Adakah korang tercari cara kembangkan perniagaan korang ke luar negara?
Sebelum itu kena cek dulu, apakah perniagaan yang korang sedang jalankan sekarang, berada dalam keadaan yang stabil dalam negara.
Atau sedang mengalami masalah.
Menurut pakar perniagaan internet nombor satu Malaysia, Ifran Khairi
“Sekiranya perniagaan kita di Malaysia kelaut, nasihat saya jangan lagi fikirkan membawa perniagaan kita ke atas laut (oversea). Inilah namanya lawak antarabangsa. ”
Mungkin korang ada alasan tersendiri. Hendak kembangkan perniagaan korang ke luar negara.
Seorang usahwan, yang berjaya ada satu sifat dalam diri mereka. Iaitu kuat berusaha dan tidak kenal erti putus asa.
Ada juga usahawan, yang menjalankan perniagaan di Malaysia, kurang menjadi. Tapi bila di kembangkan ke luar negara, menjadi pula.
Contoh paling dekat ialah syarikat Grab. Iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan teksi e-hailing.
Grad pada mulannya di kenali sebagai MyTeksi. Disebabkan kekurangan dana dan tidak mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia, pengasasnya membawa diri dan perniagaan ini untuk di kembangkan ke luar negara.
Selepas bertapak di luar negara, iaitu di Singapura, perniagaan Grab ini semakin hari semakin berkembang. Sehingga lah ke tahap sekarang.
Syarikat Grab telah berjaya menyenaraikan syarikat mereka di NASDAQ dengan penyenaraian awam yang bernilai sekitar $39.6 billion (RM167 bilion).
Kejayaan ini bukan suatu yang mudah. Dan tidak mungkin akan di kecapi jika pengasasnya tidak meneruskan usahanya membawa perniagaanya ke luar negara.
Tips cara kembangkan perniagaan ke luar negara
Tips ini tak sesuai, sekiranya korang berangan-angan untuk mejadi syarikat besar seperti kisah kejayaan Grab yang saya kongsikan tadi.
Untuk meraih kejayaan yang besar. Korang perlukan lebih daripada apa yang saya kongsikan ini.
Tips ini, lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai modal kecil, nak test market dan ingin kurangkan risiko
Buat kajian online
Buat masa sekarang ni, hampir semua maklumat dan informasi boleh di cari mengunakan kemudahan internet.
Taip sahaja informasi yang korang ingin tahu di carian Google. Insyallah akan ada jawapan dan informasi yang korang perlukan.
Lawatan ke negara yang ingin dituju
Cara ini memerlukan modal. Korang kena pastikan sudah study berkaitan kos dan lokasi untuk lawatan ke luar negara.
Pastikan juga, buat rancang sebaik mungkin supaya semuanya berjalan lancar.
Kenal pasti tempat yang sesuai untuk set up perniagaan di negara orang. Juga kena tau berapa modal untuk kos perjalanan, makan minum dan penginapan di sana.
Perancangan ini perlu di buat secara teliti dan teratur. Lebih-lebih lagi jika bajet kewangan yang terhad.
Jaringan kenalan
Jika korang mempunyai rakan di luar negara, atau yang sentiasa berurusan keluar negara, boleh lah dijadikan partner atau rujukan.
Lebih mudah jika kita mempunyai kenalan rapat yang boleh berkongsi maklumat yang kita untuk tujuak bisnes ini.
Sekiranya tiada kenalan, korang mungkin boleh bertanya kepada saudara mara atau kawan-kawan, jika mereka ada kenalan di sana yang boleh membantu.
Lagi mudah meminta bantuan mereka yang tau dari kita terjah macam tu sahaja kan.
Cara paling mudah – Cara kembangkan perniagaan ke luar negara
Sebenarnya, ada cara paling mudah dan jimat untuk kembangkan perniagaan ke laur negara. Buat secara online pun boleh.
Antara yang paling mudah adalah dengan cara menjual di ebay atau di Amazon.
Salah satu kelebihan jika korang berniaga di ebay dan Amazon ialah mendapat pelanggan dari satu dunia.
Kos pun tidak terlalu mahal berbanding terpaksa ke luar negara. Paling penting korang masih boleh bersama keluarga tanpa perlu berjauhan.
Kalau tak tahu bagaimana nak bermula, boleh belajar dengan baca di sini
Kesimpulan
Mengembangkan perniagan sehingga ke luar negara itu bagus. Tetapi dengan situasi sekarang ini, kena fikir semula.
Adakah korang sudah bersedia menghadapi risiko yang turut hadir kelak?
Ada baiknya gunakan apa yang ada di tangan terlebih dahulu.
Jadikan kisah syarikat Grab sebagai motivasi untuk kita. Jangan berhenti berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan
0 Comments