rezeki kita… kata orag tua-tua dulu. Lebih kepada penyedap hati kita.
Mungkin tak ramai yang tahu, apabila masuk ke mana-mana premis, setiap orang memang wajib kena scan MySejahtera. Tidak boleh hanya wakil isteri atau suami sahaja. Kalau masuk 5 orang, memang 5 orang lah kena ada nama dalam MySejahtera.
Nak scan satu-satu tu agak leceh kan…
Buat Bisnes Ini Untuk Bayar Denda
Sebenarnya dalam MySejahtera tu sudah ada tempat untuk kita semua tambah nama anak-anak dan pasangan kita. So sekali scan sahaja, semua dah di daftar masuk. Senang kerja kita kan.
Untuk yang belum tahu lagi cara nak masukkan nama anak-anak atau pasangan, boleh ikut step di bawah ini ye
Cara Tambah Nama Anak-anak Dan Pasangan Dalam MySejahtera
Pastikan anda sudah download app MySejahtera di telefon bimbit masing-masing ye. Masukkan semua maklumat diri anda untuk mendaftar akaun MySejahtera anda
Pada paparan Home app ini, klik pada pilihan More untuk mendaftar atau menambah nama anak-anak atau pasangan.
Pilih Manage Dependent untuk tambah nama anak-anak atau pasangan.
Anda boleh masukkan semua nama anak-anak atau family yang sentiasa ikut anda keluar bersama-sama. Sekali masuk sahaja, ia akan kekal di dalam sistem app.
Klik pada Add Dependent dan terus masukkan nama anak dan details seperti nombor kad pengenalan, umur, jantina dan perkaitan anda dengan penama.
Wajib isi dan penuhkan semua tempat kosong ini ye.
Apabila dah siap, semua list yang anda masukkan tadi akan mask dalam sistem dan akan kelihatan seperti gambar di atas.
Ha..siap. Mudah saja kan.
Ikut sahaja step yang admin bagi di atas tu ye. Senang sahaja. So tidak ada alasan untuk tidak buat.
Semoga bermanfaat.
0 Comments