5 Sebab Kenapa Saya Minat Berniaga

0 148

Setiap orang punyai sebab kenapa minat berniaga.

Sama jugalah dengan saya sendiri. Walaupun ahli keluarga saya tidak mempunyai latar belakang perniagaan, saya cenderung ke arah ini.

Mungkin juga ada persamaan antara kita..

Mengapa saya minat berniaga

1. Saya tidak berminat untuk kerja dengan orang

 Pada hakikatnya bukanlah bermaksud, saya memang tak suka untuk bekerja dengan orang lain, tetapi saya tak suka terikat dengan arahan dan pendapat yang bertentangan dengan saya.

Jika bekerja dengan orang lain, sudah tentulah kita kena ikut arahan daripada pihak atasan. Tiada kompromi.

Daripada 10 kerja yang di arahkan, mungkin kita hanya suka untuk buat 8 kerja tersebut. Manakalah 2 lagi buat dengan rasa terpaksa. Sudah tentu ianya akan menjadikan pekerjaan kita kurang menyeronokkan.

2. Saya tidak minat untuk pergi kerja pagi dan balik petang waktu pejabat

Sumber : Pixabay.com

Jika bekerja dengan orang, sudah tentu kita kena tepati masa pergi kerja kena, punch card pukul 08:00 pagi balik kerja pukul 05:00 petang.

Dan pergerakan ini, berulang setiap hari waktu bekerja. Saya pula jenis yang lebih suka kepada kebebasan masa dan fleksibel. Saya yakin ramai yang mempunyai pandangan dan keinginan sama seperti saya.

Ada juga yang cakap, berniaga ni kena kerja lebih kuat dan ada masanya kena kerja lebih masa berbanding kerja makan gaji. Tiada istilah cuti atau public holiday.

Ya saya setuju dengan pendapat tersebut.

Tetapi dengan berniaga kita sendiri boleh tetapkan masa kerja kita mengikut pilihan dan ketetapan kita sendiri.

Contohnya kita boleh struggle minggu ini untuk uruskan perniagaan kita. Dan minggu depan kita boleh cuti rehat bersama keluarga tanpa apa-apa halangan.

Berbeza dengan kerja makan gaji. Kalau minggu ni sibuk, minggu depan belum tentu bos bagi pelepasan untuk kita bercuti. Mana boleh cuti suka-suka hati

Silap-silap bos pergi cuti, beban kerja kita pula bertambah, sebab kena handle kerja bos yang sedang cuti…huhu

3. Saya tidak minat dengan pendapatan terhad – sebab tu minat berniaga

Sumber : Pixabay.com

Rasanya bukan saya seorang sahaja yang nakkan pendapatan lebih. Semua orang mesti nak.

Konsep berniaga ni, kita lebih kuat dan banyak berusaha, lebih tinggi pendapatan perniagaan kita.

Jumlah pendapatan di ukur oleh usaha berbanding masa – saya lebih setuju.

Sebaliknya kerja makan gaji, pendapatan kita dibayar berdasarkan masa dan telah ditetapkan jumlahnya pada setiap bulan.

4. Kurang tekanan

Sumber : Pixabay.com

Berbanding kerja makan gaji, tekanan ada pada pelbagai sudut.

Walaupun pada awal kita melangkah kerja dengan hati yang gembira. Bila sampai ke tempat kerja kita, terus jadi stress.

Tekanan itu mungkin sahaja disebabkan oleh orang lain dari bos, rakan sekerja dan lain-lain.

Kadang-kadang ianya berlanjutan sampai berhari-hari. Ini sudah tentunya bukan sesuatu yang bagus. Dan ianya boleh menjejaskan prestasi kerja malah kesihatan kita juga

5. Tidak terikat dengan pelbagai SOP

Dengan berniaga ni, kita tak perlu terlalu terikat dengan pelbagai peraturan dan SOP. Yang pada pandangan saya sendiri, kadang ianya terlalu merimaskan dan membuatkan kita rasa tidak selesa.

Terutama dari segi pakaian. Memang rasa hilang kebebasan bila apa yang kita nak pakai pun kena ikut peraturan.

Oleh itu, kerja makan gaji bukanlah menjadi pilihan saya.

Walaubagaimana pun, selepas tamat belajar, saya tetap kerja makan gaji juga untuk beberapa tahun.

Sebabnya, tiada pilihan.

Untuk mulakan perniagaan sudah tentu perlukan modal. Disebabkan saya bukanlah dari keluarga yang berlatar belakangkan perniagaan dan bukan dari keluarga senang, saya perlu makan gaji dahulu sebelum berniaga.

Ramai yang tanya, patutkah kita berhenti kerja untuk mulakan perniagaan.

Jawapan saya pastinya TIDAK! Ini kerana banyak risiko dan perkara lain yang kita perlu sedia sebelum berhenti kerja.

Antaranya persediaan dari segi mental, persediaan atau perancagan perniagaan yang akan di laksanakan. Dan paling penting sekali simpan dan kewangan.

Sebaiknya pastikan kita telah bebas hutang atau kurang, mempunyai simpanan yang mencukupi barulah ambil keputusan untuk berhenti kerja.

Kesimpulannya untuk yang minat berniaga

Sekiranya kita minat berniaga, kita juga boleh cuba kurangkan risiko dengan mula secara part time bisnes dari rumah untuk dapatkan gambaran perniagaan yang ingin kita ceburi nanti

  • Nak tau cara dapat income macam ni??

Korang terus dapat info lepas masukkan details dan tekan button submit

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Step by step cara buat

Selalu ada masalah

tak cukup duit

setiap bulan?

Jom belajar cara jana 4-5 angka sebulan dengan jual barang Shopee/Tiktok ke luar negara

16108

Link panduan dihantar terus ke emel korang ye...

Panduan PERCUMA

Cara Jual Barang Shopee Ke Overseas. Income 4-5 Angka Sebulan