Ramai yang nak buat bisnes di Lazada?
Tapi tak tahu, bagaimana untuk bermula dan tak tau nak jual apa.
Lazada ni sebuah web ecommerce. Maksudnya orang yang datang ke website ni, memang nak membeli-belah, bukan datang saja-saja.
Kalau korang memang dah lama berniaga, tapi masih belum onlinekan perniagaan korang lagi. Memang sangat banyak.
Selepas penomena wabak COVID-19 ni, banyak perniagaan terpaksa bungkus. Dah la kena sekatan pergerakan, memang sikit sangat orang yang keluar rumah dan datang ke kedai untuk beli barang.
Kalau perkara ini dibiarkan berterusan, memang tak lama lah jangka hayat kedai dan bisnes!
Untuk yang dah onlinekan perniagaan, mereka sudah boleh menarik nafas lega. Walaupun kedai fizikal tutup. Tapi masih boleh berniaga dan terima tempahan secara online.
Malah sebabkan pandemik, ada yang mendapat jualan online luar biasa.
Kalau sebelum ini, korang hanya menjadi pembeli di laman web atau apps Lazada, kali ini dengan merujuk kepada panduan yang dihasilkan, boleh belajar cara untuk bisnes di Lazada.
Jika korang tak tahu, bagaimana nak bermula…..
Boleh follow cara berikut ;
Baca juga cara buat bisnes di zaman moden di sini
Cara mula bisnes di Lazada
Pertama sekali kita kena daftar akaun sebagai seller. Jika sebelum ni, korang ada akaun sebagai pembeli di Lazada, korang boleh daftar melalui akaun lazada sedia ada. Atau sebaiknya korang daftar je akaun baru untuk bisnes korang di lazada.
Pendaftaran sebagai seller di Lazada ni free je.
Cara Daftar Sebagai Seller Di Lazada – Bisnes Di Lazada
Boleh buat pendaftaran akaun Lazada di sini
Ada tiga kategori seller yang korang boleh pilih salah satu.
- LazGlobal (jika bisnes anda berada di China/ Jepun/ Korea),
- Local Seller
- LazMall (untuk pemilik produk atau pengedar sah)
Untuk kali ni, saya share untuk pendaftaran bagi bisnes kecil-kecilan. Jadi kita akan daftar sebagai Local Seller.
Seterusnya korang akan diminta untuk masukan nombor telefon korang seperti borang dibawah.
Untuk pendaftaran akaun baru, korang akan di beri dua pilihan akaun yang boleh di daftarkan.
Jika tiada lesen berniaga, boleh daftar sebagai individu dan corporate (company) jika ada, lesen berniaga. Terpulang dengan korang nak pilih kategori mana satu
Langkah seterusnya seperti biasa ;
- Selepas korang masukkan nombor telefon dan tekan Slide to Verify. Korang akan terima SMS 6 digit kod daripada pihak Lazada. Seterusnya korang tekan je butang Next.
- Pada paparan berikutnya, korang akan di minta masukkan nama kedai korang. Klik pada butang Start my business.
- Pada paparan profile, korang akan diminta lengkapkan pula bahagian Business information. Lengkapkan butiran seperti yand diminta dan muat naik dokumen yang diminta iaitu :
- Lampiran Kad Pengenalan (individual)
- Lampiran SSM (Corpotate)
Kemudian, lengkapkan pula pada bahagian Bank Account. Berikan butiran yang diminta dan muat turun akaun bank korang yang menunjukkan no.akaun, dan nama pemilik.
Setelah selesai tekan Submit dan pendaftaran anda selesai!
Akaun Aktif
Kebiasanya, akaun korang akan di aktifkan dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja.
Jawab call dari Lazada
Jika terima call daripada pihak Lazada, terus respond ye. Mereka nak sahkan akaun yang sudah di apply tu sebagai seller. Atau jika ada apa-apa yang kurang mereka akan bagitahu.
Jawab call tau, pengalaman saya sendiri, Lazada ni rajin sikit. Dia akan cuba kontak korang beberapa kali, selagi tak angkat..haha
Bila akaun dah aktif, korang dah boleh dah mulakan bisnes Lazada.
Dah boleh listing produk korang atau masukkan gambar produk dan maklumat produk yang korang jual.
Cara nak dapatkan jualan di Lazada – Bisnes Di Lazada
Cabaran bagi peniaga di Lazada ni, ialah macam mana nak orang jumpa produk yang dalam kedai Lazada kita tu.
Konsepnya sama je dengan kedai fizikal.
Gambar produk korang kena masukan gambar yang cantik.
Tajuk atau nama produk tu bukan main letak je. Sebabnya pembeli cari produk di Lazada ni dengan menaip nama produk. Pastikan pilih nama yang tepat.
Cara betul dapat jualan di Lazada
Asal tujuan menjual di Lazada ni, dah tentulah nak dapatkan jualan lebih banyak kan.
Saya percaya, sebelum korang mula bisnes di Lazada ni, pasti dah cuba di tempat lain juga kan..
Mana-mana tempat kita menjual pun, ada cara dan teknik-teknik yang betul. Ianya tak kan semuda isi borang, letak produk mcam tu saja.
Untuk yang serius nak berkecimpung dengan berbisnes di Lazada ni, korang kena belajar dengan orang yang berpengalaman ni, Tuan Mohd Fahmi ni, atau lebih dikenali dengan nama John Jenin.
Korang akan belajar topik penting untuk bisnes Lazada, antaranya :
- Cara Daftar Sebagai Seller Di Lazada
- Cara Listing Produk Yang Tepat
- Cara Listing Produk Yang Tepat
- Cara Selesaikan Masalah Pelanggan
- Cara Promosi Produk Anda Di Lazada
- Cara Design Lazada Store Anda
- Cara Promosi Lazada Store Anda
- Sumber Borong Produk
- Cara Jual Produk Secara Dropship
Jika ada persoalan, boleh terus bertanya di group khas yang disediakan.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang semua. Selamat berbisnes.
0 Comments