Kali ini, Sis Dila nak share kan tentang perkara yang perlu dibuat sebelum memulakan bisnes jual barang di ebay ni.
Ramai orang nak buat bisnes ini. Tapi tak ramai yang tahu cara sebenar untuk buat bisnes yang dapat profit dalam USD ini.
Sepanjang Sis Dila buat sharing tentang ebay ni, ada bermacam-macam persoalan yang ditanya.
Macam mana nak mula bisnes di ebay?
Kena pandai english dulu baru boleh buat ebay ke?
Berapa modal yang diperlukan?
Nak jual barang yang macam mana?
Sis Dila listkan 4 sahaja di sini. Kalau nak ikutkan, ada banyak lagi soalan 😉
Khas untuk anda semua yang sememangnya sedang mencari peluang untuk buat duit, Sis Dila share kan di sini ye supaya semua orang boleh belajar dan buat.
Nah..kat sini Sis Dila listkan 5 perkara yang wajib anda semua ada untuk buat bisnes jual barang di ebay ini.
Lepas baca ni terus take action ye.
Untuk memulakan bisnes di eBay, anda perlu ada 5 perkara asas seperti di bawah:-
1-Laptop/handphone.
Ini perkara paling asas yang perlu ada. Kalau tak ada dua ni, memang tak boleh buat bisnes di ebay.
Tak ada laptop pun tak mengapa. Handphone pun boleh pakai, yang penting ada Internet browser seperti Google Chrome atau Mozilla Firefox.
Ramai juga sahabat ebay Sis Dila yang dapat sale sampai 4-5 angka hanya dengan menggunakan fon sahaja.
So, tak ada alasan untuk tidak boleh buat jika tidak ada laptop ye.
2- Internet
Dah ada laptop atau fon, kenalah ada internet ye. Tanpa internet, macam mana nak buka website ebay pula kan.
Boleh pakai Unify, Streamyx atau pakai telco.
Yang penting, jangan sesekali pakai wifi public seperti di pejabat, Mc-Donald atau di mana-mana kedai mamak. Kerana dikhuatiri ada orang lain juga yang pakai untuk log in ebay dalam masa yang sama.
3- Kad Debit Atau Kad Kredit
Di ebay, perkara ketiga yang perlu anda ada adalah kad debit atau pun kad kredit. Untuk kad debit, boleh gunakan apa-apa sahaja kad asalkan kad tersebut ada logo MasterCard/Visa.
Kalau nak guna kad kredit pun tak jadi masalah.
Kad ini sangat penting untuk buat pendaftaran ebay dan PayPal. Kita akan gunakan paypal untuk menerima duit bayaran dari buyer di ebay.
Kad yang sama ini juga akan digunakan untuk buat bayaran fee ebay nanti bila kita sudah berjaya buat jualan di ebay.
Antara kad bank yang boleh digunakan adalah:
- Maybank
- Ambank
- Hong Leong Bank
- Public Bank
Make sure anda ada baki sekurang-kurangnya RM50 di dalam akaun bank untuk tujuan Paypal Verification ye.
Untuk setiap kad yang akan digunakan, anda kena aktifkan international purchase. Step ini anda boleh call bank atau buat terus sahaja dari website bank tersebut.
4- Simkad
Perkara keempat yang wajib anda ada ialah simkad untuk daftar nombor handphone anda di ebay dan PayPal.
Ebay dan paypal akan hantar kod atau call untuk pengesahan identiti diri anda.
So, yang nak berniaga di ebay wajib ada nombor handphone. Nak pakai yang sedia ada dipakai sekarang pun boleh ye.
5- Modal Pusingan
Perkara paling best berniagajual barang di ebay, tak memerlukan modal yang besar. Nak buka akaun ebay pun percuma sahaja.
Dari segi marketing pula, kita boleh gunakan trafik yang sedia ada yang sememangnya percuma.
Dan yang paling penting, bila buat bisnes di ebay ni, tak memerlukan kita terikat dengan whatsapp seperti buat bisnes di facebook atau intagram.
Bila anda semua dah tau kelima-lima perkara ni, nah..dah boleh terus bermula untuk buat bisnes jual barang di ebay ni.
Rugilah kalau baca sahaja tetapi tak buat apa-apa tindakana, sedangkan kawan-kawan yang lain sudah dapat hasil dari penjualan barang di ebay ni.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments