DHL merupakan salah satu kurier pilihan ramai termasuk seller ebay untuk hantar barang ke luar negara.
Antara servis yang DHL tawaran adalah express dan economy atau lebih dikenali denagn ecomm, dalam dan luar negara.
DHL Express, barang cepat sampai dalam 5-10 hari.
Manakala DHL eCommerce pula ambil masa dalam 15 hari ke atas untuk luar negara.
Penghantaran dalam negara ambil masa 2-3 hari jika tiada apa-apa masalah.
DHL ECommerce Hentikan Penghantaran Ke Luar Negara
Agak menyedihkan pada pengguna kerana DHL ECommerce hentikan penghantaran ke luar negara bermula 15 November 2021.
Tetapi penghantaran ke dalam negara masih di teruskan seperti biasa.
Penutupan servis ini bertujuan untuk memberi fokus kepada pasaran dalam negara.
Perkara ini tidak pelik, kerana ada kurier lain berbuat demikian.
Pos Malaysia juga pernah hentikan servis Flexipack pada 3 Ogos 2020, tapi buka kembali pada 22 September 2021
Baca sini untuk lihat senarai kurier yang hantar barang ke luar negara
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments