Tip Persediaan Jual Makanan Untuk Jana Pendapatan Tambahan

0 404

Bisnes makanan adalah antara perniagaan yang tak kan mati. Setiap orang memang perlu makan untuk terus hidup. Jadi, permintaan makanan sentiasa ada dimana-mana sahaja.

Cuma, apa yang penting dalam bisnes makanan ini ialah,

  • Kita tahu apa yang pelanggan suka
  • Makanan yang kita jual sedap dimakan
  • Adakan USP / daya tarikan tersendiri untuk orang beli makanan kita

Jika kita faham 3 perkara ini, InshaAllah mudah untuk bangunkan dan kembangkan bisnes makanan. 

Buat 5 Angka Dengan Bisnes Sandwich

Ada orang boleh berjaya dengan bisnes jual sandwich hanya dari rumah. Bisnes makanan dari rumah yang jadi perniagaan makanan yang paling menguntungkan.

Lihat lah contoh ini.

Bisnes makanan jual sandwich dapat 5 angka sebulan
Sumber : hmetro.com

5 angka sebulan bukan jumlah yang kecil. Kalau anda sekarang adalah suri rumah, berapa banyak sebenarnya pendapatan ini dapat bantu ringan kan beban ketua keluarga anda.                                

Serius, anda yang tak biasa berniaga makanan mungkin akan rasa tak masuk akal. Tapi, kalau anda buat betul-betul, bisnes berstrategi – InshaAllah boleh di kembangkan bisnes anda.

Inilah idea perniagaan dari rumah untuk anda yang memang banyak masa di rumah. Buat bisnes kecil kecilan dahulu. Bila dah dapat momentum, boleh terus kembangkan bisnes.

Macam Mana Nak Mula Berniaga Makanan?

Okey, ini masalah paling utama untuk anda yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. 

Macam mana nak mula niaga makanan?

Mesti lah kena ada makanan untuk dijual. Betul?

Ini antara perkara penting yang anda perlu lakukan untuk mula buat bisnes makanan.

#1 – Tentukan jenis makanan yang nak dijual.

Sebelum mulakan bisnes, tentukan dahulu apa makanan-makanan yang nak dijual. Ada banyak jenis makanan dijual sekarang. Anda perlu pilih makanan yang ada potensi untuk dipasarkan.

Anda yang ada kemahiran memasak, gunakan potensi diri ini untuk jana pendapatan tambahan.

Tapi tak semestinya anda perlu masak sendiri. Anda boleh juga jadi orang tengah. Anda cari supplier dan pasarkan makanan mereka. Tugas anda buat promosi dan jual makanan tersebut.

Apa pun, kenal pasti dulu apa yang nak dijual. Nak buat bisnes makanan yang menguntungkan ataupun bisnes minuman?

Apa yang penting anda boleh mula berniaga kecil kecilan dan ia bisnes modal kecil.

#2 – Tentukan harga makanan.

Penentuan harga makanan sangat penting. Ini adalah untuk memastikan perniagaan kita tidak menanggung kerugian. 

Jangan nanti bisnes laju, ada permintaan yang tinggi tapi aliran tunai dalam perniagaan adalah negatif.

Kita kena ambil serius bab pengiraan harga. Sediakan buku kira-kira untuk senaraikan segala kos operasi bisnes. 

#3 – Tentukan cara berniaga.

Cara berniaga ini sama ada kita buka kedai, restoran, gerai di tepi jalan atau bisnes secara online sahaja. Ada banyak pilihan dan buat pilihan ikut keselesaan kita sebagai peniaga.

Musim PKP sekarang ini, banyak gerai di tepi jalan umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Ini menunjukkan ramai orang mula ambil inisiatif untuk jana pendapatan dengan berniaga makanan.

Jika anda mahu berniaga secara offline, tentukan di mana lokasi anda nak mulakan bisnes ini. 

Jika anda gunakan platform online, tentukan juga sama ada anda nak berniaga guna website ecommerce, facebook, instagram atau lain-lain.

Walau dimana pun anda berniaga, pastikan ada perancangan yang terperinci.

Kesimpulan

Anda yang baru nak mula bisnes, boleh cuba buat perlahan-lahan. Jangan kalut nak cepat sebab takut nanti kita yang tak sedia nak hadap segala perubahan yang drastik ini.

Bisnes makanan ialah bisnes sepanjang zaman. Jadi, tak semestinya hari ini anda jual makanan A dan ia berterusan sampai anak cucu. Anda boleh tambah baik dan lebarkan lagi sayap bisnes ini.

Jangan takut untuk terjun ke dalam bidang bisnes makanan kerana ramai yang sudah berjaya. Walau hanya dengan bisnes dari rumah, masih boleh jana pendapatan yang lumayan.

Nak Buat Duit Dengan

Share Post Yang Korang

Sedang Baca Ni?

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan