Korang minat nak melabur dalam saham? Kalau ada minat, boleh lah berjinak-jinak dengan saham ni. Belajar saham dan dalami bidang ini sebaiknya.
Selain tak perlu pening-pening nak layan karena manusia, saham juga salah satu cabang yang sangat lumayan untuk kita tambah pendapatan.
Ye la, berbanding menjalankan perniagaan seperti jual produk, walaupun secara dropship, kita kena layan setiap pertanyaan pelanggan yang bertanyakan produk kepada kita.
Yang buat bisnes part time tu, kalau whatsApp masuk masa tengah kerja, memang kalut sikit lah kan. Tapi kalau masuk mesej pelanggan terus beli, tak pe lah. Lagi suka.
Tapi kalau mesej tanya bagai nak rak, belinya tak, mesti rasa stress. Rasa nak sumpah seranah ke kan. Huhu.
Korang jangan jadi perangai macam tu pulak tau…tak berkat nanti rezeki 😀
Bagus, korang ni…macam tu la sebaiknya sebelum buat sesuatu ambil tahu dulu status halal haram. Ye la rezeki nak bagi masuk perut, nak bagi anak bini makan kot.
Kenalah cari yang berkat, suci dan halalan toyibah.
Melabur dalam Pelaburan Patuh Syariah
Pada dasarnya, hukum melabur saham adalah harus, namun ia mestilah disandarkan dengan beberapa dawabith yakni syarat.
Antaranya adalah mestilah melabur dalam pelaburan patuh Syariah. Ini kerana pelaburan yang tidak patuh Syariah berpotensi besar mengandungi unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan sebagainya yang wajib bagi seseorang individu Muslim jauhkan diri daripadanya.
Korang jelas dah hukum dan status halal haram saham ni?
Kalau nak lebih lanjut korang boleh rujuk artikel dari mufti ni
Belajar saham seperti belajar melombong emas
Saya cakap macam tu sebab, dengan ilmu yang betul, melabur dalam saham ni mampu mengubah hidup kita.
Dengan melabur, korang boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, dengan izin Allah. Bukan saja-saja cakap tau…
Tapi, ha ada tapi nya tau.
Mereka yang terlibat dengan saham ni, ada satu “code” atau pesanan yang diorang selalu ulang-ulang untuk mereka yang baru berhajat memasuki dunia saham.
D dalam dunia pelaburan, keuntungan yang tinggi datang bersama risiko yang tinggi (High Risk, High Return), manakala keuntungan yang rendah, datang bersama risiko yang rendah (Low Risk, Low Return).
Menarik tentang saham
Sebagai semangat untuk korang yang berminat untuk belajar saham, berikut senarai terbaik untuk korang supaya lebih bermotivasi ;
#Kerja mudah, pendapatan lumayan
Korang perlukan ilmu tentang pelaburan saham dan juga modal. Ya, bila dah faham dua perkara ini, akan jadi lebih mudah.
Then persiapkan mental dan fizikal untuk perlu hadap skrin computer atau smartphone. Tak perlu pun nak jumpa pelanggan untuk melabur dalam saham ni.
Semuanya berjalan secara atas talian.
#Boleh buat dimana-mana
Ya, salah satu perkara menarik tentang pelaburan saham ni, boleh buat di mana-mana lokasi sahaja kita berada. Hanya perlukan internet dan sebiji smartpone pun dah memadai.
Amalkan amalan murah rezeki ini untuk rezeki lebih deras dan berkat
Panduan Belajar Saham
Saya bukan pakar dalam bidang saham ini, tapi saya tau ada satu panduan yang boleh korang follow jika serius nak belajar saham dan dalami bidnag ini dengan betul.
Dr Zul Izzi Nordin, berkongsi tentang segala apa persediaan yang perlu ada pada seseorang yang baru nak bermula dalam pelaburan saham ni.
Pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini, membuatkan beliau faham segala selok belok pelaburan saham dan dicurahkan dalam panduan ini.
Isi kandungan :
- Pengenalan asas – Khas untuk yang baru mengenal pelaburan saham. Bab ni akan belajar tentang bagaimana nak baca market, faham tentang simbol-simbol yang korang kena tahu bila baca data pada screen atau graf saham
- Langkah pertama –Korang akan belajar apa benda pertama kena buat untuk membolehkan melabur dalam saham
- MODAL – Bab ni akan tekankan tentang berapa modal minimum perlu disediakan
- Cara memilih atau melihat saham yang patuh syariah.
Eh, ada banyak lagi kot. Korang terus je, klik di sini untuk info lebih lengkap
Sesuai ke aku ni nak belajar saham?
Teliti point di bawah ini, dan tanyalah diri sendiri.
- Duit belanja bulanan tak cukup
- Tiada wang simpanan untuk kecemasan
- Terlalu sibuk dan tidak suka buat kajian
Kalau ada 3 sifat ni, pelaburan saham ni tak berapa sesuai untuk korang. Kerana saham ni rugi itu pasti, untung belum tentu.
Ya, serius cakap, orang kita ramai dah terciduk dengan pelaburan saham ni sebab ilmu tak cukup dan terlalu tamak.
Dua benda ni sangat-sangat bahaya jika ada dalam diri seorang pelabur saham.
Sebelum bermula, belajarlah dahulu
Iye, dapatkan ilmu dahulu. Sediakan diri sepenuhnya.
Hanya yang ada ilmu dapat konsistent dan dapat pulangan yang lumayan.
Jom belajar saham!
0 Comments