Untuk korang yang ada suka sangat tangkap gambar, korang sebenarnya boleh buat bisnes fotografi.
Lebih – lebih lagi masuk tahun 2022 ni, industri kreatif sangat memerlukan mereka yang mempunyai kemahiran dan bakat dalam bidang fotografi.
Bisnes fotografi ni tidak terhad untuk ambik gambir majlis perkahwinan sahaja tau.
Cumanya mungkin bila sebut fotografi ni kita lebih cenderung kaitkan dengan ambil gambar kahwin, pertunangan, majlis graduasi dan lain-lain majlis.
Kalau rajin buat kajian sikit, korang akan perasan yang bidang fotografi ni sangat –sangat luas. Malah boleh menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan.
Siapa yang perlukan khidmat fotografi
Antara yang memerlukan khidmat fotografi, ialah usahawan-usahawan kecil dan sederhana (IKS).
Mereka perlukan khidmat jufuroto untuk pengiklanan produk keluaran mereka.
Fotografi ni di kenali sebagai fotografi pengiklanan.
Sebagai fotografer, korang boleh jana keuntungan lumayan dengan ambil gambar produk makanan, kosmetik, kesihatan dan banyak lagi.
Cuba korang tengok gambar di atas ni? Korang rasa boleh ambik gambar macam ni tak?
Kalau korang nak tahu, gambar ni berharga RM13.1 juta. Nampak macam scam je kan gambar entah apa, simpel je tapi bernilai jutaan ringgit.
Tapi serius, inilah realitinya.
Gambar tersebut di tangkap oleh jurukamera bernama Adreas Gursky, dari Jerman pada tahun 2001 dan berjaya di jual pada 2007.
Bisnes Fotograpi
Industri fotograpi ni sangat luas dan peluang sangat besar.
Ini kerana tak ramai yang berminat dan mempunyai bakat dalam menghasilkan gambar yang menarik.
Nak memulakan perniagaan sebagai jurufoto jugak tidak memerlukan kos yang besar. Dan ianya sangat mudah untuk korang mulakan.
Macam mana nak buka bisnes fotografi?
Untuk mulakan bisnes ni, korang hanya perlukan sebuah kamera dan bakat korang untuk ambik gambar yang cantik dan kreatif.
Untuk seorang yang baru bermula dalam bidang fotografi ni, memang tak la mudah untuk korang ambik sebuah gambar dan terus boleh jual dengan harga mencecah ribuan apa lagi jutaan ringgit dengan mudah.
Walaupun perkara tersebut tak mustahil.
Tapi dekat sini, saya nak kongsikan dengan korang, biar berpijak di dunia yang nyata. Bukan setakat cakap kosong atau angan-angan mat jenin.
Sebenarnya untuk jurufoto amatur, korang memang boleh jana pendapatan sekitar RM2000 ke RM5000 sebulan.
Cukup dengan korang miliki sebuah kamera DLSR biasa dan ilmu bagaimana untuk korang iklankan servis korang sebagai jurufoto.
Boleh bermula sebagai jurufoto perkahwinan atau apa-apa majlis di sekitar tempat tinggal korang.
Katakan dapat job sebagai jurugambar satu majlis perkahwinan, korang boleh kenakan bayaran sebanyak RM1,500.
Untuk dua majlis perkahwinan, dah dapat RM3,000.
Buat bisnes fotografi pun boleh mencarum KWSP. Baca sini
Untung bersih selepas tolak kos-kos lain seperti cetak gambar dan sebagainya, masih ada untung sekitar RM2,000 sebulan.
Bayangkan dalam sebulan korang dapat 5-6 job untuk majlis perkahwinan. Itu belum masuk job-job lain lagi seperti ambil gambar produk, masjlis akikah dan sebagainya.
Ramai jadi jurufoto tapi……
Bila ramai yang menganggap bidang fotografi ni mudah, jadi ramai yang terjun ke bidang ini tanpa mendalami bidang ini dengan baik. Main buat sahaja tanpa belajar.
Jumlah jurufoto yang betul-betul mengikut standard profesional terlalu sedikit,
Ramai jurufoto kahwin segera di luar sana, tetapi sayangnya kebanyakan daripada mereka hanya buat dan jadikan hobi di masa lapang.
Rata-rata jurugambar bersifat hobi ni, bagaikan chips more. Mereka tak komited. Dan kebanyakan tak memiliki ilmu mendalam tentang teknikal dalam selok-belok fotografi.
Sudahnya, hasil kerja sangat mengecewakan dan membangkitkan kemarahan di sebelah pihak yang mengupah.
Tahap kualiti gambar-gambar yang mereka tangkap pun sekadar ada-ada atau cukup syarat sahaja.
Ini adalah salah satu sebab kenapa fotografer profesional sangat mahal. Semua berebut nak servise dia. So, jadi demand lah!
Jadilah jurufoto kreatif dan komited untuk hasilkan pendapatan lumayan
Saya yakin yang sedang baca post ini sangat serius untuk jalankan bisnes fotograpi dan nak jana pendapatan yang lumayan dari bakat dan minat yang ada. Betulkan?
Korang nak jadi fotografer yang di bayar biasa-biasa ke nak bayaran mahal?
Mestilah nak dapat bayaran yang mahal kan.. baru semangat dan rasa berbaloi buat job.
Untuk jadi fotograpi yang hasilkan gambar yang cun dan berkualiti korang mungkin boleh banyakkan latihan ambil gambar dan belajar teknikal bermain dengan setting kamera. Boleh juga belajar di youtube.com.
Tapi untuk jadikan bisnes fotografi yang mampu hasilkan pendapatan lumayan, sudah tentulah korang kena belajar dari mereka yang dah berpengalaman dan buat bisnes yang sama.
Panduan Bisnes Fotografi
Untuk korang yang serius, nak cepat dan modal yang tak banyak, boleh belajar melalui panduan ni
Korang ambik short cut, belajar terus dari pengalaman mereka. Follow je step by step apa yang dkongsikan dalam panduan ni.
Selain bab teknikal, diorang ajar sekali berapa cas mimima korang kena letak ikut servis korang buat. Macam mana korang nak buat iklan yang orang akan terus cari dan banyak lagi perkara penting yang perlu diketahui oleh seorang fotografi profesional.
Sampai jumpa lagi di lain masa. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang yang berhajat nak mulakan bisnes fotograpi.
0 Comments