Siapa sangka bermula dengan jual Kad Mainan Boboiboy ke mat saleh adalah titik mula pemuda ini mengaut pendapatan dan buat duit 5 angka dari rakyat luar negara.
Bunyi agak pelik dan susah nak percaya, tapi itulah hakikatnya.
Ini didedahkan oleh seorang peniaga online yang menjual barangan keperluan harian – hanya bisnes dari rumah di platform eBay, Azlan Abu Bakar.
Menurut Azlan dia pun tidak menyangkakan yang percubaan berniaga di eBay pada musim pandemik ini membuahkan hasil yang sangat lumayan.
Azlan bermula dan belajar berkenaan ebay dari Panduan Export Mudah, yang sememangnya tunjuk satu persatu cara untuk buat duit di eBay ini.
Sejak berkecimpung dalam bisnes eBay pada bulan pengumuman PKP March lepas, dia telah mengeksport pelbagai jenis keperluan harian ke luar negara terutama sekali Amerika Syarikat.
Memang tak terfikir dek akal, kadang kala terlintas persoalan adakah semua barang-barang itu tidak ada di negara mereka?
Contohnya, Azlan selalu menerima order seperti Scott Emulsion perisa Oren, Susu Alpha Lipid dan banyak lagi keperluan rumah yang lain . Yang sangat menarik lagi ubat kutu dan ubat kudis pun mat saleh beli dari Malaysia.
Bayangkan Scott Emulsion yang hanya berharga RM12 boleh di jual sehingga harga USD49.9 untuk 3 botol di Amerika Syarikat. Produk seperti ini agak laju lebih-lebih lagi musim pandemik ini.
Pada mulanya, ingatkan mereka yang membeli tu adalah orang Malaysia yang tinggal di luar negara, tapi bila tengok nama, ternyata mereka adalah warga negara Uncle Sam asli di sana.
Menarik bukan.
Bukan itu sahaja, kedai eBay Azlan juga pernah mendapat sale yang banyak untuk ubat nyamuk kepingan yang berjenama Fumakilla dan serum rambut.
Ubat kudis ni pun memang dapat sambutan hangat kat Amerika Syarikat. Kebanyakan buyer akan beli 3 botol ke atas untuk jimatkan kos penghantaran
Sebut pasal halangan dan ujian dalam bisnes ebay, Azlan menegaskan bahawa walau ada masalah internet dan kurier kerana tinggal di pedalaman, namun itu tak mematahkan semangatnya untuk terus buat duit di eBay.
Walau terpaksa ‘mencari line' Azlan tak menjadikan alasan ini untuk dia berputus asa.
Malah, kerana nampak peluang bisnes eBay dengan profit USD ini, dia dengan happynya deal dengan pihak kurier DHL untuk berjumpa di tepi jalan kerana jarak antara rumah dengan pejabat DHL adalah hampir 100km sehala. Pergi balik dah 200km.
LATEST UPDATE – Sekarang dah boleh guna BERKATPOS untuk pos barang ke luar negara. Tak perlu packing, mereka yang akan buatkan.
Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan buat dengan konsisten, segala pengorbanannya membuahkan hasil bila berjaya capai jualan 5 angka walau dalam musim PKP.
Untuk yang terkesan dengan PKP, kehilangan kerja, dapat separuh gaji atau nak cari pendapatan lebih, boleh lah try bisnes ebay seperti yang Azlan buat ni.
Ingat satu benda sahaja, apa-apa sahaja yang kita buat tak kiralah bisnes ebay atau apa pun, kesungguhan dan konsisten adalah sangat penting dan tunjang utama untuk berjaya.
Semoga post ini bermanfaat dan dapat bantu korang semua especially yang sedang cari bisnes part time atau income tambahan. Selamat mencuba.
Untuk yang baru nak bermula, boleh refer cara mula bisnes ebay di sini.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments