Sis Dila tahu, musim sekarang ni memang ramai sangat orang yang sedang cari side income. Nak buat duit extra untuk tampung kehidupan sekeluarga.
Memang sedih bila kita tengok ada kawan-kawan yang bisnesnya dah tak boleh beroperasi, tak kurang juga yang di berhentikan kerja dan macam-macam ujian yang menimpa diri masing-masing.
Tapi, hidup mesti diteruskan. Dengan kemahiran yang kita ada, apa yang boleh dijadikan sumber pendapatan?
Semua orang suka duit, betul?
Tapi macam mana kita nak gandakan duit sedia ada untuk jadi lebih banyak dan berganda-ganda lebat?
Kalau korang pandai bermain dengan e-commerce, website dan rajin berusaha untuk faham simple English words, Sis Dila nak kongsi peluang untuk buat duit di platform ebay.com
Korang mesti dah familiar dengan nama ebay kan. Sis dila nak share 6 sebab untuk korang jatuh cinta dan bersemangat buat bisnes di ebay.
#1- Modal yang rendah
Untuk mula buat bisnes di ebay ni, korang hanya perlukan RM10 sahaja untuk verify akaun paypal. Tapi korang akan dapat semula duit ni.
Kiranya zero cost lah buat bisnes di ebay ni.
#2- Tak perlu simpan stok
Ini memang best. Buat bisnes online tanpa perlu ada stok di tangan.
Korang hanya perlu buat listing product yang nak dijual. Bila ada sale, baru beli stok dan pos kepada pelanggan.
Serius, memang mudah dan jimat modal. Tak perlu nak bazirkan duit untuk laburkan buat simpanan stok.
#3- Masa yang fleksibel
Musim sekarang memang ramai yang buat 2-3 kerja setiap hari.
Ebay memang sesuai untuk kita jadikan side bisnes sebab boleh buat bila-bila masa sahaja.
Kita hanya perlu peruntukkan 1-3 jam sehari untuk buat research, update listing product dan uruskan postage.
#4- Sesuai untuk kita yang ada banyak masa free
Bisnes ebay ni memang sesuai untuk kita isi masa lapang. Daripada membazir buat aktiviti yang tak berfaedah, lebih baik fokus buat duit.
Dapat juga tambah duit poket bulanan kan. Entah-entah nanti, hasil bisnes di ebay ni lagi kencang daripada duit gaji hakiki.
#5 – Bisnes ebay dalam currency USD
Kita buat bisnes di ebay ni, nilainya 4 kali ganda lebih tinggi berbanding jual produk dalam Malaysia.
Kalau korang rajin, memang boleh dapat 4-5 angka sebulan. Berbaloi sangat untuk buat bisnes ni. Santai-santai pun masyuk juga.
#6- Jual barang dari kedai tepi rumah je
Untuk bab ni, korang tengok lah apa barang yang ada kat kedai runcit kat tepi rumah.
Kalau tak ada kedai runcit, korang boleh masuk 99 Speedmart, Mydin, KK, farmasi, Watson, Guardian dan macam-macam lagi.
Barang keperluan harian, biasanya memang mudah terjual di ebay.
Kalau korang malas nak keluar rumah, boleh je order barang daripada shopee. Sebabnya, barang dah siap berbalut dengan bubble wrap.
Korang hanya perlu tukar parcel dan lengkapkan consignment notes untuk pos ke luar negara. Settle!
Kesimpulannya, bisnes di ebay memang sesuai sangat untuk kita semua. Nak buat part time, full time atau no time – itu terpulang kepada korang.
Decide apa yang terbaik untuk diri korang sendiri.
Sis Dila hanya bantu tunjukkan jalan dan nak korang nampak peluang ni.
Ebay bukan scam, korang buat mesti dapat hasil. Syaratnya buat betul-betul dan follow do’s and don’ts dalam berbisnes di ebay.
Kalau rasa susah nak buat sendiri, atau tak ada masa nak cari info untuk buat bisnes. Sis Dila nak recommend korang untuk dapatkan ebook Panduan Export Mudah.
InshaAllah, korang buat bisnes ebay dengan lebih berilmu dan ada guideline.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments