Kalau perhatikan dalam website eBay, ramai seller dari Malaysia yang jual barangan dari China. Kebanyakan mereka buat dropship dengan AliExpress (AE).
Terlalu banyak item atau barang-barang yang boleh dimasukkan dalam kedai kita bila buat drpship dengan AE ini.
Cara mudah nak tau sesuatu produk tu dari AE adalah, just skroll item-item di eBay dan cek di AE. Kebanyakan mereka akan letak location produk di China.
Lepas jumpa, mark seller tersebut dan cek item dia yang lain juga. Jangan lupa untuk tengok item sold juga. Penting tu!
Jika kebanyakan item dia jual ada di AE, bermaksud kemungkinan besar dia memang dropship dengan AE.
Item sold itulah yang korang kena cari di AE dan listkan sama di kedai eBay korang ye.
Jelas kan?
Cara sama sahaja macam research kita di kelas online yang sebelum ni.
So korang pun boleh buat dropship dengan AliExpress juga.
Lihat cara edit listing di eBay supaya dapat sale di sini
Cara Nak buat dropship dengan Aliexpress
1- Daftar akaun Aliexpress
Buat pendaftaran di Aliexpress.com.
Bila dah ada akaun, kita dah boleh beli barang untuk kegunaan sendiri atau nak jual di website eBay dengan kaedah dropship.
Kat AE memang ramai yang buat dropship. Dan ada banyak supplier dengan bermacam-macam produk.
2- Cara daftar sebagai dropshipper
Seller di AE sudah sedia maklum bahawa ramai yang jadikan AE sebagai platform dropship.
Jika ada sale, korang just masukkan details buyer eBay korang di ruangan alamat.Ttak perlu inform apa-apa kepada seller.
Di ruangan remark, boleh masukkan nota tuliskan bahawa ini adalah barnag dropship. So suplier tidak akan masukkan invoi dalam parcel tersebut.
Mereka akan hantar ikut alamat tertera.
Jika beli untuk diri sendiri, letak alamat sendiri ye. Mudah je kan.
Macam mana nak tau barang AE yang laku di eBay?
1- Ambil 1 produk dan cek keberadaan produk tersebut di eBay.
DI AE cek harga yang paling murah dan tengok juga review produk ye. Ini penting supaya kita tak ada masalah dengan barang yang di beli dan juga seller yang bermasalah.
2- Jika ada di eBay, tengok details produk.
Tengok harga dan shipping yang diletakkan oleh seller ebay tersebut. Jangan lupa tengok description sama.
Tak perlu beli barang tersebut, just dapatkan gambar sahaja dulu.
Sis Dila bagi satu contoh ye… Sis Dila pilih produk ni.
Harga di AE baru US $7.50
Bila cek di ebay, ada seller yang jual dengan harga ni US $30.65. Bnayak beza kan..
3- Listing produk yang dah kita buat research tadi dalam kedai eBay
Gunakan format Buy It Now
4- Untuk kira untuk rugi boleh refer kalkulator EM ini ye
Mudah bila guna kalkulator ini. Cepat dan jimat masa.
5- Place order di AE – Dropship dengan AliExpress
Jika barang AE yang kita listing di ebay tadi ada sale, teru sbuat order di AE.
Proses order biasa amik masa 1-3 hari depends pada seller. Bila dah ada traking number, baru boleh update kat ebay. Jangan lupa mark as shipped ye.
Bisnes dropship ni menguntungkan sebab kita tak perlu keluar modal pun. Dan semua kerja termask packaging di uruskan oleh supplier.
Ada banyak sangat produk di AE, buat research dan list dalam kedai ebay. Tak ada lagi alasan tak ada barang nak list!
Semoga post dropship dengan AliExpress ini bermanfaat untuk semua… Aamin.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments