Nak tau cara untuk dapatkan repeat buyer di ebay? Jom baca kat bawah ni ye…
Ternyata, Lebih senang untuk jaga pelanggan sedia ada dari berhempas pulas mencari dan meyakinkan pelanggan baru.
Pelanggan sedia yang pernah membeli dengan kita, mereka sudah ada trust pada kita. Jadi mereka mudah beli barang lain yang kita jual.
Berbanding dengan pelanggan baru, yang kita kena yakinkan dahulu, kena layan dan jawab bermacam-macam soalan.
Sama situasi juga dengan bisnes eBay.
Bila kita dah dapat satu kastemer yang membeli dari kedai, jaga dan layan dengan baik.
Bila mereka suka dengan cara kita, mereka akan repeat order lagi dari kedai kita berkali-kali. malah siap promote ke kawan-kawan dan saudara mari lagi.
Untuk yang minat nak belajar buat bisnes di eBay dan belum ada akaun lagi, korang boleh follow cara step by step di sini
Orait, untuk yang nak tau cara untuk dapatkan repeat buyer di ebay, korang baca kat bawah ni ye…
Cara dapatkan repeat buyer di ebay
1- Cepat respond – cara berkesan untuk dapatkan repeat buyer
Part ni memang semua kastemer suka. Tak kira lah bisnes apa pun. Kalau kita sebagai kastemer pun, memang kita suka jika seller cepat respond.
Bila ada sale di eBay, kita kena cepat-cepat take action – cepat pos.
Jangan peram lama-lama.
Dan jika buyer mesej bertanyakan sesuatu, cepat-cepat jawab pertanyaan mereka. Jangan biar lama mereka tunggu.
Bila kita fast respond, barulah mereka suka deal dengan kita.
2- Guna kurier yang pantas – cara mudah untuk dapatkan repeat buyer
Bila guna kurier pantas, barang akan cepat sampai.
Biar buyer terkejut. ‘Eh..baru je order, dalam masa 3 hari dah sampai..”
Biasa kalau pakai BerkatPos seperti yang dalam ebook Export Mudah ajar tu, dalam masa 3-5 hari barang dah sampai ke pelanggan di luar negara.
Sangat cepat.
Mereka pun macam kita lah… suka bila dapat barang cepat.
Boleh semak tracking number dari BerkatPos di sini
Baca juga cara naikkan sale ebay di sini
3- Whatsapp buyer – cara dapatkan repeat buyer
Bila buyer beli barang dari kedai kita, akan disertakan sekali no fon untuk tujuan penghantaran.
Boleh ambil nombor tu dan cuba whatsapp buyer tersebut.
Mula-mula just bertanyakan tentang barang yang mereka beli tu, sama ada dah sampai atau belum.
Ada baiknya whatsapp selepas korang trace status barang tu dah delivered.
Then jika dia reply, ha.. itulah peluang korang semua.
Ini kita panggil deal di luar ebay. Untuk tujuan ini, boleh guna Paypal.
4- Jika buyer selesa berurusan di ebay
Jika buyer lebih selesa berurusan di ebay, layankan sahaja.
Itu pun salah satu cara untuk dapatkan lebih banyak repeat order juga.
Jika buyer ada permintaan untuk produk lain, usahakan untuk cari dan buat listing baru untuk buyer tersebut. Ini akan memudahkan lagi urusan pembelian buyer tersebut. Mereka tentu suka.
Sure dia akan setia dengan kita.
Kesimpulannya
Itulah antara 4 cara untuk dapatkan repeat buyer di ebay. Kata kunci dia adalah komunikasi yang baik.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments