Ramai yang masih keliru tentang Ebay dan Payoneer ni. Masih tidak tahu bagaimana ia berfungsi dan cara nak keluarkan duit dari Payoneer tu.
Jika sebelum ni, pembayaran dilakukan di Paypal, tapi sekarang semuanya di Payoneer.
Cuma yang bezanya, semasa menggunakan paypal, kita akan dapat 2 notifikasi bila ada sale. iaitu di Ebay dan Paypal.
Tapi dengan Payoneer, kita akan terima satu notifikasi sahaja. iaitu di eBay sahaja.
Apa jadi bila pakai eBay dan Payoneer
Jika sebelum ini, buyer wajib bayar pakai Paypal, tapi bila eBay mewajibkan seller menggunakan Payoneer, buyer ada banyak pilihan untuk buat bayaran. Boleh pakai Google Pay, Apple Pay, Paypal dan juga kredit card.
Cuma dalam transaksi tidak dinyatakan buyer menggunakan payment gateway yang mana satu. Itu tak penting, yang penting buyer bayar kan.
Seperti Paypal, Payoneer pun akan pegang duit sebelum direlease ke seller.
Payoneer akan maklumkan siap-siap tarikh duit itu akan direlease dan available dalam akaun seller.
Seperti paypal, kita boleh keluarkan duit dari Payoneer ikut masa yang kita mahukan. Sama ada setiap bulan, setiap minggu atau paling best setiap hari.
Cara Pindahkan Dari Payoneer Ke Akaun Bank Malaysia.
Dalam Export Mudah memang diterangkan satu per satu cara buat bisnes di eBay sampailah duit masuk ke akaun bank kita di Malaysia.
Selepas buyer bayar dan sudah available dalam Payoneer, kita boleh terus pindahkan ke akaun bank yang telah didaftarkan dengan Payoneer.
Biasa proses pengeluaran ini hanya ambil masa 1-3 hari bekerja sahaja.
Cara Nak Bayar Yuran eBay
Apa yang sudah ada dan available dalam akaun Payoneer kita, itu semua sudah ditolak segala fee.
Eaby sudah tolak segala yuran seperti final value fee dan juga yuran untuk ads.
Jika ada yuran tertunggak, yuran itu akan ditolak dari jualan kita yang seterusnya.
Bila menggunakan Payoneer, kita tidak akan terima invois bulanan seperti seblum ini lagi. Mudah!
Ramai yang rasa tak selesa dan tak seronok dengan penggunaan Payoneer ini. Tapi jangan risau. Bila kita dah lama pakai, akan jadi biasa lah tu.
Yang mana nak merasa duit dalam USD tu, bolehlah try buat bisnes di eBay ni.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments