Ada banyak pilihan kurier seperti flickpost, Singpost, DHL, Web2ship dan lain-lain. Mana satu yang sesuai dengan kita sebagai seller di ebay?
“Sis Dila, saya dah dapat sale. Macam mana nak pos barang ke oversea ni?”
Okey, memang bertabah sangat bila Sis Dila dapat soalan macam ni daripada geng tribe ebay yang dah dapatkan ebook Export Mudah. 😉
Padahal dalam ebook pun ada diajar cara-cara untuk pos barang ke oversea dan apa kurier yang boleh digunakan.
Tapi tak apa, untuk korang yang sedang baca blogpost ni, Sis Dila nak kongsikan serba sedikit tentang cara kita nak pos barang ke oversea.
Sebabnya, ada je antara korang ni yang takut nak buat bisnes di ebay sebab risau pasal urusan pos. Jangan risau sebab kita ada solusi untuk masalah korang tu.
Bayangkan, kalau tak ada pos antara bangsa, mana mungkin kita semua boleh jana pendapatan di ebay kan. Logiknya, memang ada syarikat kurier yang buat servis penghantaran barang ke seluruh dunia.
Tapi hakikatnya memang ada di kalangan kita yang masih tak tahu sebenarnya banyak kurier yang tawarkan perkhidmatan hantar barang ke serata dunia.
1- Flickpost
Iya, untuk korang yang baru nak mulakan bisnes di ebay, boleh gunakan perkhidmatan kurier yang ditawarkan oleh flickpost.
Ini contoh shipping options yang disediakan oleh flickpost.
Korang boleh pilih ikut kesesuaian berat barang yang korang nak pos dan juga bajet. Tak perlu pening-pening, flickpost akan datang collect barang di rumah korang.
Jadi, kalau korang suri rumah macam Sis Dila, memang sesuai sangat buat bisnes ni. Sambil uruskan anak, boleh juga jana pendapatan untuk duit poket sendiri kan.
Kalau korang nak tahu lebih details tentang Flickpost, boleh terus ke laman web ya.
Kat situ korang akan tahu macam mana nak sign up dan semua proses untuk buat penghantaran produk ke luar negara.
Ini contoh flow yang dikongsikan di website flickpost. Korang hanya perlu follow step by step untuk proses parcel yang nak di pos. Mudah kan, semua dah tersedia.
2- Singapore Post
Bila sale ebay semakin bertambah, Sis Dila gunakan kurier SingPost ni. Dah hampir setahun Sis Dila pakai kurier ni. Mereka ambil barang yang kita nak post di rumah, so sangat menjimatkan masa. Tak perlu nak keluar untuk tujuan hantar barang.
Cara nak daftar akaun Singapore Post korang boleh tengok dengan lebih details kat sini.
3-DHL E-COMMERCE
Sebelum ni DHL E-COMMERCE folus pada penghantaran barang domestik, tapi sekarang dah hantar ke laur negara juga.
Sama seperti Singapore Post, kurier ini pun boleh ambil barang atau bungkusan kita daripada rumah atau pun pejabat. Ikut alamat yang kita berikan.
4- DHL EXPRESS
Berbeza dengan DHL- ECOMMERCE, DHL EXPRESS hanya fokus kepada penghantaran segera ke luar negara. Biasanya ia hanya mengambil masa 3 hingga 8 hari bekerja sahaja.
So, buyer akan terima barang dengan lebih cepat dan selamat. Kos penghantaran pun agak mahal kecuali kita ada akaun dengan DHL.
Macam Mana Nak Register Dan Pakai Kurier Ni?
Untuk mendaftar, korang boleh refer terus kat Panduan Export Mudah ni. Semua ada dalam ni termasuk dokumen apa yang diperlukan.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
Slm sis mcm sy duk hulu terengganu ada ke kurier mcm ni kat sini sbb sy sendiri pun tak pasti ada ke tidak so kurier apa yg perlu saya guna ye… trm ksh…
Sis boleh konfemkan dengan customer servise terlebih dahulu ye.
Sis saya nak tanya kalau kita nak pos barang ke singapore, contoh barang yg kita nak pos tu dalam bentuk botol, mcm barang cleanser /perfume.
Barang mcm tu boleh tak kita pos ke Singapore? Perlu apa2 surat tak yg mengatakan kita nak pos brg seperti bentuk botol (perfume/cleanser)
so far yang Sis Dila pos pakai DHL tak ada masalah apa-apa. Kalau sikit-sikit, diorang elpas je biasanya. Nak hantar banyak ke?
Hi. For overseas shipping, macam mana nak declare price value if item price more than RM2k, barang seperti stationary, stickers & keychain tak kena tahan kastam ke and bayar tax?
kalau kotak besar dan barang banyak di dalamnya, boleh diskas dengan manager yang handle shipment kita. Biasa mereka akan bagi suggestion apa yang perlu buat about declaration.
Kak, kalau nak pos barang sampai ke Brazil, khidmat pos apa yg paling kak rekomen?
Boleh try cek dengan DHL dan Fedex dulu…tanay diorang sama ada cover tak kawasan yang bos nak hantar barang tu..
Assalamualaikum sis . Saya nak tanya , saya dapat customer dari singapore .. dia nak beli produk yg saya jual .. dia bagi tau dia akan bayar full paymet dan kurier akan dtg ambik brg kerumah saya .. saya baru pertama kali dapat cus dr singapore & nak pos brg kesana pun saya tak tahu macam mana .. jadi macam mana saya nak handle masalah ni sis .
Sis kena konfemkan dengan dia- dia pakai kurier apa. Then boleh kontek kurier yang dia maksudkan tu untuk tanya prosedur sebenar. Semoga membantu.
Salam kak kurier ad ambil kesempatan mengecaj harga .bole saya. Minta persenol fon
wsalam sis.
sis nak hantar barang ke overseas ye?
boleh terus direct ke berkatpos.com
Hi . Kalau nak pos brg inai yg cecair punya ke singapore boleh dak?
Depands pada kurier yang sis pakai. Jika wrap elok-elok dan tak mudah pecah, biasanya boleh lepas. Boleh direct ke cs kurier yang sis nak pakai tu ye..mereka akan bantu.
Haii sis nak tanya kalau nk post perfume dlm 6 botol ke singapore boleh ke? Ada masalah apa2 x??
Depends pada kurier yang sis nak pakai. Kalau wrap elok-elok dan tak mudah pecah- biasa boleh lepas.
Mahal la sis, tak sesuai jual barang kecik2 kt ebay, tapi kos pos sampai beratus-ratus, tak sesuai …
Jika barang kecik-kecik, kita boleh jual secara bulk untuk dapatkan profit yang berganda
Salam sis..nak tanya harga biasa brp nak charge customer utk shipping..maksud saya untuk worldwide..tak kisah negara mana pun..nak standardkan price..
Untuk tujuan ni, kena dapatkan rate dulu untuk negara yang biasa hantar barang. Dalam kes SD, SD akan refer US.
Then dari situ baru boleh estimate shipping.
Nak mudah, boleh pakai BerkatPos.com
Salam sis , saya ada beli kasut dari luar negara tapi kasut tu tk muat size . Skrg sy nk tukar balik kasut tu dgn luar negara , so sy kena return balik parcel tu . Mcm mna ye nk post ke luar negara blh ke
Wsalam sis.. untuk return balik sis kena tanya platform sis beli tu sama ada mereka ada cover untuk return.
Jika tak, boleh terus ke Fedex, DHL atau mana2 kurier berdekatan yang hantar barang ke luar negara.