Untuk yang selalu hantar barang ke dalam dan luar negara, sangat penting untuk tahu cara trace barang yang di hantar.
Ini adalah untuk pastikan barang yang kita hantar tu sampai dengan selamat ke destinasi.
Lagi-lagi barang yang dihantar tu barang yang penting dan mahal.
Tentu tak senang duduk selagi barang belum sampai dan selagi tak nampak status delivered pada result tracking.
Sebenarnya, ada banyak platform yang boleh kita guna. Dan setiap website kurier yang kita gunakan, ada sediakan funtion ini.
Jika nak mudah dan senang guna aplikasi Aftership.
Dengan Aftership, korang boleh trace semua parcel dari kurier lain. Fedex, DHL, JNT, Shopee Express, dan yang lain-lain juga.
Mudah kan. Boleh terus cek di satu tempat sahaja. Jimat masa.
Untuk yang buat bisnes ebay amat penting untuk tau cara trace barang
Untuk mereka yang berniaga di ebay, selepas saja dapat traking number dari BerkatPos, boleh terus masukkan ke dalam aplikasi Aftership.
Dari situ kita akan nampak perjalanan barang tersebut. Ia akan ditunjuk satu persatu.
Boleh tengok dengan jelas
Cara daftar Aftership
Kenapa perlu trace barang yang dihantar?
Bagi seller ebay yang baru, ini adalah cara aling mudah untuk dapatkan feedback dari buyer.
Bila barang yang di trace dah dalam status delivered, snap dan hantar dan tunjuk ke buyer by ebay message. Minta budi baik buyer supaya bagi positive feedback untuk pembelian tersebut.
Feedback adalah sangat penting untuk seller ebay. Ia dapat menaikkan kredibiliti seller ebay.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments