Siapa sahaja, saya percaya nak kan deko rumah yang kelihatan cantik dan kemas. Tapi bila sebut nak rumah cantik, hiasan rumah yang menarik, elegan. Ramai juga yang ingat perlu berbelanja besar.
Baiklah kalau saya bagitahu lepas ni, confirm isteri, mak-mak suka sangat.
Ye la saya nak share dengan korang bagaimana nak rumah kelihatan menarik. Walaupun rumah tu kecik, tapi dengan cara susun dan beberapa elemen yang tepat. Rumah kelihatan luas.
Deko rumah tak perlu bajet besar
Pakar hiasan dalaman seperti tuan Alam Anuar pun setuju, nak dapatkan deko rumah yang cantik sebenarnya bukan bergantung berapa banyak yang nak di belanjakan, tetapi bagaimana kita nak memaksimakan apa yang kita ada.
Jika tahu dan kena dengan teknik deko nya, dengan sebuah buku pun, kita tidak lagi memandang buku hanya sebagai buku, kerana bila, korang dah mendapat inspirari dari panduan ni.
Pinggan pun boleh digunakan sebagai aksesori deko korang selepas ini.
Jangan deko rumah tanpa ilmu
Ada pula sesetengah kita ni, sebabkan tiada ilmu nak dekorasi rumah. Mula la beli macam-macam bentuk perhiasan.
Tak sedar rumah tu kecik, sekali banyak barang terasa sempit la pulak. Nak deko pun tak ada idea dah bila barang terlalu banyak. Bukan sahaja rumah, otak pun ikut sempit.
Nak buang barang-barang tu, rasa sayang la pulak. Bukan free, kita beli kot… beli pun sikit-sikit masa ada duit lebih.
Rupanya tak sedar…dah macam stor dah rumah ni dengan macam-macam barang…hehe
Dekorasi rumah dengan barang sedia ada, tapi hasilnya wow..
Cuba korang tengok deko ni, Nampak mewah kan? Letak pinggan, mangkuk pun boleh hasilkan deko yang Nampak mahal.
Kalau dinding dekat rumah korang kosong, boleh la cuba idea ni. Cari pinggan mangkuk yang memang berbeza antara satu sama lain untuk memeriahkan dinding yang dipilih tu
Pinggan mangkuk ni datang dalam pelbagai rupa, saiz, warna dan corak.
Tengok yang ni pula. Nampak minimalis je…tapi tetap style la. Gambar dekat dinding tu namanya gambar ‘art deep'.
Gambar ni kalau beli di kedai unik, harga memang agak keras sikit..
Tapi, kalau korang pandai melukis, ha korang boleh la gunakan kelebihan korang tu. Hiasan dinding rumah korang mesti jadi lebih unik
Satu cara lain, kalau korang tak pandai nak melukis. Korang cari je gambar yang cantik, atau ayat-ayat yang menarik. Yang bersesuaian dengan warna dinding korang. Cetak dan gantung.
Cuma gambar tu korang pastikan la tiada copyright ye.
Konsep Deko Rumah
Sebenarnya nak hias rumah ni tak susah bila kita faham asasnya. Perkara pertama yang paling penting sebelum kita mula nak hias rumah kita ni ialah tetapkan konsep.
Rumah lelong pun kalau di deko dengan baik, memang meletup!
Nak konsep minimalis ke, nak konsep elegent atau nak rumah english style. Kalau tak nanti korang akan jadi serabut bila dah nak susun atur. Kejap nak buat ala-ala elegent, kejap nak gaya moden dan kontemporari, kejap nak ala-ala melayu.. eh…pening macam ni.
Pemilihan warna
Dan buat pemilihan konsep, seterusnya pemilihan warna. Sebabkan warna ni akan mainkan peranan penting untuk menentukan ruang sesuatu tempat dalam rumah tu.
Penggunaan warna yang tepat, akan jadikan ruangan kecil, kelihatan luas. Dengan warna juga, boleh mengubah ruang yang suram mejadi kelihatan segar.
Pemilihan perabut
Last sekali, baru la kita masuk untuk bab pemilihan perabot.
Ye la kan… kata lah awal-awal tadi korang dah tetapkan nak konsep melayu, korang pergi beli pulak perabot jenis macam ni.
Kan..lain tu…
Barangan Deko Harga Bajet Tapi Wow
Macam yang saya kongsi dengan korang sejak awal-awal tadi, sebenarnya nak bagi rumah kelihatan cantik dan kemas tak perlu kos yang besar. Cuma kena kreatif je.
Rak ni harga RM135 beli dekat shopee je
Meja ni pun korang boleh usha kat shopee je
Eh, banyak lagi la barang dan perabot shopee yang lawa-lawa…tapi masalahnya bukan dekat sini.
77 Inspirasi Dekorasi Rumah Bajet
Sebelum korang syok nak memborong dekat shopee tu. Sila bertenang dulu ye mak-mak, akak-akak sekalian.. tak memasal pulak jadi macam gambar ni..
Sebabkan murah, korang beli banyak-banyak barang… lepas tu korang serabut sendiri nak deko macam mana..
Mula-mula tadi betul dah nak bajet, tapi dah terlajak pulak..
Sebelum terjadi apa-apa, saya syorkan korang baca lah panduan dekorasi bajet ni.
Panduan dekorasi bajet ni ditulis oleh Tuan Alam Anuar.
Asalnya beliau bekerja sebagai perunding hiasan dalaman. Bab-bab nak mendeko ni memang kacang je bagi dia.
Kalau korang tak ada ilham, dia dah tulis siap-siap berdasarkan pengalaman dan kepakaran beliau. Ada 77 inspirasi untuk korang. Terlebih banyak dah kan…
Pilih mana yang berkenan
Korang jangan la ambik semua. Pilih mana yang berkenan dan bersesuaian dengan rumah atau ruang rumah yang korang nak deko tu.
Banyak tips yang berguna.
Turut dikongsikan tips dekorasi guna barangan yang kita sedia ada.
Ya, Dekorasi tanpa kos! Cuma perlu sentuhan kreativiti dan keluar peluh sikit je..eh banyak lagi la korang baca sendiri dalam panduan dekorasi bajet ni.
Selamat berdeko-deko, nanti share la dengan kita orang juga hasil deko rumah korang tu.
0 Comments