Buat duit dalam USD bukan lagi satu perkara yang asing. Lebih-lebih lagi dengan kemudahan teknologi dan internet di hujung jari.
Rata-rata yang nak buat duit usd ni, sebab nilai matawang usd lebih besar berbanding duit Malaysia
Setakat 22 Januari 2022. Perbandingan 1 usd bersamaan 4.19 myr
Cuba korang bayangkan hidup di Malaysia, tetapi miliki pendapatan 4 kali ganda duit Malaysia.
Korang rasa berminat ke tak?
Persoalanya mungkin, bagaimana nak buat duit usd secara online?
Baik, untuk post kali ini memang saya berhajat untuk berkongsi cara nak jana pendapatan usd.
Artikel ni tak panjang, harap korang dapat manfaat dari perkongsian ini. Baik lah tanpa membuang masa saya kongsikan jalan untuk korang juga boleh jana pendapatan dengan mata wang usd.
Cara Buat Duit Dalam USD Dengan Affiliate
Affiliate Fiverr
Jika korang perasan, saya pernah berkongsi tentang fiverr pada artikel sebelum ini.
Konsep Fiverr adalah laman web yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk bekerja secara freelance.
Peluang buat duit untuk freelance
Dan Fiverr juga merupakan lubuk kepada ribuan manusia dari seluruh dunia yang memerlukan khidmat freelance. Boleh jadi ianya dari satu-satu organinasi, golongan profesional mahupun orang perseorangan.
Freelance di sini, ialah orang yang bebas bekerja dengan kemahiran yang dia ada tanpa terikat dalam jangka masa panjang . Tanpa sebarang kontrak. Hanya perlu siapkan tugasan dan korang di bayar untuk tugasan tersebut.
Di sebabkan manusia semakin sibuk dan perlu menguruskan banyak perkara, ramai yang memerlukan khidmat freelance di Fiverr.
Seperti yang saya katakana tadi. Manusia semakin sibuk. Jadi ada yang tidak mempunyai kesempatan untuk nak baca buku pun boleh ubah orang untuk bacakan. Fiverr kan aje!
Mereka yang perlukan servis ni terdiri daripada, mereka yang bekerja, ibu bapa, pelajar, dan juga peniaga.
Ini pula lagi satu contoh, sebagai translator
Jika korang mempunyai kelebihan menguasai pelbagai bahasa. Korang boleh cuba tawarkan perkhidmatan korang di fiverr ni.
Pendaftaran percuma sahaja. Tiada sebarang kos untuk korang. Hanya perlukan komitmen korang selesaikan tugasan.
Untuk affiliate Fiverr pula, korang hanya perlu promosikan link affiliate korang.
Ajak orang lain daftar melalui link affiliate korang. Sekiranya orang yang mendaftar melalui link korang sebagai pengguna, korang akan dibayar 10% daripada jumlah bayaran servis yang mereka bayar.
Dan 10% dari 100 usd pertama bayaran yang di terima, sekiranya mereka mendaftar sebagai freelance. Agak lumayan juga jika korang berminat nak buat duit dalam usd dengan Fiverr ni
Affiliate Ebay
Korang terfikir, bagaimana nak jual barang ke luar negara? Ebay adalah jawapanya. Konsep Ebay adalah laman ecommerce sama seperti Shopee atau Lazada.
Cuma pasaran eBay lebih luas. Meliputi seluruh negara. Maksudnya kita berpeluang untuk mendapat jualan dari seluruh negara.
Cuba korang bayangkan, kita jual produk Malaysia ke USA dan dapat profit dalam USD.
Contoh macam dalam gambar ni.
Korang mesti biasa tengok benda ni kan. Nak cari pun mudah. Cuba korang tengok pula. Harga jual di eBay berapa.
Harga memang macam tak masuk akal kan. Tapi untuk market luar negara, harga tu masi di kategorikan murah bagi diorang.
Cuba pula korang tengok gambar ni. Dekat Malaysia daun ketapang ni orang buang, sebab semak. Tapi rupanya dekat negara luar banyak yang cari.
Daun ketapang ni, banyak di beli oleh pengemar ikan laga. Guna untuk bersihkan akuarium.
Nampak tak? Korang dah boleh fikir-fikir balik lepas ni. Mungkinkah ini rezeki yang terpijak?
Kalau korang nak tahu apa lagi benda boleh jual dekat ebay ni, korang check sini. Sekiranya korang berminat nak belajar macam mana nak bermula di ebay.
Boleh baca panduan cara menjual di ebay Atau korang boleh follow telegram Sis Dila untuk belajar ebay secara percuma
Bagi korang yang nampak potensi buat duit dengan affiliate ebay ni korang boleh la daftar https://partnernetwork.ebay.com/
Affiliate Clickbank
Produk-produk Clickbank yang di tawarkan merupakan produk berasaskan kepada digital produk seperti ebook, software dan e-kursus.
Antara tajuk-tajuk yang ada seperti panduan pemasaran internet, cara buat duit online. Ada juga panduan berbentuk hobi. Seperti panduan bermain piano, panduan bermain gitar, malah panduan nak buat reban ayam pun ada.
Kalau korang berminat nak tahu lebih boleh terus ke website clickbank
Affiliate Rakuten – Buat duit dalam USD
Konsep Rakuten sama seperti eBay. Ianya merupakan sebuah e-commerce yang berpusat di Tokyo, Jepun. Namun begitu ianya menawarkan penghantaran seluruh negara.
Ia juga mempunyai ribuan produk yang boleh dipromosikan melalui program affiliatenya.
Antara barangan yang terdapat di Rakuten:
- Komputer
- Laptop
- Buku
- Video Game
- Barangan Sukan
Walaupun ianya berasal dari Jepun. Tapi websitenya dalam Bahasa Inggeris. Mudah untuk di fahamai. Jika korang nak tahu lanjut terus ke https://www.rakuten.com/
Sebenarnya, jika korang explore lagi, korang akan jumpa bermacam-macam cara lagi untuk buat duit dalam USD ni.
Cumanya korang kena bijak, jangan tersilap pilih pula program-program scam dan merapu di luar sana.
0 Comments