Bagi memulakan sesebuah perniagaan, ada beberapa tips tingkatkan jualan yang kita sama-sama boleh belajar untuk di aplikasikan dalam perniagaan yang kita sedang ceburi.
Ilmu yang telah dipelajari haruslah dipraktikkan dalam perniagaan kita.
Peniaga yang baru memulakan perniagaan ataupun mempunyai perniagaan yang kecil tidak perlu risau dengan peniaga yang lain.
Teknik perniagaan yang betul membolehkan kita untuk terus kekal dalam bidang perniagaan.
Berikut beberapa tips yang boleh membantu untuk kita meningkatkan jualan khususnya bagi perniagaan kecil.
1. Fahami pelanggan kita. Letakkan diri kita sebagai pelanggan
Untuk memahami pelanggan kita bukanlah sesuatu yang terlalu rumit. Sebelum menjadi peniaga, kita juga merupakan seorang pembeli yang membeli produk daripada orang lain.
Jika hendak memahami keperluan pelanggan, tanya sahaja diri kita. Apa yang kita perlukan dan mahukan.
Saya kaitkan diri saya sebagai seorang pembeli. Perkara pertama yang akan saya nilai sebelum membeli atau mendapatkan servis perkhidmatan dari peniaga lain, adalah dari segi cara servis ataupun layanan daripada peniaga tersebut.
Kenapa peniaga perlu buat marketing? Baca sebab utamanya di sini
Jika peniaga tersebut bersifat ramah dan mudah tersenyum, secara langsung saya akan berasa selesa untuk membeli produk yang dijual oleh peniaga tersebut.
Soal harga dan kualiti barang juga sangat saya titik beratkan, namun penilaian awal ataupun tanggapan awal juga sangat penting sebelum saya hendak membeli sesuatu produk tersebut.
Jika pembeli berasa senang hati, itu merupakan satu bonus untuk kita. Hal ini disebabkan, mereka akan menjadi pelanggan tetap dan seterusnya mampu untuk menarik orang lain agar membeli produk kita. Bak kata orang sharing is caring.
Sebagai seorang peniaga yang baik, kita juga perlu peka dan prihatin terhadap pelanggan.
Produk ataupun servis yang kita sediakan perlulah bermanfaat untuk digunakan. Kita juga perlu bersifat pemurah atau tidak berkira dengan membuat beberapa potongan harga ataupun tawaran untuk menarik minat pelanggan.
Sebagai contoh, kita boleh membuat tawaran harga murah pada masa-masa tertentu, agar sesetengah produk yang kurang mendapat sambutan habis terjual. Dengan cara ini, dapat mengurangkan risiko kerugian.
2. Menambah baik kualiti dengan mendengar maklum balas pendengar
Sebagai penjual yang berhemah, kita tidak boleh sekadar menjadi pemerhati sahaja. Kita juga perlu terus berfikir untuk menaiktaraf kualiti produk kita.
Kita pasti sudah terbiasa dengan slogan “customer always right”. Slogan ini memaparkan bahawa para peniaga perlu menjual sesuatu produk yang memenuhi citarasa pelanggan.
Bagaimana hendak mengetahui penilaian pelanggan terhadap produk yang kita jual? Senang sahaja…kita hanya perlu menyediakan borang soal selidik. Dari situ, kita boleh membuat penilaian kita sendiri berkaitan fungsi produk kita.
Cara lain, kita boleh membuat undian tentang produk kita menggunakan media sosial seperti Instagram. Undian tersebut membolehkan kita melihat produk mana yang mendapat sambutan dan sebaliknya.
3. Pasarkan produk kita sebelum pengeluaran
Keberhasilan sesebuah produk juga bergantung kepada cara pemasaran produk tersebut. Persediaan awal adalah sangat penting. Bagi menarik perhatian pelanggan, sebaiknya produk kita diberikan pendedahan yang lebih awal malah sebelum produk kita mula dipasarkan.
Antara usaha yang boleh kita lakukan adalah dengan menyediakan teaser ataupun video klip pendek tentang produk kita.
Jika hasil produk awal kita sudah dilihat oleh orang ramai dan mampu menarik minat orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan produk kita, kita sudah tidak perlu terlalu risau dengan tanggapan orang ramai terhadap produk kita, ianya pasti menunjukkan hasil yang positif.
Sebelum produk kita siap terhasil sahaja, orang ramai sudah mula menunjukkan minat mereka terhadap produk kita.
Tips tingkatkan jualan cara ini sangat bagus, sebabnya dalam masa yang sama kita sudah menjimatkan masa kita untuk memperkenalkan produk kita. Dalam erti kata lain, kita lebih cepat akan memperolehi keuntungan.
4. Jadi kreatif dan berfikir di luar kotak
Jika ingin berniaga, kita perlu tanamkan dalam diri kita sifat-sifat yang benar dalam berniaga.
Selain daripada sikap rajin, jujur dan amanah, kita juga sangat perlu menjadi seseorang yang berfikiran kreatif sehingga menjangkaui luar dari kebiasaan pemikiran kita.
Sebagai contoh, produk Farm Fresh. Slogan mereka adalah “susu Farm Fresh, ini baru susu segar”. Dari slogan sahaja nampak menarik untuk kita mencuba produk mereka. Farm Fresh mengeluarkan produk susu yang mempunyai pelbagai perisa.
Pengasas Farm Fresh menggunakan pelbagai cara marketing bukan sahaja dengan iklan malah menaja rancangan televisyen yang sangat terkenal di negara kita iaitu rancangan nyanyian Gegar Vaganza.
Ianya sangat mempengaruhi kadar jualan produk susu Farm Fresh. Jadi kita perlu contohi cara marketing pengasas ini. Bukan sahaja bijak dalam menghasilkan produk malah bijak untuk memasarkan produk mereka.
5. Memberi kelebihan bagi pelanggan setia
Inginkan impak yang maksima? Kita perlu mengekalkan suasana yang positif di sekitar kita.
Tidak salah untuk kita menunjukkan penghargaan kepada pelanggan setia kita. Hal ini akan mendekatkan lagi kita dengan pelangan kita.
Dengan memberikan ganjaran seperti baucer ataupun kod promo kepada pelanggan akan membuatkan pelanggan kita lebih rajin untuk berbelanja produk kita.
Dengan cara itu juga, kita boleh sentiasa mengikuti ataupun follow up terus pelanggan kita. Agar pelanggan kita tidak memikirkan produk yang lain selain produk kita…
Naik turun sesebuah perniagaan bergantung kepada kita sebagai penjualnya. Jika kita rajin untuk membuat pembaharuan maka hasilnya juga akan lebih menguntungkan.
Moga 5 tips tingkatkan jualan diatas, dapat membantu untuk menambah baik perniagaan kita seterusnya meningkatkan lagi jualan produk.
0 Comments