Bisnes di ebay jadi mudah sejak adanya ebook Panduan Export Mudah.
Sis Dila rujuk ebook ini untuk mantapkan bisnes di ebay. Ada orang tanya, berbaloi ke Sis Dila dapatkan ebook ini?
Ebook ini memang berbaloi. Ia sangat sesuai untuk newbie yang baru nak berjinak-jinak dengan bisnes online. Khusus untuk buat duit di platform ebay.
Iya, selain buat bisnes di Lazada Malaysia, kita belajar explore platform antarabangsa juga. Kedai online dimana-mana sahaja.
Chop, sebelum tu korang tahu apa maksud Panduan Export Mudah?
Haa, panduan inilah rujukan kita. Nak berjaya kena ada guru dan dapatkan ilmu.
Haa, ini kisah Sis Dila viral di laman sesawang masa musim Covid-19 melanda dunia. Ini gara-gara cerita jual jajan super ring di oversea. Itu belum lagi kisah jual ubat nyamuk yang berkotak-kotak.
Serius memang best bila buat bisnes ada reference dan support. Kita buat sehabis baik dan serahkan segalanya pada Dia.
Korang pun boleh buat juga bisnes ebay. Lagi-lagi bila dah faham apa yang perlu buat. Jadi, ready dah ke nak transform 2021 ke arah yang lebih baik?
Kalau dah ready, baca sampai habis ya. Banyak pesanan Sis Dila nak share dengan korang yang sedang baca ni. Semoga ianya bermanfaat dan tambah semangat korang untuk fokus berbisnes.
Ada 7 sebab Sis Dila nak recommend korang dapatkan ebook Export Mudah.
#1 – Guideline atau panduan step by step.
Buat bisnes apa sahaja, kita perlukan guideline. Sis Dila kira, ebook ini adalah guideline yang complete. Kita hanya follow step by step apa yang diajar di dalam ebook.
Korang tak perlu rushing nak completekan semua proses dalam 1 hari. Buat je ikut kapasiti masing-masing.
Kalau buat ebay secara part-time, korang boleh cari masa yang sesuai untuk belajar dan terus buat.
#2 – Content sentiasa updated.
Ini memang win. Ebook ini ada content yang di update dari masa ke semasa. Jadi, kita tidak akan terlepas peluang untuk dapatkan info yang terkini tentang bisnes di ebay.
Terutamanya berkaitan isu-isu seperti masalah pemilihan kurier. Ini kerana kurier antara bangsa sentiasa ada perubahan. Kita kena alert dengan perubahan yang berlaku.
Bila dah ada ebook ini, ia lebih menyenangkan. Cumanya, kita kena rajin baca ebook.
Ambil masa untuk go through satu per satu, apa yang diajarkan di dalam ebook. InshaAllah, semuanya akan jadi mudah.
#3 – Ada support group Export Mudah.
Tim Export Mudah sediakan satu support group untuk kita yang beli ebook. Ini lah akses exclusive untuk kita tanya soalan. Ada ramai otai yang dah berjaya buat sales 5-6 angka di ebay.
Kita boleh je search info atau discussion yang pernah dibuat dalam group. Ataupun tanya soalan-soalan yang penting untuk bantu kita boost dalam bisnes di ebay.
#4 – Ada support ticket di laman web ebook.
Ebook Panduan Export Mudah memang rare. Kita baca secara online di dalam protected web. Semasa buat pembelian ebook, kita akan dapat username dan password untuk login ke dalam sistem.
Sambil baca ebook, jika ada masalah boleh terus tanya melalui support ticket. Macam mana support ticket bantu kita?
Apabila kita hantar support ticket melalui sistem, admin (iaitu product owner) akan jawab ticket yang dihantar. Kat sini akan lebih specific dan kita boleh tanya secara privasi. Best kan.
Jadi, memang perlu manfaatkan fungsi support ticket bila dapatkan ebook Export Mudah.
#5 – Tribe Ebay Sis Dila.
Eh, macam mana Sis Dila ada tribe?
Haa, ini special untuk korang yang dapatkan ebook melalui Sis Dila. Tanda sokongan dan penghargaan Sis Dila untuk korang yang bersama Sis Dila untuk buat bisnes ebay.
Kita sama-sama bermula dari kosong hingga boleh ada ebay stores. Okey?
#6 – Recording Kelas Online Ebay.
Sis Dila ada sebanyak 18 video recording. Semuanya Kelas Online Ebay yang Sis Dila buat exclusive untuk Tribe Ebay Sis Dila. Korang yang baru join pun boleh tonton video recording ini.
Sis Dila harap dengan adanya video-video recording ni, dapat bantu korang yang memang betul-betul nak buat bisnes di ebay.
#7 – 50 Item Advanced Senang Jual Di Ebay.
Ini ebook dalam bentuk pdf yang Sis Dila sediakan dalam Tribe Ebay Sis Dila juga. Senarai item-item ini biasanya yang memang mudah dijual di ebay.
Ada juga produk yang memang evergreen jadi hot selling item di ebay.
Ada yang tanya:
Sis Dila…boleh ke kalau nak buat bisnes ebay tapi tak nak beli ebook?
Boleh, cuma kita kena banyak belajar sendiri. Kena buat carian di google dan juga youtube untuk belajar cara nak berbisnes di ebay.
Jadi, keputusan di tangan kita. Decide yang terbaik untuk diri sendiri. Daripada jadi pengguna, Sis Dila berkongsi kebaikan dapatkan ebook Panduan Export Mudah dengan kawan-kawan.
Kita buat bisnes di ebay ni, tak perlu pening kepala nak layan whatsapp customer. Tak perlu juga cek duit transfer di Maybank2u.
Customer dah buat order secara auto dalam sistem, kita tunggu uruskan parcel mereka je. Memang senang ada online kedai yang mudah macam ni.
Ohh ya, kalau berminat, korang boleh terus dapatkan. Tiada paksaan pun.
Last but not least, Sis Dila nak bagitahu bahawa tak rugi korang grab ebook Panduan Export Mudah ni. Sebabnya dapat lifetime support. Itu yang paling mahal sebenarnya.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments