Cerita pasal ebay. Korang tau tak apa beza ebay US vs ebay Malaysia?
Ramai juga sebenarnya yang tak tahu tentang ke wujudan ebay Malaysia ni.
Kalau pasal ebay Malaysia pun ramai tak tahu. Apa lagi tentang perbezaan ebay US vs ebay Malaysia. Mesti lagi ramai yang tak tahu.
ebay US vs ebay Malaysia
Untuk kali ini saya nak kongsi dengan korang apa dia perbezaan ebay US dan ebay Malaysia ni. Walaupun ianya dari syarikat yang sama.
Untuk korang yang nak buat bisnes ebay, memang perlu tau pasal ni.
Ebay Malaysia
Ebay Malaysia mengunakan alamat website ebay.com.my
Keuntungan satu produk
Agak sukar untuk menjual terlalu mahal di ebay.com.my. Sebabnya rakyat Malaysia ni kebanyakan mencari harga yang lebih murah.
Sebab itu Shopee menjadi ecommerce nombor 1 pilihan rakyat Malaysia
Caj untuk masukkan produk ke kedai ebay
Bagi seller di ebay Malaysia, tiada sebarang bayaran akan di kenakan. Berbeza dengan ebay US.
Dimana untuk produk yang ke 51 dan seterusnya, eBay akan kenakan caj sebanyak $0.35 USD untuk setiap produk yang kita jual di eBay. Laku ataupun tidak eBay tetap akan kenakan caj terhadap penjual. Caj ini dinamakan insertion fee listings.
Target pengguna.
Ebay Malaysia di bina untuk menyasarkan pelanggan dalam Malaysia. Manakala ebay US pula, tidak terhadap untuk negara US sahaja. Malah meliputi hampir seluruh negara
Proses jualan selesai cepat
Memandangkan sasaran ebay Malaysia, ialah untuk penduduk di Malaysia itu sendiri. Maka proses jualan akan selesai cepat sebab lokasi penghantaran dalam negara Malaysia sahaja.
Tiada masalah saiz produk
Ya, memandangkan penghantaran dalam negara. Size bukanlah satu isu yang besar untuk penghantaran kepada pelanggan.
Tidak perlu risau tentang kastam
Salah satu paling di risaukan oleh kebanyakan seller ebay ialah bila melibatkan penghantaran international. Tetapi dengan ebay Malaysia, korang tak perlu risau kerana penghantaran dalam negara lebih mudah
Ebay US
Ebay us mengunakan alamat website utama iaitu ebay.com
Caj
Seperti yang saya nyakatan tadi. Untuk senarai produk yang ke 51 dan seterusnya, eBay akan kenakan caj sebanyak $0.35 USD.
Jika jualan korang tinggi pada setiap bulan, lebih baik korang untuk melanggan eBay store basic – bayaran bulanan $27.95 USD. Ianya lebih jimat sedikit berbanding sekiranya korang dikenakan cas sebanyak 0.35$ untuk setiap produk terjual.
Dengan melanggan ebay store basic, korang juga akan menerima manfaat lain seperti akses untuk menggunakan perisian Terapeak secara percuma.
Untung berganda
Paling menarik – orang tak kisah sangat tentang harga. Jual mahal pun ada orang akan beli.
Sebab tu kita digalakkan untuk buat listing di ebay US. Profit kena darab dengan 4.
Target pelanggan lebih luas
Ebay US, telah lama bertapak, Seawal 1995 lagi. Dan pengguna mereka meliputi hampir seluruh dunia. Berbanding ebay Malaysia, rakyat Malaysia sendiri pun masih ramai yang tak tahu sebenarnya kewujudannya.
Size produk
Untuk produk yang mempunyai size yang besar dan berat. Banyak risiko korang perlu tanggung. Selain kos penghantaran juga mahal. Tapi ada caranya untuk dapat keuntungan berganda dengan barang berat.
Proses jualan selsesai ambik masa
Memandangkan ebay US ni merangkumi pengguna pelbagai negara, proses penghantaran agak ambil masa jika gunakan pos biasa. Tapi jika nak cepat, boleh pakai pos express. Antaranya seperti Fedex dan DHL.
Kesimpulan
Jika serius nak buat bisnes di ebay, digalakkan bermula dengan buka kedai ebay di ebay.com. Selain dari profit dalam USD, faktor trafik bulanan di ebay.com sangat tinggi sehingga cecah berjuta-juta sebulan.
Bila trafik tinggi, kemungkinan untuk dapat tempias dan dapat sale adalah sangat tinggi.
Ada soalan?
Boleh terus tanya di ruangan komen ye.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments