Memang ramai yang kecewa dan sedih bila Flexipack menutup operasi pada 30 Ogos tahun lepas.
Mana taknya, rata-rata memang menggunakan khidmat daripada Pos Malaysia ini untuk hantar barang ke luar negara. Especially seller ebay dari geng Export Mudah yang sememangnya aktif buat profit dalam USD.
Kesannya ramai seller international terutama eBay mula gelisah dan ada yang terpaksa cancell order. Agak merugikan.
Yang bijak dan cepat bertindak dengan pantas beralih ke kurier lain seperti DHL, Singapore Post, Fedex dan banyak lagi.
Flexipack International Sudah Kembali Beroperasi
Sekarang, ramai dah mula senyum kembali bila Pos Malaysia mengumumkan servis Flexipack International ini dibuka kembali pada 22 September lepas.
Kali ini, servis kurier ini meliputi 56 negara terpilih.
Belajar cara step by step buat bisnes ebay kat sini
Jika sebelum ia meliputi lebih banyak negara, tapi kali ini nampaknya hanya sebahgian sahaja yang beroperasi.
Yang kurang menariknya, servis ke USA pun tidak ada dalam list kali ini.
Bila Flexipack International Akan Beroperasi Ke USA?
Bila akan beroperasi itu, kita kena tunggu pengumuman dari pihak Pos Malaysia nanti.
But still ok lagi, sebab negara yang rakyatnya selalu suka membeli ada dalam list kali ini. Kita guna dulu mana yang ada.
Diingatkan bahawa servis kali ini dikenakan surcharge sementara berikutan kenaikan kos pengangkutan udara dan pelarasan semasa pandemikk ini. Mana-mana kurier pun macam ni juga.
Untuk mengetahu kadar penghantaran yang dikenakan oleh Flexipack International, boleh terus refer ke Pos Malaysia atau download aplikasi Pos Malaysia di Apps Store arau Google Play.
Untuk yang hendak dapatkan envelope Flexipack boleh terus ke pejabat pos berdekatan atau jika nak lagi mudah dan tak nak keluar rumah, boleh order terus dari sini sahaja. Jimat masa.
Update terbaru
Postage ke US dan berjalan seperti biasa.
0 Comments