Jenama Perniagaan – 6 Sebab Kenapa Penting Untuk Bisnes Baru

0 213

Jenama perniagaan atau brand sangat memainkan peranan penting untuk sesuatu perniagaan baru untuk jangka masa panjang.

Ada yang cakap jenama perniagaan tu, maksudnya nama perniagaa. Ada juga yang cakap ianya tentang logo syarikat.

Semua itu betul. Tiada yang salah.

Jenama ialah merangkumi semua aspek tentang perniagaan tersebut. Ianya bagaikan duta yang menjadi pengenalan atau apa-apa sahaja yang membolehkan orang ingat atau kenal tentang perniagaan kita.

Contoh mudah tentang brand. Bila sebut pasal ayam goreng, apa yang terlintas di fikiran korang ?

Mesti inggat 3 huruf ni kan

KFC

jenama perniagaan
Sumber : logomyway

Walaupun tanpa sebut, otak kita secara automatik terus memberi isyarat mengingatkan kita jenama ini. Begitulah kuatnya dan pentingya brand kepada perniagaan kita

Branding juga merupakan strategi yang dibentuk oleh sesuatu perniagaan. Ianya membantu bakal pelanggan, agar mereka dapat secara cepat mengenali produk.

Untuk lebih jelas lagi, jom tengok kat bawah ni.

Mengapa perniagaan baru perlu jenama

#1 – Memberi tahu kewujudan bisnes kita – Penting untuk jenama perniagaan

jenama perniagaan
Sumber : Pixabay.com

Sesuatu perniagaan itu akan lebih mudah diketahui. Bila bisnes kita wujud, orang mula bercakap tentang brand kita

Salah satu elemen penting dalam penjenamaan ialah logo. Logo yang tepat dapat memberi gambaran awal tentang perniagaan yang sedang kita jalankan.

Sebab itu, jangan terkejut mengapa brand-brand besar sanggup menghabiskan jutaan ringgit. Semata-mata untuk menghasilkan satu bentuk logo.

Sumber : 1000logos.net

Salah satu logo terkenal di dunia. Harga syarikat pengeluar minuman bergas ini sahaja mencecah RM4.2 juta.

 #2 – Kepercayaan – Penting untuk jenama perniagaan

jenama perniagaan
Sumber : perceptsgroup

Kepercayaan adalah sesuatu yang sukar untuk dimilik dan mahal nilainya.

Tanpa kepercayaan, sangat sukar untuk kita mengeluarkan wang untuk membeli atau mendapatkan sesuatu servis.

Contohnya Maggie.

Saya percaya semua orang kenal Maggie, sebagai makanan segera berasaskan mee.

Walaupun ada banyak lagi jenama lain, tapi saya percaya, bila sebut pasal makanan segera berasaskan mee, kita terus teringat Maggie.

Walaupun banyak jenama-jenama baru yang turut menjual produk yang sama, tapi Maggi tetap disebut

Kenapa bisnes perlu ada misi dan visi?

#3 – Mewujudkan kredibiliti

Penjenamaan perniagaan yang kuat akan mewujudkan kredibiliti kepada syarikat

Dalam perrniagaan, kredibiliti boleh diwujukan dengan menyediakan produk atau servis yang boleh selesaikan masalah.

Dengan branding yang kuat, kita juga mampu meningkatkan kredibiliti perniagaan.

Bila kredibiliti meningkat, pelanggan tidak lagi ragu-ragu untuk membeli produk atau menggunakan perkhidmatan kita

Salah satu cara untuk meningkatkan kredibiliti ialah dengan membuat branding berterusan dan konsisten.

#4 – Wujudkan Raving Fans

Branding yang berterusan juga, bakal melahirkan raving fans atau kita panggil pelanggan setia

Wujudnya raving fans, maka proses untuk menjual produk atau servis juga akan lebih mudah

Jika perniagaan korang ada ni, percayalah jual apa pun orang tetap beli dan sanggup berebut.

Walaupun korang jual dengan harga yahudi!

#5 – Mudah untuk mendapatkan pelanggan baru

Penjenamaan yang kuat dan baik juga mampu untuk menarik pelanggan baru membeli dan menggunakan servis kita.

Berbeza dengan raving fans, mendapatkan pelanggan baru adalah lebih sukar. Tetapi bila brand kita kuat dan menjadi sebutan, ia menjadi mudah.

Secara psikologynya otak manusia akan gunakan atau memilih produk yang orang ramai pilih atau guna

Sebabnya mereka akan merasa familiar dan memiliki kepercayaan terhadap brand tersebut.

#6 – Positioning

Positioning more kepada bagaimana meletakan jenama kita sebagai yang teratas. Sebagai jenama nombor satu pilihan pengguna.

Bila orang sebut sahaja tentang sesuatu produk atau servis, orang akan sebut tentang perniagaan kita. Orang akan cari kita, dan orang akan beli atau guna servis kita

Penjenamaan yang baik dan berterusan membantu kita kekal relevan dan menjadi pilihan pengguna walau ramai pesaing baru muncul.

Kesimpulanya

Sekiranya berhajat untuk menjalankan perniagaan untuk satu jangka masa panjang, buatlah penjenamaan dengan sebaik mungkin.

Jangan berkira untuk konsisten mewarwarkan jenama sendiri, semakin orang kenal semakin naik jenama kita.

  • Nak tau cara dapat income macam ni??

Korang terus dapat info lepas masukkan details dan tekan button submit

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Step by step cara buat

Selalu ada masalah

tak cukup duit

setiap bulan?

Jom belajar cara jana 4-5 angka sebulan dengan jual barang Shopee/Tiktok ke luar negara

16108

Link panduan dihantar terus ke emel korang ye...

Panduan PERCUMA

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan