Musim sekarang, memang ramai yang buat 2-3 kerja untuk tampung taraf hidup yang makin tinggi. Terutama mereka yang berada di bandar utama dan kawasan elite.
Dalam pada kita sibuk mencari kerja, sebenarnya ada sahaja cara untuk buat duit daripada rumah. Macam mana ada orang boleh buat 4-5 angka sebulan hanya dengan duduk di rumah.
Kadang kita rasa tak logik. Tapi itulah dunia zaman sekarang.
Tak semestinya perlu keluar daripada rumah untuk buat duit. Dengan kemahuan dan fokus yang tinggi, duduk lah dimana sahaja. Pasti boleh dapat hasilnya.
Di mana kita mahu buat duit?
Ada banyak cara untuk kita buat duit. Bukan suka-suka, tapi serius buat duit untuk ubah kehidupan. Antara platform yang kita boleh gunakan untuk bawa duit masuk kocek ialah;
- shopee
- Ebay
- tiktok
Dan banyak lagi platform yang kita boleh guna untuk buat duit.
Saya kira, secara kasarnya boleh simpulkan bahawa kita boleh buat duit di rumah. Apa jua platform yang kita gunakan, rumah masih menjadi tempat bisnes beroperasi.
Ini kerana kebanyakan bisnes sekarang dijalankan secara atas talian. Samada bisnes dalam negara atau luar negara.
Hanya duduk di rumah dan buat duit berjuta. Begitu lah.
Bagaimana Mahu Mula Buat Duit Dari Rumah?
Ada 3 benda penting untuk anda mula buat duit online dari rumah.
#1 – Ada gadget
Zaman kini, semua orang hidup dengan gadget. Kalau tak ada gadget, ia seperti berada di zaman kuno. Paling kurang pun, setiap daripada kita mesti ada satu telefon bimbit untuk komunikasi. Betul kan.
Dengan gadget yang anda ada, mulakan bisnes. Jangan kata anda masih guna telefon nokia 3310. Kita dah masuk zaman millenial. Semua canggih dan up to date.
#2 – Talian Internet
Ini penting juga untuk mula buat duit di rumah secara atas talian. Anda perlukan internet untuk berkomunikasi.
Jadi pastikan anda melanggan talian internet supaya anda dapat uruskan bisnes di atas talian dengan baik.
#3 – Modal
Anda boleh pilih sama ada nak mulakan bisnes tanpa modal ataupun dengan modal. Tengok dan baca iklan-iklan yang dipaparkan di sekeliling anda.
Cari peluang untuk buat duit ikut kemampuan anda. InshaAllah pasti ada jalan.
Apa yang penting, anda tahu bahawa gadget yang anda ada boleh jadi alat untuk buat duit. Nak buat duit banyak atau sedikit, terpulang. Ia adalah atas usaha dan kesungguhan masing-masing untuk berjaya.
Bila dah tahu boleh buat duit, mesti anda tertanya-tanya apa peluang bisnes yang ada.
Idea Cara Buat Duit Online Dari Rumah
Untuk orang yang pertama kali nak berbisnes, mungkin belum ada gambaran apa bisnes yang boleh dibuat. Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang 7 idea bisnes di musim pandemik Covid-19.
Tapi tak apa, kali ini saya kongsikan sekali lagi idea-idea bisnes yang baru. Mungkin ia boleh bantu anda untuk mula jana pendapatan tambahan.
#1 – Bisnes makanan
Bisnes makanan adalah antara peniagaan yang tak lapuk dek zaman. Memang benar menu sentiasa berubah dan ada trend terkini, tapi hakikat manusia suka makan.
Anda jual apa sahaja makanan, jika ia penuhi selera tekak pelanggan, pasti ada ramai yang repeat order.
Bisnes makanan boleh dimulakan di grup komuniti kawasan setempat. Anda boleh pilih sama ada mahu iklankan tentang perniagaan ini di Facebook ataupun Whatsapp group.
InshaAllah anda boleh mula dapatkan order daripada grup-grup ini terlebih dahulu.
Saya ada jumpa ebook panduan untuk buat bisnes makanan. Antaranya ialah ebook Bisnes Bakeri dan ebook Bisnes Air Balang. Anda rasa susah, tapi ada orang sudi kongsikan ilmu mereka untuk anda juga berjaya seperti mereka.
#2 – Bisnes dropship
Dropship menjadi pilihan ramai orang bekerja. Ini kerana mereka jadikan bisnes ini sebagai pendapatan tambahan.
Anda yang serius untuk buat bisnes dropship, boleh cuba untuk jadi dropship di platform yang berbeza. Setakat ini, saya tahu ada beberapa platform yang anda boleh buat bisnes secara dropship.
Antaranya ialah;
- Ebay
- Shopify
- Shopee
Kenapa saya senaraikan platform ini?
Anda tidak perlu buat zero cost marketing. Tak perlu pening kepala untuk buat personal branding atau update posting di media sosial dengan kerap.
Anda maksimakan penggunaan platform ecommerce ini untuk jana pendapatan secara atas talian.
#3 – Mengajar Secara Online
Sejak setahun lalu, anak-anak dah mengalami transformasi norma baharu dalam pembelajaran. Banyak kelas-kelas online diadakan untuk membantu anak-anak supaya tidak keciciran dalam pelajaran.
Jadi, anda yang ada kemahiran dan pengalaman mengajar tuition secara offline, boleh gunakan kemahiran yang sama untuk buat kelas secara online.
Hakikatnya, kalau anda pandai buat promosi kelas, pendaftaran pelajar boleh datang dari seluruh pelosok negara. Kuncinya, buat dahulu sampai jadi.
Oh sekarang anak-anak yang bakal duduki peperiksaan besar STPM mesti mencari guru untuk ajar tentang MUET. Walaupun ada Panduan MUET, belajar berguru memang lebih baik.
Kesimpulan
3 idea bisnes ini adalah antara yang mudah untuk anda gerakkan daripada rumah. Walaupun anda buat bisnes berseorangan, ia masih boleh diuruskan dan dijalankan dengan baik.
Jika anda ada masalah dalam bisnes ini, terus dapatkan nasihat mentor kerana mereka lebih berpengalaman dan banyak makan garam dalam industri ini.
Jadi, fikirkan cara yang terbaik untuk anda buat duit dari rumah. Semoga apa jua yang anda usahakan beroleh hasil yang lumayan.
0 Comments