Ramai yang nak jual barang di ebay oversea tapi stuck sebab tak tahu cara. Jadi, Sis Dila nak kongsi 7 langkah mudah yang korang boleh buat untuk berbisnes di ebay oversea.
Apa yang korang perlu buat untuk jual barang ke oversea, follow je step by step apa yang Sis Dila kongsikan ni.
InshaAllah, inilah cara paling simple untuk korang macam mana nak mula jual barang ke oversea.
1- Daftar akaun ebay untuk mula jual barang di oversea
Ini adalah step paling penting untuk korang yang baru nak mula buat bisnes di ebay. Boleh terus ke website ebay.com untuk mendaftar.
Kalau dah ada akaun ebay, tak perlu daftar lagi. Korang guna je akaun yang sama untuk buat bisnes dan jual barang ke oversea.
2 – Daftar akaun Paypal untuk terima duit hasil jual barang di oversea
Paypal ni adalah pasangan akaun ebay. Sebabnya, kalau tak ada akaun paypal, korang tak boleh terima bayaran daripada pelanggan.
Jadi, sebelum jual barang tu, pastikan korang dah daftar akaun paypal dan linkkan dengan akaun ebay ya.
3 – Buat research tentang produk senang jual
Biasa orang baru nak buat bisnes akan blur, tak tahu nak jual barang apa.
Sis Dila nak bagitahu korang bahawa ada banyak je barang keperluan harian yang mudah terjual di ebay oversea.
Kalau korang rajin buat research, memang akan mudah jumpa produk yang laku keras kat sana.
Macam mana nak barang mudah di jual?
Buat research guna Advanced Research tools yang ada dalam website ebay. Free je tau. Apa yang penting, korang tahu macam mana nak guna tools tu.
Okey, ini fasa kita nak masukkan produk yang nak di jual. Tak ada produk, macam mana nak berniaga kan.
Korang boleh buat listing barang yang dah biasa seller lain jual di ebay.
Setiap hari masukkan list produk baru yang memang ada demand. Baru mudah nak jual kan.
Postage ni yang selalu orang risau.
“Sis Dila, macam mana cara nak pos barang ke oversea?”
“Sis Dila, macam mana nak kira kos postage?”
“Kita kena tanggung ke kos pos jual barang kat oversea ni?”
Kalau susun, memang banyak soalan pasal postage ni.
Untuk yang baru mula bisnes di ebay, boleh guna web2ship atau flickpost untuk kurier barang ke oversea.
Korang boleh cek laman web kurier tu untuk semak harga kos penghantaran.
6-Mark produk yang dah terjual tadi sebagai ‘MARK AS SHIPPED'
Bila dah terima order dan kita proses, pastikan buat mark as shipped. Jadi, pelanggan akan tahu bahawa produk yang diorang beli dah di hantar.
Step ni penting untuk pastikan servis korang sentiasa tip top di ebay. Okey?
7- Masukkan tracking number
Last but not least, masukkan tracking number adalah sangat penting untuk pembeli di ebay.
Korang masukkan tracking number untuk mudahkan pelanggan track parcel mereka dah sampai kat mana.
InshaAllah, kalau servis korang cepat – mudah untuk dapat feedback positive daripada pelanggan.
Okey, cukup dah 7 step penting, macam mana cara nak jual barang ke oversea. Korang hanya perlu follow je step by step yang Sis Dila share ni.
Oh ya, sebenarnya segala info tentang ebay ni boleh didapati dengan mudah di google atau you tube. Cuma kena explore dan ambil masa lama.
Kalau nak cepat, boleh terus refer ebook Panduan Export Mudah yang Sis Dila guna ni. Memang proven dan ada result.
Alhamdulillah Sis Dila dan kawan-kawan dah dapat buat 4-5 angka dari panduan ini.
Semoga perkongsian Sis Dila ni dapat bantu korang untuk buat bisnes di ebay dengan mudah dan betul.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
Assalamualaiku, boleh jelaskan pada saya dengan lebih lanjut tentang pemasaran produk ke luar negara ?
Kami ingin mejual produk MylaraSkincare ke luar negara. Saya perlukan keterangan lanjut. Terima kasih.
sis boleh gunakan platform ecom yang memang mereka gunakan di sana
antaranya seperti ebay, amazon dll.
Salam saya dah listkan brg kat ebay tapi masih tak boleh nak post kat ebay loading lepas ti hilang. Lagi satu kalau harga barang rm10 berapa saya boleh letak harga terima kasih
jika loading tu, mungkin ada masalah line internet tu sis.. nanti try balik submit listing tu ye.
Untuk cara letak harga- boleh refer kelas online yang Sis Dila buat dalam grup private fb ye sis.